Tuesday, March 27, 2012

Donut Keledek


  • 500 gram tepung gandum
  • 200 gram keledek yang telah direbus dan dilenyek
  • 4 sudu besar susu tepung 
  • 1 biji telur -  dipukul sedikit
  • 200 ml air suam -  reen lebihkan air sebab guna 1biji telur saja
  • 3 sudu besar marjerin
  • 3 sudu besar gula
  • 3 sudu kecil yis - 


Caranya.

1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit.  kemudian boleh terus bentukkan.

2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.

3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.

4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..

Thursday, March 22, 2012

Kuih ketayap

Bahan A
1 cawan tepung gandum
1 biji telur
2 helai daun pandan
1 1/2 cawan air suam (tapi boleh juga guna santan )
1 sudu teh garam,
pewarna hijau
1 sudu besar majerin dicairkan
sedikit minyak utk disapu pada kuali

Inti
1/2 biji kelapa parut putih
3/4 cawan gula merah
2 sudu besar gula
sedikit air
1 helai daun pandan
1 sudu besar tepung pulut/jagung/tepung kastard
Cara Penyediaan

1. Untuk inti: masak gula merahdan gula  dengan sikit air kemudian tapiskan .masuk kan kelapa parut
2. Masak hingga pekat dan taburkan sedikit tepung untuk kentalkan intinya. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.
3. Untuk dadar : Satukan semua bahan A dan kisar dengan blender hingga halus dan tidak berketul. Tapis
4. Panaskan kuali, leser dengan sedikit minyak dan sendukkan 1/2 senduk adunan tadi dan layangkan kuali agar adunan tadi bulat. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung.
(Cara gulung; lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang. Ulangi sehingga adunan tadi habis.)

Monday, March 5, 2012

Mee Jawa



Bahan-bahan
  • mee kuning sebungkus (celur)
  • 2 biji sedang keledek merah (rebus & lecek)
  • 1 biji bawang besar (tumbuk)
  • 3 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 2 senduk kecil cili boh
  • 1 batang serai (ketuk)
  • 10 ekor udang sedang *
  • 1 genggam udang kering (tumbuk)
  • garam dan gula
  • 2 sudu besar rempah soto TOK MAK
  • 2.5 liter air (boleh adjust)
  • minyak masak
Cara-cara
  1. * rebus udang dengan garam. air rebusan diambil dan dikisar kulit udang. Hampas udang ditapis & diambil airnya shj.
  2. tuang minyak dalam periuk & tumis serai, bawang besar & putih serta udang kering hingga wangi
  3. kemudian masukkan cili boh dalam tumisan tadi dan rempah soto TOK MAK serta goreng hingga pecah minyak.
  4. selepas itu, masukkan air rebusan udang & biarkan mendidih sedikit
  5. apabila sudah mendidih, masukkan keledek dan kacau hingga kuah sebati
  6. akhir sekali perasakan dengan garam & gula serta masukkan udang.
  7. bolehla dihidangkan bersama hiasan

Sunday, March 4, 2012

Jelly Longan Lapis Coklat



BAHAN BAHAN NYA
1 PEKET AGAR AGAR SERBUK CAP LILY WALET 7 GM
GULA SECUKUP RASA
3 SUDU BESAR SERBUK COKLAT
1 TIN BUAH LONGAN
300 ML AIR
300 ML AIR JUS LONGAN

CARA CARA UNTUK LAPISAN JELLY LONGAN

4 GM SERBUK AGAR (ATAU BAHAGI 2 DARI SERBUK AGAR2 TU )
300 ML AIR JUS LONGAN
GULA SECUKUP RASA .. IKUT CITARASA

MASUK KAN SERBUK AGAR,GULA SECUKUP RASA, JUS AIR LONGAN KACAU SEHINGGA PEKAT
SEDIAKAN ACUAN ,MASUKAN BUAH LONGAN KEDALAM ACUAN TUANGKAN AGAR AGAR TADI
TUNGGU SEJUK DAN KERAS
CUCUK DENGAN GARPU

CARA CARA UNTUK LAPISAN COKLAT
BAHAN BAHAN
300 ML AIR
 3 GM ATAU SEPARUH DARI PEKET SERBUK AGAR
GULA SECUKUP RASA

 CARA CARA
 MASAK SEHINGGA PEKAT
TUANG KE ATAS LAPISAN AGAR AGAR LONGAN TADI 
SEJUKKAN

Thursday, March 1, 2012

KEK COKLAT KUKUS



KEK COKLAT KUKUS
BAHAN A
1  CAWAN SUSU CAIR
1  CAWAN AIR
1 CAWAN MENTEGA CAIR
2 CAWAN GULA PERANG

BAHAN B
2 CAWAN TEPUNG GANDUM
1/2 CAWAN SERBUK KOKO
1 SUDU TEH BAKING POWDER
1 SUDU SODA BIKARBONAT

 BAHAN C
1 BIJI TELOR
1 SUDU TEH ESEN VANILLA


UNTUK TOPPING
1CAWAN SUSU PEKAT
1 SUDU MAKAN SERBUK KOKO
2 SUDU MAKAN MENTEGA


CARA MENBUAT KEK
1.PANASKKAN KUKUSAN
2.KACAU BAHAN A DI DALAM MANGKUK KACAU RATA
3.AYAK BAHAN B MASUK KAN KEDALAM BAHAN A DENGAN PELAHAN LAHAN DAN KACAU SEBATI
4.BAHAN C PUKUL DENGAN GARPU MASUKAN KE DALAM ADUNAN TADI
5.KACAU SUPAYA TIDAK BERGENTEL
6.LAPIK LOYANG DENGAN KERTAS DAN MASUKKAN ADUNAN
7.KUKUS SELAMA SEJAM JIKA GUNAKAN LOYANG JIKA GUNA ACUAN KECIL KUKUS SELAMA 15 MINIT
8.KUKUS DENGAN API YANG SEDERHANA UNTUK MENGELAK KEK PECAH DI PERMUKAAAN NYA
9.HIASKAN DENGAN TOPPING DAN TABURAN COKLAT RICE


CARA MEMASAK TOPPING
1.MASUKKAN SUSU PEKAT DAN SERBUK KOKO KEDALAM PAN NON-STICK
2.KACAU RATA
3.PANASKAN DENGAN API YANG SEDERHANA
4.MASUK KAN MENTEGA DAN KACAU SEBATI
5.TUTUP API

Pulut Mangga Thailand

Pulut Mangga Thailand Bahan-bahan  3 biji mangga  2 sudu besar bijan - digoreng tanpa minyak (optional) Pulut Kukus ...