Monday, October 3, 2011

Cek Mek Molek

Bahan bahannya
  • 4 biji ubi keledek (direbus dan dilecek halus mulus)
  • 2 cawan tepung gandum (cik an main agak2 je sesedap kita mengentel)
untuk intinya
  • gula secukupnya

cara caranya

Ubi keledek direbus sehingga empuk dan di tos kemudian di lenyek halus lenyek hingga betul2 lumat (semasa tengah panas2 lagi) campurkan dgn gandum sedikit demi sedikit dan uli hingga jadi doh. Bulatkan doh kecil2 menjadi bebola . Kemudian doh tadi dileperkan dgn tangan,kalau melekat pada tapak tangan puan2 sapu minyak masak, kemudian letakkan sedikit gula di tengah dan bentukkan menjadi bujur. Setelah itu bolehlah digorengkan didalam kuali yang berisi minyak yang sedang2 panas.

3 comments:

Camelia said...

saya dah cuba buat cek mek molek ni.. tapi masa goreng tu.. gula dia keluarlah.. cam ner ek?

Norehan Shariff said...

hai camelia

tadi reen buat gentel2 terus goreng ok je x de pun gula keluar .. reen x nak rasa tepung gandum banyak x sedap..tu la reen letak tepung sikit keledek lecek tu banyak dari tepung ..sedap lembutnya

Pen Biru said...

oo..ini rupanya cik mek molek..penah dgr nama jer..tgok tak pernah..sy penggemar ubi keledek..tak kira rebus atau goreng..boleh cuba nih...sedap2

kongsiresepi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...