Friday, October 21, 2011

Puding jagung bersos kastard

Bahan untuk puding jagung

1peket agar agar kering

110ml air

1 1/2 cawan gula

1 cawan susu cair

1 sudu teh esen vanilla

1 sudu teh pewarna kuning

1/2 tin cream jagung

cara memasak puding jagung

1.campur air dan agar agar masak sehingga a agar agar hancur

2.masukkan gula,kacau sehingga gula larut

3.masukan susu cair dan pewarna kuning kacau sebati

4.angkat dan tapis

5.masukkan jagung cream ke dalam acuan dan tuangkan aduanan agar agar sehingga habis.

6.sejukkan

7.hidangkan denagankuah kastard sedap dimasak dengan kismis,ceri,laici dan badam.

Bahan untuk kuah kastard

2 sudu besar tepung kastard

1 biji kuning telor sahaja

1/2 tin susu cair

2 gelas air

5 sudu besar gula

sedikit garam

Cara memasak kuah kastard

1.campur semua bahan gaul sebati dan tapis.

2.masak dengan api yang sederhana

3. kacau sehingga meruap.

4.sejukkan terlebih dahulu..

Thursday, October 20, 2011

Kuih Abuk Abuk Moden

Bahan bahan 1 cawan sagu biji yang berwarna merah jambu 1 cawan sagu biji yang berwarna hijau sedikit garam 1/2 cawan gula 1 cawan kelapa parut putih
cara caranya
Bilas sagu dengan air bersih dan toskan Campurkan sagu biji dengan kelapa dan gram. asingkan warna sagu merah dan sagu hijau Gaul rata.ambil acuan putri ayu.sapu minyak pada acuan. masukkan sagu merah ke acuan puteri ayu separuh dari acuan kukus 3-4 minit. kemudian masukan pula sagu warna hijau ke atas sagu warna merah taditekan sagu tu menjadi manpat dan kukus lagi 5 minit atau sehingga sagu menjadi masakkeluarkan dari acuan .simpan di dalam bekas kedap udara untuk mengelakkan kuih menjadi keras jika terdedah dengan udara.

Wednesday, October 19, 2011

Udang Masak 3 rasa

Bahan-bahan ( 2 orang )
  • 20 ekor udang harimau
  • *20 tangkai cili kering (rebus)
  • *1 biji bawang besar
  • *2 ulas bawang putih
  • *1/2 inci lengkuas
  • *1 inci halia
  • 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
  • Sos cili, sos tomato, sos tiram dan garam secukupnya
  • 1 sdt madu
  • 2 helai daun limau purut
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara

  1. Udang dicuci bersih. Kisar bahan yang bertanda *
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi hingga garing dan naik minyak.
  3. Masukkan udang dan gaul sebati hingga udang 1/2 masak.
  4. Masukkan semua jenis sos dan garam secukupnya ikut selera.
  5. Akhir sekali masukkan madu, daun limau purut dan bawang besar yang dipotong bulat.

