Monday, August 20, 2012

Biskut Nuggest Oat



Bahan
2 cawan Tepung gandum
1 cawan Gula Aising
1/2 cawan Oat Kisar 
1/4 cawan Tepung Jagung
Minyak Jagung secukupnya

cara nya
masukkan semua bahan kemudian adunkan dengan minyak jagung .adunkan sehingga menjadi 1 aduanan 
kemudian di tekap dengan acuan bentuk yang disukai
bakar 180c 15-20 minit
sejukkan
salutkan dengan coklat putih yang telah didouble boil dahulu.. kemudian disalutkan dengan bread crumb color oren

Thursday, August 9, 2012

NASI MINYAK


Bahan2:
3 cawan beras Basmathi(rendam 1/2 jam)
4 biji bwg merah (hiris halus)
2 biji bwg putih (hiris halus)
1 senduk kecil minyak sapi
1 sudu besar rempah soto Tok Mak (optional)
2 biji bunga lawang
1 btg kulit kayu manis
2-3 biji buah pelaga
2-3 biji cengkih
1 sudu kecil jintan manis
1/2 biji tomato (buang biji, hiris kecik2)
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara2:
Masak nasi saya cuma pakai periuk nasik elektrik sahaja.
Tapi masa nak tumis bahan2 itu...keluarkan periuk dan tenggek periuk itu atas api.
Panaskan minyak sapi itu dalam periuk, kemudian tumislah bawag merah, putih,bunga lawang,kulit kayu manis, buah pelaga,cengkih & jintan dan rempah soto tok mak.
Bila bawang dah agak garing, masukkan beras yang sudah direndam dan tapis dulu.
Kacau2 pelan sampai rata minyak ke segenap beras. Jangan kacau ganas2 nanti beras patah.
Kemudian buh la air dlm 1/2 tinggi dari tinggi beras.
Sukat pakai tangan jer ok.
Masukkan garam dan tomato yg dah dihiris tu.
Matikan api. Kemudian angkat periuk tu masukkan dlm periuk nasik untuk masak secara elektrik pulak.
Bila dah masak itu..biarkan dulu nasi itu sebentar.
Lepas 10 minit baru dikacau. Gembur2kan macam biasa 

AYAM REMPAH BERMADU


Bahan-bahan 
  • 1/2 ekor ayam
  • garam
  • kunyit
  • 1 sudu besar rempah kari ayam
  • 1 sudu besar rempah soto TOK MAK 
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inch halia
  • bawang besar
  • cili kering
  • madu
  • gula merah
  • sos/tomato puree
  • air
  • rempah 4 sekawan
Cara-cara
  1. Potong ayam bersihkan ayam. Perapkan bersama bawang putih dan halia yang sudah ditumbuk, serta garam, kunyit dan rempah kari.
  2. Goreng ayam separuh masak, ketepikan.
  3. Panaskan minyak, goreng bawang besar dan rempah 4sekawan . Masukkan lebihan rempah perapan tadi dan cili kering. Tumis hingga terbit minyak.
  4. Masukkan tomato puree,rempah soto tok mak ,madu, gula merah & air. Kacau.
  5. Jika hendak ayam lembut, masukkan semasa masih banyak kuah . Jika hendak garing, tunggu kuah pekat baru masukkan ayam.
  6. Siap untuk dihidang. Boleh taburkan bwg goreng atau daun sup.

Sunday, August 5, 2012

Cara cara menbuat Tart Nenas Landak

Langkah pertama masukkan inti nenas ke dalam pastry kemudian bentukkan seperti gambar di atas
saya guna coklat chip mengantikn bunga cengkih.
Langkah 2:Gunakan Gunting lipat untuk mengunting untuk mendapatkan bentuk duri duri seperti duri landak atau bentuk nenas .

Langkah 3:Gunting pada layer pertama dan diikuti layer kedua berselang seli dgn layer pertama untuk mendapatkan corak yang menarik
Langkah 4:Buat sehingga habis .buat dengan berhati hati supaya tidak tergunting jari anda.
Ini la hasilnya untuk di bakar sebelum di bakar sapu dengan perlahan lahan kuning telor .

 selamat mencuba ..resepinya ada di blog reen..

Pulut Mangga Thailand

Pulut Mangga Thailand Bahan-bahan  3 biji mangga  2 sudu besar bijan - digoreng tanpa minyak (optional) Pulut Kukus ...