Sunday, October 16, 2011

Samosa

Bahan-bahan:
3 biji kentang (potong dadu)
bawang besar
bawang merah*
bawang putih*
halia*
rempah kari daging
daging kisar
air asam jawa
garam
gulaminyak untuk menumis
air secukupnya
(Tumbuk bahan yang bertanda *)
Kulit popia
putih telor fungsi sebagai gam
Cara memasak inti samosa
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar yang telah dihiris dan bahan-bahan yang telah ditumbuk hingga berbau wangi. Kemudian masukkan rempah kari anggaran 4 sudu besar, kacau rata dan masukkan daging kisar, kentang dan air. Biarkan empuk. Selepas itu barulah masukkan air asam jawa, garam dan gula. Biarkan sehingga kering barulah matikan api. Biarkan inti sejuk.
Cara menyediakan samosa
Ambil kulit popia di potong 3 bahagian.ambil 2 bahagian cantumkan 2 bahagian tu menjadi panjang.ambil inti .letak di hujung sekali dan lipat menjadi 3 segi.gunakan putih telur untuk menampal supaya semasa kita mengoreng tidak terbuka .goreng dengan minyak yang banyak dan sederhana panas .angkat dan toskan .sedap makan bersama sos cili dan sos mayonis.

1 comment:

rahel said...

Mat malam Kak Reen..udah tidor k?
singgah kejap tengok samosa..cantek..mesti enak ni.

Pulut Mangga Thailand

Pulut Mangga Thailand Bahan-bahan  3 biji mangga  2 sudu besar bijan - digoreng tanpa minyak (optional) Pulut Kukus ...