Thursday, October 13, 2011

Karipap Pusing Keledek Berdaging

Bahan bahan 3-4 biji keledek bersaiz besar – dipotong dadu 200 g daging cincang / daging dipotong dadu 3 ulas bawang merah – dicincang halus 1 ulas bawang putih – dicincang halus 2 sudu besar serbuk kari 2 sudu besar cili kisar 1 kiub pati daging atau kiub ayam 5-6 helai daun kari 1 cawan air Garam dan gula

Bahan-bahan (doh)

300 g tepung gandum 2 sudu minyak masak 2 sudu mentega Sedikit garam 1 cawan air sejuk

Cara-cara

  1. Untuk inti – panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
  2. Masukkan daging cincang. Biarkan sehingga hampir masak.
  3. Masukkan serbuk kari, cili kisar, pati daging dan daun kari. Kacau sehingga sekata.
  4. Masukkan air dan keledek.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Masak keledek sehingga empuk.
  1. Untuk doh..(KARIPAP BIASA) gaul tepung dalam mangkuk bersama-sama minyak masak dan mentega yang telah dipanaskan dengan sudu.
  2. Kemudian masukkan sedikit garam dan air sejuk. Uli sehingga menjadi doh.
  3. Ambik sedikit doh dan canai/leperkan di atas permukaan yang bertepung.
  4. Ambil doh yang siap dicanai dan masukkan inti.
  5. Kelim di bahagian tepi.
  6. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng karipap sehingga keperangan.
  7. Siap untuk dihidangkan.
Untuk doh..(KARIPAP PUSING) Penyediaan doh marjerin + minyak
Bahan bahan Tepung gandum 1 cawan Minyak 1 sudu makan Marjerin 1 sudu makan * sukatan marjerin & minyak sama bnyk
Penyediaan doh putih Bahan bahan Tepung gandum Garam Air secukupnya Cara 1. Gaul tepung dengan garam 2. Masukkn air sedikit demi sedikit ke dalam mangkuk tepung. Gaul & uli hingga jadi doh 3. Buat bulat2
4.Leperkn doh putih & letakkn doh kuning di tengah2

5.Balutkn doh kuning tadi

6.Jadikan doh

7.terbalikkan doh bulat tadi & canaikn.

Canai hingga leper

Gunakn pisau tuk potong bahagian tengah doh.. Doh jadi 2 bahagian yg sama besar

Gulungkan doh

Ambil1 doh yg telah digulung tadi dan canai memanjang

8.Bila sudah canai nipis,

9.selepas gulung

10.Dah siap buat 2 gulung

11.Potong 3 doh yang telah digulung tadi

12.Amik 1 doh yg telah dipotong tadi & canai leper.

13.Setelah itu masukkan intinya

14.Pastu lipatkan & temukn hujung dia. Kemudian kelimkan

Ni la rupanya bila telah siap.. Masa nak masukkan karipap dalam kuali, pastikan minyak tidak terlalu panas. Jika tidak kulit karipap menjadi menggerutu.Kena goreng dengan api yang sedang2.

1 comment:

rahel said...

Salam Reen,tengah buat ape?? mengancam lagi karipap pusing ni..

Pulut Mangga Thailand

Pulut Mangga Thailand Bahan-bahan  3 biji mangga  2 sudu besar bijan - digoreng tanpa minyak (optional) Pulut Kukus ...