Wednesday, October 5, 2011

Apam Mekar

  • 250 gm gula
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 200 ml susu segar( derhaka sikit cik an guna susu cair)
  • 300 gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil ovallate
  • Pewarna (ikut suka)
  • Paper cup tomel2

Cara-cara

  1. Panaskan kukusan. Sebaik-baiknya, bungkus penutupnya untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti.
  2. Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
  4. Masukkan ovallate dan pukul lagi.
  5. Masukkan tepung dan susu cair berselang-seli sambil dipukul sehingga gebu.
  6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian
  7. Masukkan pewarna dalam setiap bahagian dan kaup balikkan hingga warna sekata.
  8. Masukkan setiap bahagian warna kedalam botol muncung 1
  9. Letakkan paper cup ke dalam acuan apam dan picitkan setiap bahagian warna ke dalam paper cup tersebut.
  10. Kukus selama 10 - 15 minit (bergantung kepa da saiz paper cup).

2 comments:

Ummi said...

Salam Reen, cantiknya apam mekar muuu... :)

Mas said...

wahh..cantik gebu la apam tu...

kongsiresepi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...