Thursday, August 25, 2011

Tart Nenas Amoi

TarT Nenas Amoi Cik AN



 Bahan bahan 
300 gm tepung gandum
 4 sudu besar tepung jagung
3 sudu gula ising 
200 gm butter
2 kuning telor sahaja

Cara cara
Ayak tepung gandum, tepung jagung dan gula ising ke dalam bekas. 
Kemudian masukkan butter yang telah dipotong dadu. 
Kalau guna unsalted butter, masukkan secubit garam. 
Ramas tepung dengan butter guna hujung jari hingga berderai (rub-in method).
 Kemudian masukkan telor dan satukan menjadi doh. cik an bakar 180c 15-20 minit 


BAHAN UNTUK INTI JEM NENAS:
  • 4 biji nenas muda
  • 2 ½ senduk gula pasir
  • sedikit esen vanilla
  • Bunga Cengkih
  • Kulit Kayu Manis
  • Daun pandan

CARA MEMBUAT INTI JEM NENAS:
  1. Parut nenas dan jangan dibuang airnya.
  2. Masak bersama daun pandan hingga kering sambil dikacau supaya tidak hangus.
  3. Setelah kering masukan gula, vanilla , bunga cengkih dan kulit kayu manis.
  4. Kacau tanpa henti hingga likat.
  5. Angkat dan sejukkan.

Wednesday, August 17, 2011

kek sukun

kek sukun bahan bahan nya 2 cwn tepung gandum* 1 sudu teh soda bikarbonat* 1 sudu teh baking powder* semua bahan diayak bersama 1 sudu teh garam 1 cwn isi buah sukun yang masak ranum yang dilecek 1 cwn minyak masak 1 1/2 cawan gula 2 biji telur (dipukul) sedikit esen vanila Cara-cara 1)Panaskan oven180c. 2) Masukkan bahan yang telah diayak ke dalam mangkuk. 3) Masukkan bahan bahan yang tidak diayak ke dalam adunan tadi. Gaul sebati. 4) Masukkan dalam acuan kecil . 5) bakar 15 minit suhu 180c atau sehingga masak.

Sunday, August 14, 2011

Butter cupcakes

Butter cupcakes BAHAN A Butter 100 gm gula kastor 100 gm Telor 2 biji Garam 1/3 sudu teh BAHAN B vanilla 1 sudu teh BAHAN C Superfine flour 100gm Baking powder 1/3 sudu teh CARA CARA panas kan oven 180 c pukul bahan (A) hingga kembang masuk kan bahan (B) dengan perlahan lahan dan kacau masuk bahan (C) yang telah diayak terlebih dahulu pukul dengan kelajuan yang rendah sudukan aduanan ke dlm kek cawan bakar 15-20 ( reen bakar 20 minit itu yg jadi garing .. sbb suami suka yg garing) slmt mcuba ..

Pulut Mangga Thailand

Pulut Mangga Thailand Bahan-bahan  3 biji mangga  2 sudu besar bijan - digoreng tanpa minyak (optional) Pulut Kukus ...