Sunday, October 16, 2011

Tart Dahlia Nenas

Bahan bahan
300 gm Tepung Gandum
4 sudu besar Tepung Jagung
3 sudu besar gula ising
200 gm Butter
2 kuning telor 
1.Ayak tepung gandum, tepung jagung dan gula ising ke dalam bekas. 
2.Kemudian masukkan butter yang telah dipotong dadu.
 3.Kalau guna unsalted butter, masukkan secubit garam.
 4.Ramas tepung dengan butter guna hujung jari hingga berderai (rub-in method).
 5.Kemudian masukkan telor dan satukan menjadi doh.
 6.Masukan sedikit doh ke dalam acuan biskut dahlia 
7.Picit di atas dulang pembakar yang di sapu sedikit dengan butter 
8.Bulat bulat inti nenas kecil kecil dan letak di atas doh yang telah di bentuk tadi. 
9.Bakar 180c selama 15 minit atau sehingga cantik masaknya


BAHAN UNTUK INTI JEM NENAS:
  • 4 biji nenas muda
  • 2 ½ senduk gula pasir
  • sedikit esen vanilla
  • Bunga Cengkih
  • Kulit Kayu Manis
  • Daun pandan

CARA MEMBUAT INTI JEM NENAS:
  1. Parut nenas dan jangan dibuang airnya.
  2. Masak bersama daun pandan hingga kering sambil dikacau supaya tidak hangus.
  3. Setelah kering masukan gula, vanilla , bunga cengkih dan kulit kayu manis.
  4. Kacau tanpa henti hingga likat.
  5. Angkat dan sejukkan.


2 comments:

maya said...

time kasih bebanyak..... xtau la bile nk mencubanye....hihihi

Wani said...

salam.. bestnya tart nenas ,, baki tart nenas pun masih ada lagi ni.. tapi bila la angin nak datang buat ni hihi

kongsiresepi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...