Saturday, October 8, 2011

Idli dan Chutney Kelapa

IDLI 60gm ulutham paruppu 1/2 sudu teh halba Semua bahan2 di -atas ini hendak lah di-rendam selama 6 jam ,tuskan dan kisar dengan 75gm nasi 350-400ml air 200gm tepung beras,campur air dan gaul sebati sebelum kisar. 1/8 sudu yis ( kalau tidak letak pun tak apa) garam secukup rasa Masuk air sedikit demi sedikit semasa kisar.Batter idli tak boleh terlalu cair atau terlalu pekat.Peram 6jam atau sampai kembang. Kukus dengan periuk idli atau kukus seperti apam nasi.Hidangkan dengan chutney kelapa. CHUTNEY KELAPA MERAH 100gm Kelapa,parut (A) 2 biji bawang merah 2 biji bawang putih 2-3 tangkai lada merah,buang biji nya,tambah kalau suka pedas 1 sudu besar pothu kadalai atau boleh di ganti dengan kacang tanah digoreng dan ditumbuk halus 2cm halia 1 biji tomato 1-2 tangkai daun kari 2-3 sudu besar minyak 1/2 cawan air Garam secukup rasa Panaskan minyak tumis bahan (A) sampai bawang layu dan wangi bau nya. Masukkan Kelapa dan gaul rata. Goreng sebentar,sejukkan . Kisar dengan air dan garam sampai lumat,ketepikan. Panaskan minyak dan tumis 2-3 sudu besar minyak 1 sudu teh biji sawi 1 tangkai daun kari sampai wangi tuangkan bahan kisar dan kacau rata. Boleh di-hidangkan dengan tosai atau idli.

No comments:

Pulut Mangga Thailand

Pulut Mangga Thailand Bahan-bahan  3 biji mangga  2 sudu besar bijan - digoreng tanpa minyak (optional) Pulut Kukus ...