Rojak Mamak

Bahan Cucur (Keras): 1 1/2 cawan tepung gandum 1/2 camt serbuk penaik 3/4 camt garam 1/2 camt gula 155-165 ml air 1 labu bawang besar, dicincang halus 1 biji cili hijau, dibuang biji & dicincang halus minyak untuk menggoreng Satukan tepung, serbuk penaik, garam, gula dan air secukupnya hingga menjadi doh. Tutup dengan tuala dan biar 1 jam. Gaul dengan bawang dan cili. Bentukkan 7.5 cm panjang, 2 cm lebar. Lumur jari dengan tepung semasa membentuk kerana adunan agak lembik. Goreng di dalam minyak panas hingga keperangan. Hiris sebelum digunakan. Bahan Sampingan: 8-10 keping tauhu, digoreng keemasan 450 g taugeh, dicelur 1 minit 300 g sengkuang, dihiris 2 biji timun, dihiris 4 biji kentang, direbus, dihiris & digoreng keperangan 4 biji telur, direbus & dihiris Bahan Cucur (Lembut): 1 1/3 cawan tepung gandum 1/4 camt serbuk penaik 1/2 camt serbuk kunyit 1 camt gula 1/4 camt garam 125 ml air 1 biji telur, dipukul Campur semua bahan (kecuali telur) hingga menjadi adunan sebati. Biar selama 1 jam. Sebelum menggoreng cucur, tambah telur pada adunan dan kacau rata. Goreng cucur hingga keemasan kemudian hiris sebelum disajikan dengan bahan sampingan dan kuah. Bahan Kuah: 900 g keledek 2.5 liter air 1 camb asam jawa 75 ml air 75 ml minyak 4 biji bawang merah, dicincang halus 3 biji cili merah, dibuang kulit & dikisar 1 1/2 camt serbuk cili 1/3 camt garam 6 camb gula 100 g kacang tanah, digoreng & dikisar halus 3 camb petis /otak udang 2 camb gula merah Rebus keledek hingga empuk. Kisar dengan air. Campur asam jawa dengan 75 ml air. Tapis dan ketepikan. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan serbuk cili. Tuangkan keledek kisar bersama airnya. Seleps 3-5 minit, masukkan garam, gula dan air asam jawa. Kacau selalu di atas api perlahan. Kemudian masukkan kacang tanah, petis dam gula merah. Masak lagi hingga terbit minyak. rasa manis dan masin serta pedas ikut selera masing masing Nota: Kalau nak bubuh mee kuning celur kejap mee tu.

Sunday, October 16, 2011

Samosa

Bahan-bahan:
3 biji kentang (potong dadu)
bawang besar
bawang merah*
bawang putih*
halia*
rempah kari daging
daging kisar
air asam jawa
garam
gulaminyak untuk menumis
air secukupnya
(Tumbuk bahan yang bertanda *)
Kulit popia
putih telor fungsi sebagai gam
Cara memasak inti samosa
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar yang telah dihiris dan bahan-bahan yang telah ditumbuk hingga berbau wangi. Kemudian masukkan rempah kari anggaran 4 sudu besar, kacau rata dan masukkan daging kisar, kentang dan air. Biarkan empuk. Selepas itu barulah masukkan air asam jawa, garam dan gula. Biarkan sehingga kering barulah matikan api. Biarkan inti sejuk.
Cara menyediakan samosa
Ambil kulit popia di potong 3 bahagian.ambil 2 bahagian cantumkan 2 bahagian tu menjadi panjang.ambil inti .letak di hujung sekali dan lipat menjadi 3 segi.gunakan putih telur untuk menampal supaya semasa kita mengoreng tidak terbuka .goreng dengan minyak yang banyak dan sederhana panas .angkat dan toskan .sedap makan bersama sos cili dan sos mayonis.

Mini Murtabak

Bahan-bahan: 3 biji kentang (potong dadu) bawang besar bawang merah* bawang putih* halia* rempah kari daging daging kisar garam gula minyak untuk menumis air secukupnya (Tumbuk bahan yang bertanda *) Kulit popia Telur ayam (ikut suka nak banyak mana)
Cara memasak inti murtabak mini: Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar yang telah dihiris dan bahan-bahan yang telah ditumbuk hingga berbau wangi. Kemudian masukkan rempah kari anggaran 4 sudu besar, kacau rata dan masukkan daging kisar, kentang dan air. Biarkan empuk. Selepas itu barulah masukkan air asam jawa, garam dan gula. Biarkan sehingga kering barulah matikan api. Biarkan inti sejuk.
Cara menyediakan murtabak mini: Pecahkan telur dalam mangkuk, ambil sedikit inti yang telah disejukkan masukkan ke dalam mangkuk yang berisi telur tadi, masukkan juga hirisan bawang besar dan gaul rata. Ambil kulit popia, letakkan di atas bekas yang rata ( pinggan atau dulang ). Tuangkan 2 sudu inti di tengah-tengah kulit popia dan lipat. Goreng di atas kuali leper (macam goreng murtabak), balik-balikkan. Angkat apabila kulit popia sudah berwarna kuning keemasan.
Nota: Selain daripada digoreng, boleh juga dibakar dalam oven dgn suhu 180 darjah selama 30 minit. Tapi popia perlu dibalik-balikkan setiap 10 minit, dan dulang pembakar perlu disapu dengan minyak terlebih dahulu.

