Wednesday, October 19, 2011

Udang Masak 3 rasa

Bahan-bahan ( 2 orang )
  • 20 ekor udang harimau
  • *20 tangkai cili kering (rebus)
  • *1 biji bawang besar
  • *2 ulas bawang putih
  • *1/2 inci lengkuas
  • *1 inci halia
  • 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
  • Sos cili, sos tomato, sos tiram dan garam secukupnya
  • 1 sdt madu
  • 2 helai daun limau purut
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara

  1. Udang dicuci bersih. Kisar bahan yang bertanda *
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi hingga garing dan naik minyak.
  3. Masukkan udang dan gaul sebati hingga udang 1/2 masak.
  4. Masukkan semua jenis sos dan garam secukupnya ikut selera.
  5. Akhir sekali masukkan madu, daun limau purut dan bawang besar yang dipotong bulat.

4 comments:

Sheila Shafeareen said...

Assalamualaikum sdp nya npk udnag masak 3 ras tu biasa buat dgn ikan grg je...boleh lah cuba ni...

Cik Kamoo said...

my peberet udang ne....sedapnye

rahel said...

Mat tghari Kak Reen
mesti sedap sos udang 3 rasa tu kan..makan ngan nasi putih je..sodap.

eny said...

kalau besau lg udang..urmmmm..lg menyelerakan

kongsiresepi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...