Tuesday, February 26, 2013

Cheese Cake

Resepi: Cheese Cake
Terima kasih pada zura kerana sudi berkongsi resepi cheese cake yang sedap ini dan yang penting sangat sedap..pada pengemar cheese pasti terliur kan..cuma biskut saltcheese ini agak susah nak jumpa di semenanjung ..hanya terdapat di sarawak .


Begini la rupanya biskut yang digunakan dalam resepi cheese cake yang sedap ini senang saja hanya celup dengan full cream milk dan susun je ..jom kita lihat resepinya dan selamat mencuba
Bahan bahannya
4 peket biskut saltcheese
200 gm creamcheese jenama Tantura
125gm  buttercup
3-4 sudu besar gula
1 kotak besar susu full cream dutchlady

Caranya
mix creamcheese, buttercup dan gula sehingga sebati.sapu pada loyang pada lapisan yang nipis kemudian celup biskut saltchesse dengan susu fullcream itu sekejap dan susun sehingga menutupi loyang
kemudian lapiskan dengan creamcheese dengan lapisan yang nipis lapis denagn biskut saltcheese yang dicelup dahulu dengan susu fullcream
ulangi sehingga habis
sejukkan 3-4 jam di dalam peti ais
sangat sedap dinikmati sejuk sejuk..nyaman (sedap) kata orang sarawak ..

Kesempatan ini reen ingin mengucapkan terima kasih pada nur baizura moktar ..dan selamat menjalani kehidupan sebagai bakal ibu.. dan selamat melahirkan baby yang comel..



Thursday, February 14, 2013

BAHULU PERTAK BERMARBLE

BAHULU PERTAK BERMARBLE 
sumber Princess Comey Lote.

Bahan bahannya
5 biji Telur ayam grade A
1 cawan Gula
1 camt Vanilla powder/ esen vanilla
2 camt Baking powder*
1 1/2 cawan Tepung gandum* (di ayak bersama)
Pewarna ( pink & green)


Cara caranya

Panaskan oven 180C.
Pukul telur dan gula hingga kembang dan putih.
Masukkan vanilla dan pukul lagi hingga rata.
Masukkan bahan ayak dan kaup balikkan hingga sebati.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan masukkan pewarna kegemaran anda.
saya masuk kan dalm paper cup
Tuangkan adunan berselang seli hingga habis.
Bakar dalam oven selama 20 minit atau sehingga masak menggunakan api bawah saja.
Selamat mencuba

Pulut Mangga Thailand

Pulut Mangga Thailand Bahan-bahan  3 biji mangga  2 sudu besar bijan - digoreng tanpa minyak (optional) Pulut Kukus ...