Tart Dahlia Nenas

Bahan bahan
300 gm Tepung Gandum
4 sudu besar Tepung Jagung
3 sudu besar gula ising
200 gm Butter
2 kuning telor 
1.Ayak tepung gandum, tepung jagung dan gula ising ke dalam bekas. 
2.Kemudian masukkan butter yang telah dipotong dadu.
 3.Kalau guna unsalted butter, masukkan secubit garam.
 4.Ramas tepung dengan butter guna hujung jari hingga berderai (rub-in method).
 5.Kemudian masukkan telor dan satukan menjadi doh.
 6.Masukan sedikit doh ke dalam acuan biskut dahlia 
7.Picit di atas dulang pembakar yang di sapu sedikit dengan butter 
8.Bulat bulat inti nenas kecil kecil dan letak di atas doh yang telah di bentuk tadi. 
9.Bakar 180c selama 15 minit atau sehingga cantik masaknya

BAHAN UNTUK INTI JEM NENAS:
  • 4 biji nenas muda
  • 2 ½ senduk gula pasir
  • sedikit esen vanilla
  • Bunga Cengkih
  • Kulit Kayu Manis
  • Daun pandan

CARA MEMBUAT INTI JEM NENAS:
  1. Parut nenas dan jangan dibuang airnya.
  2. Masak bersama daun pandan hingga kering sambil dikacau supaya tidak hangus.
  3. Setelah kering masukan gula, vanilla , bunga cengkih dan kulit kayu manis.
  4. Kacau tanpa henti hingga likat.
  5. Angkat dan sejukkan.

Thursday, October 13, 2011

Karipap Pusing Keledek Berdaging

Bahan bahan 3-4 biji keledek bersaiz besar – dipotong dadu 200 g daging cincang / daging dipotong dadu 3 ulas bawang merah – dicincang halus 1 ulas bawang putih – dicincang halus 2 sudu besar serbuk kari 2 sudu besar cili kisar 1 kiub pati daging atau kiub ayam 5-6 helai daun kari 1 cawan air Garam dan gula

Bahan-bahan (doh)

300 g tepung gandum 2 sudu minyak masak 2 sudu mentega Sedikit garam 1 cawan air sejuk

Cara-cara

  1. Untuk inti – panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
  2. Masukkan daging cincang. Biarkan sehingga hampir masak.
  3. Masukkan serbuk kari, cili kisar, pati daging dan daun kari. Kacau sehingga sekata.
  4. Masukkan air dan keledek.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Masak keledek sehingga empuk.
  1. Untuk doh..(KARIPAP BIASA) gaul tepung dalam mangkuk bersama-sama minyak masak dan mentega yang telah dipanaskan dengan sudu.
  2. Kemudian masukkan sedikit garam dan air sejuk. Uli sehingga menjadi doh.
  3. Ambik sedikit doh dan canai/leperkan di atas permukaan yang bertepung.
  4. Ambil doh yang siap dicanai dan masukkan inti.
  5. Kelim di bahagian tepi.
  6. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng karipap sehingga keperangan.
  7. Siap untuk dihidangkan.
Untuk doh..(KARIPAP PUSING) Penyediaan doh marjerin + minyak
Bahan bahan Tepung gandum 1 cawan Minyak 1 sudu makan Marjerin 1 sudu makan * sukatan marjerin & minyak sama bnyk
Penyediaan doh putih Bahan bahan Tepung gandum Garam Air secukupnya Cara 1. Gaul tepung dengan garam 2. Masukkn air sedikit demi sedikit ke dalam mangkuk tepung. Gaul & uli hingga jadi doh 3. Buat bulat2
4.Leperkn doh putih & letakkn doh kuning di tengah2

5.Balutkn doh kuning tadi

6.Jadikan doh

7.terbalikkan doh bulat tadi & canaikn.

Canai hingga leper

Gunakn pisau tuk potong bahagian tengah doh.. Doh jadi 2 bahagian yg sama besar

Gulungkan doh

Ambil1 doh yg telah digulung tadi dan canai memanjang

8.Bila sudah canai nipis,

9.selepas gulung

10.Dah siap buat 2 gulung

11.Potong 3 doh yang telah digulung tadi

12.Amik 1 doh yg telah dipotong tadi & canai leper.

