Wednesday, October 5, 2011

Roti Sardines Roll

Bahan-bahan Roti sandwich secukupnya potong tepi supaya nampak kemas . Sardine ayam brand mackerel (satu tin diasingkan sos dan isinya) Bawang besar (hiris halus ) Cili merah (hiris halus)
Cili padi (jika suka pedas) 2 biji telor dipukul 1 mangkuk bread crumb (berwarna putih) 2 sudu kecil jus limau kasturi
Cara-cara
Untuk mengelakkan minyak meresap ke dalam roti sewaktu digoreng, roti sandwich hendaklah dilenyekkan dengan kayu pengelek
Ikan sardine mackerel itu dibelah 2 dan dibuang lendir berwarna hitam serta tulang,dihancur kemudian gaul dengan bahan diatas kecuali roti,sandwic,telor dan bread crumb
Kemudian, letakkan sardine ke atas roti dan digulung. Pastikan kedua-dua hujung roti tersebut dilenyek supaya inti tidak terkeluar
Kemudian lumurkan dengan telor yang telah dipukul seterusnya salut dengan bread crumb. goreng dengan minyak yang banyak (deep fry). Api jangan terlalu panas kerana bread crumb akan cepat menjadi hangus ..masakkan sebentar kemudian toskan roti sardines roll .sedap dicecah bersama sos cili thai dan mayonis .

No comments:

Pulut Mangga Thailand

Pulut Mangga Thailand Bahan-bahan  3 biji mangga  2 sudu besar bijan - digoreng tanpa minyak (optional) Pulut Kukus ...