Wednesday, October 19, 2011

Rojak Mamak

Bahan Cucur (Keras): 1 1/2 cawan tepung gandum 1/2 camt serbuk penaik 3/4 camt garam 1/2 camt gula 155-165 ml air 1 labu bawang besar, dicincang halus 1 biji cili hijau, dibuang biji & dicincang halus minyak untuk menggoreng Satukan tepung, serbuk penaik, garam, gula dan air secukupnya hingga menjadi doh. Tutup dengan tuala dan biar 1 jam. Gaul dengan bawang dan cili. Bentukkan 7.5 cm panjang, 2 cm lebar. Lumur jari dengan tepung semasa membentuk kerana adunan agak lembik. Goreng di dalam minyak panas hingga keperangan. Hiris sebelum digunakan. Bahan Sampingan: 8-10 keping tauhu, digoreng keemasan 450 g taugeh, dicelur 1 minit 300 g sengkuang, dihiris 2 biji timun, dihiris 4 biji kentang, direbus, dihiris & digoreng keperangan 4 biji telur, direbus & dihiris Bahan Cucur (Lembut): 1 1/3 cawan tepung gandum 1/4 camt serbuk penaik 1/2 camt serbuk kunyit 1 camt gula 1/4 camt garam 125 ml air 1 biji telur, dipukul Campur semua bahan (kecuali telur) hingga menjadi adunan sebati. Biar selama 1 jam. Sebelum menggoreng cucur, tambah telur pada adunan dan kacau rata. Goreng cucur hingga keemasan kemudian hiris sebelum disajikan dengan bahan sampingan dan kuah. Bahan Kuah: 900 g keledek 2.5 liter air 1 camb asam jawa 75 ml air 75 ml minyak 4 biji bawang merah, dicincang halus 3 biji cili merah, dibuang kulit & dikisar 1 1/2 camt serbuk cili 1/3 camt garam 6 camb gula 100 g kacang tanah, digoreng & dikisar halus 3 camb petis /otak udang 2 camb gula merah Rebus keledek hingga empuk. Kisar dengan air. Campur asam jawa dengan 75 ml air. Tapis dan ketepikan. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan serbuk cili. Tuangkan keledek kisar bersama airnya. Seleps 3-5 minit, masukkan garam, gula dan air asam jawa. Kacau selalu di atas api perlahan. Kemudian masukkan kacang tanah, petis dam gula merah. Masak lagi hingga terbit minyak. rasa manis dan masin serta pedas ikut selera masing masing Nota: Kalau nak bubuh mee kuning celur kejap mee tu.

1 comment:

Mak Qis said...

reen...akak suka rojak mamak neh..tapi tak pernah buat..asik beli je kat mamak...nak kena try nnt...mekaseh share yer reen

kongsiresepi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...