13.Setelah itu masukkan intinya

14.Pastu lipatkan & temukn hujung dia. Kemudian kelimkan

Ni la rupanya bila telah siap.. Masa nak masukkan karipap dalam kuali, pastikan minyak tidak terlalu panas. Jika tidak kulit karipap menjadi menggerutu.Kena goreng dengan api yang sedang2.

Monday, October 10, 2011

Kek Pisang Part II

Bahan bahan -Bakar suhu 190 c - 20 - 25 minit Hari ahad lepas mood cik an untuk mengambil gambar apam pisang macam tidak mendapat feel yang bagus..gambar2 ini cik an mengambil buat kali kedua untuk menebus ketidak puashati cik an semalam.feel ini kadang kadang kacau ..jiwa kacau ..kurang menjadi apa yang kita plan.

Apam TerDot Dot

Bahan2:
3bj telur gred B (dr peti sejuk) 275gm tpg gandum 220gm gula halus 150ml susu segar / UHT ...(sy guna 200ml susu cair) 1 sudu teh baking powder 1 sudu kecil ovelet 1 sudu kecil esen vanilla (utk hilangkan bau hanyir telur) inti jem , coklat atau apa2 aje ikut kesukaan msg2 cara: pukul telur, gula dgn ovelet hingga betul2 kembang n putih... masuk tepung berselang seli dgn susu... jgn lupa ayak baking powder dgn tepung dlu... bubuh adunan dlm papercup...alas papercup dgn acuan lompang atau apa2 sj yg boleh utk elakkan dr papercup kembang... kukus selama 15/20 minit...
**pastikan gula, telor, ovalet dipukul sampai betul2 kembang n jd putih...pastu kukus api sedang2 je...tudung peruik kukus kena balut ngan kain ye supaya air wap tidak menitis atas apam.

Sunday, October 9, 2011

Kek Cawan Pisang

kek cawan pisang

  Bahan bahan
1 cawan minyak jagung atau minyak biasa pun boleh
1 cawan gula 5 biji telor ( cik an guna 4 biji telor sahaja sebab telur besar)
 1 1/2 cawan tepung gandum
 1 sudu besar baking powder (cik an guna 1 sudu teh saja)
1 sudu besar soda (cik an guna 1 sudu teh saja )
 1 1/2 cawan pisang emas yang telah dilenyek (10 biji pisang emas)
 sedikit esen pisang (cik an tukar ke esen vanilla)

  Cara cara
-Blender minyak, telur, esen vanilla dan gula sehingga sebati.
 -Di dalam mangkuk yang lain ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda.
 -Masukkan pisang yang di lenyek tadi .gaul mesra
 -kemudian masukkan bahan yang di blender tadi .gaul sebati
 -Masuk kan dalam bekas pilihan puan puan
 -Bakar suhu 190 c - 20 minit

Berdoa setiap hari buat kedua ibu bapa kita

Petua Murah Rezeki:
” setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada)”………. nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu… Berdasarkan Hadith Nabi : “Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari” Huraian hadith: - jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada ) - Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah) - Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah - Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. …tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2) - Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah Kesimpulannya: - Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris….. . Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari - Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..) InsyaAllah Berusaha dan bertawakal.. …insyallah , rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,(kata Azmil Mustapha)… ..Mari kita cuba….Allahhuakhbar. .. Insya Allah Allahu Akbar !

Saturday, October 8, 2011

Idli dan Chutney Kelapa

IDLI 60gm ulutham paruppu 1/2 sudu teh halba Semua bahan2 di -atas ini hendak lah di-rendam selama 6 jam ,tuskan dan kisar dengan 75gm nasi 350-400ml air 200gm tepung beras,campur air dan gaul sebati sebelum kisar. 1/8 sudu yis ( kalau tidak letak pun tak apa) garam secukup rasa Masuk air sedikit demi sedikit semasa kisar.Batter idli tak boleh terlalu cair atau terlalu pekat.Peram 6jam atau sampai kembang. Kukus dengan periuk idli atau kukus seperti apam nasi.Hidangkan dengan chutney kelapa. CHUTNEY KELAPA MERAH 100gm Kelapa,parut (A) 2 biji bawang merah 2 biji bawang putih 2-3 tangkai lada merah,buang biji nya,tambah kalau suka pedas 1 sudu besar pothu kadalai atau boleh di ganti dengan kacang tanah digoreng dan ditumbuk halus 2cm halia 1 biji tomato 1-2 tangkai daun kari 2-3 sudu besar minyak 1/2 cawan air Garam secukup rasa Panaskan minyak tumis bahan (A) sampai bawang layu dan wangi bau nya. Masukkan Kelapa dan gaul rata. Goreng sebentar,sejukkan . Kisar dengan air dan garam sampai lumat,ketepikan. Panaskan minyak dan tumis 2-3 sudu besar minyak 1 sudu teh biji sawi 1 tangkai daun kari sampai wangi tuangkan bahan kisar dan kacau rata. Boleh di-hidangkan dengan tosai atau idli.

Laksa Singapore

Hari ini menu paling simple .. laksa singapore .jauh nya belayar dari sarawak ke singapore kita.paling sempoi cik an hanya mengunakan pes siap dari jenama ALIF keluaran SIME DARBY. sedikit dioles supaya menepati citarasa cik an . Begini la rupanya pes laksa singapore yang cik an beli di Farley di bintulu sarawak salah satu supermarket yang memang terkenal di bintulu.teruja dengan nama ALIF sebab anak bujang cik an pun bernama ALIF .

Friday, October 7, 2011

Kuih Jala Zam Zam Ala kazam Beraneka Warna

Semalam tertiba tiba pulak mood rajin telah melanda diri cik an.. menjala la dengan beraneka warna ..jom la kita cuci2 mata .. melihat kelihatan setiap warna pada kuih jala zam zam ala kazam cik an.. sesiapa nak menbeli acuan botol 3 muncung ini pun boleh .. add cik an di FB dan pm saja inbox mesej..insyallah cik an akan menbalas sepantas zam zam ala kazam juga hehehe.




Wednesday, October 5, 2011

Apam Mekar

  • 250 gm gula
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 200 ml susu segar( derhaka sikit cik an guna susu cair)
  • 300 gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil ovallate
  • Pewarna (ikut suka)
  • Paper cup tomel2

Cara-cara

  1. Panaskan kukusan. Sebaik-baiknya, bungkus penutupnya untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti.
  2. Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
  4. Masukkan ovallate dan pukul lagi.
  5. Masukkan tepung dan susu cair berselang-seli sambil dipukul sehingga gebu.
  6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian
  7. Masukkan pewarna dalam setiap bahagian dan kaup balikkan hingga warna sekata.
  8. Masukkan setiap bahagian warna kedalam botol muncung 1
  9. Letakkan paper cup ke dalam acuan apam dan picitkan setiap bahagian warna ke dalam paper cup tersebut.
  10. Kukus selama 10 - 15 minit (bergantung kepa da saiz paper cup).

Roti Sardines Roll

Bahan-bahan Roti sandwich secukupnya potong tepi supaya nampak kemas . Sardine ayam brand mackerel (satu tin diasingkan sos dan isinya) Bawang besar (hiris halus ) Cili merah (hiris halus)
Cili padi (jika suka pedas) 2 biji telor dipukul 1 mangkuk bread crumb (berwarna putih) 2 sudu kecil jus limau kasturi
Cara-cara
Untuk mengelakkan minyak meresap ke dalam roti sewaktu digoreng, roti sandwich hendaklah dilenyekkan dengan kayu pengelek
Ikan sardine mackerel itu dibelah 2 dan dibuang lendir berwarna hitam serta tulang,dihancur kemudian gaul dengan bahan diatas kecuali roti,sandwic,telor dan bread crumb
Kemudian, letakkan sardine ke atas roti dan digulung. Pastikan kedua-dua hujung roti tersebut dilenyek supaya inti tidak terkeluar
Kemudian lumurkan dengan telor yang telah dipukul seterusnya salut dengan bread crumb. goreng dengan minyak yang banyak (deep fry). Api jangan terlalu panas kerana bread crumb akan cepat menjadi hangus ..masakkan sebentar kemudian toskan roti sardines roll .sedap dicecah bersama sos cili thai dan mayonis .

Monday, October 3, 2011

Cek Mek Molek

Bahan bahannya
  • 4 biji ubi keledek (direbus dan dilecek halus mulus)
  • 2 cawan tepung gandum (cik an main agak2 je sesedap kita mengentel)
untuk intinya
  • gula secukupnya

cara caranya

Ubi keledek direbus sehingga empuk dan di tos kemudian di lenyek halus lenyek hingga betul2 lumat (semasa tengah panas2 lagi) campurkan dgn gandum sedikit demi sedikit dan uli hingga jadi doh. Bulatkan doh kecil2 menjadi bebola . Kemudian doh tadi dileperkan dgn tangan,kalau melekat pada tapak tangan puan2 sapu minyak masak, kemudian letakkan sedikit gula di tengah dan bentukkan menjadi bujur. Setelah itu bolehlah digorengkan didalam kuali yang berisi minyak yang sedang2 panas.

Kecoh Dan Gempar

Kecoh dan gempar sekejap di facebook cik an bila resepi dari blog cik an di ciplak bulat bulat... Terima kasih kawan kawan cik an di fb begitu perihati dengan hal hal ini.. Cuba puan tengok.. kepandaianya (pandai ke??) tapi memakan diri sendiri.. ditiru bulat2 sebijik dalam blog cik an..
http://rohayu27.wordpress.com/2011/08/14/apam-beras/#comment-15

Popia Basah

2 3 hari ni cik an x berapa sihat selsema batuk.. tekak ni teringin nak makan popia basah ..mana nak cari kat bintulu..ni kebetulan p ke supermarket terjumpa popia pastry..tu beli.. nak buat kulit x de reti jadi apa yg ada je cik an belasah.. mkn sekeping je berkobar kobar nak buat dari pagi tadi..

pastry popia basah ni cik an beli yang dah siap saja kat supermarket.bonus la klu yang pandai buat kulit popia .. lagi sedap

Bahan untuk inti*
1/2 biji kobis - diricih halus
3 biji sederhana besar carrot - disagat halus
1 biji sederhana bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
1 sudu makan udang kering
garam secukupnya

minyak untuk menumis
**Blend bawang besar+bawang putih+udang kering. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan blend tadi. Kemudian masukkan sos tiram + garam. Kemudian masukkan sayuran dan masak hingga layu.

Bahan untuk sambal***
15 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 sudu besar gula perang
2 sudu besar kicap manis (cik an ganti dgn madu)
minyak untuk menumis
garam, perasa dan bawang goreng secukupnya

*** blend cili kering+bawang besar +bawang putih.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan blend hingga garing. Masukkan kicap dan gula perang + garam dan perasa.

Saturday, October 1, 2011

Tosai

Proses nak menbuat Tosai ini tidaklah rumit sangat tapi memerlukan jangkamasa yang agak lama ..contoh nak makan untuk hari sabtu. pagi jumaat kita kena merendam kacang aluthu dengan beras perlu dilakukan pagi jumaat.biarkan dia terendam sampai petang.kemudian basuh bersih bersih masukkan segengam nasi putih. kemudian blender dengan sedikit air .simpan dalam peti ais selepas kita blender ..esok pagi sabtu dah boleh masak.tosai ini sedap di cecah dengan sambal kelapa dan kari ikan. Bahan bahan. 2 cwn beras -rendam 8 jam 1 cwn aluthu yang tak ada kulit.- rendam 8 jam 1 kepal nasi sedikit garam cara caranya rendam aluthu dan beras semalaman atau 8 jam Kisar semua dengan blander hingga halus. masukkan sedikit air semasa blender. air agak-agak padan dengan bahan2 yang nak di kisarlah. kadar kecairan adunan seperti apam lenggang masukkan garam dan kacau rata peram adunan kira-kira 8 jam supaya adunan naik.simpan dalam peti ais. kacau2 adunan tadi. ambil lebih kurang 1 cwn atau 1 senduk adunan dan rata2kan atas kuali non-stick anda. masak dgan api perlahan atau sederhana Begini rupa kacang aluthu yang boleh didapati di kedai runcit India atau kedai mamak.

Pulut Mangga Thailand

Pulut Mangga Thailand Bahan-bahan  3 biji mangga  2 sudu besar bijan - digoreng tanpa minyak (optional) Pulut Kukus ...