Tuesday, May 8, 2018

Pulut Mangga Thailand


Pulut Mangga Thailand
Bahan-bahan 
3 biji mangga 
2 sudu besar bijan - digoreng tanpa minyak (optional)

Pulut Kukus

Bahan bahan:
2 cawan beras pulut – rendam sel 4 jam
1/2 santan pekat + air secukupnya + 1/4 sudu kecil garam
2 helai daun pandan – carikkan
Cara-cara :
Tos pulut dan masukkan dalam pengukus. Kukus selama 15 minit. Angkat dan masukkan ke dalam bekas.
Tuang santan yang digaul bersama garam. Gaul bersama santan hingga rata. Tuang santan sedikit sedikit sehingga pulut lembut. 
Masukkan kembali pulut ke dalam pengukus bersama daun pandan dan kukus semula selama 15 minit atau hingga masak.

Sos santan
Bahan bahan:
1/2 cawan santan kotak
1 cawan air 
1 sudu kecil garam - mesti ada rasa masin
1 helai daun pandan 
1 sudu kecil tepung jagung - larutkan dgn sedikit air
Cara cara:
Satukan semua bahan kecuali tepung jagung. Masak hingga mendidih. Terus dikacau supaya tidak berketul. Kemudian masukkan tepung jagung dan masak hingga sos nampak pekat. Teruskan kacau supaya santan tidak berketul. Kalau agak cair masukkan sedikit lagi tepung jagung.
Pastikan kuah mempunyai rasa yang agak masin supaya dapat menyimbangi rasa manis buah dan pulut. Angkat dan sejukkan. Hidangkan pulut bersama mangga dan sos santan.

Cara Menghidang
Letak pulut ke dalam pinggan. Hiris mangga secara memanjang atau mengikut citarasa masing masing. Tuang sos santan ke atas pulut. Tabur bijan. Sedia untuk dihidangkan.

Laksa Johor

#nota peribadi:untuk kenangan ..laksa johor ini di masak oleh anak dara saya ketika dia bercuti tempoh hari.alhamdulillah sedap kena dengan selera saya .terima kasih rina.bersungguh dia masak dari mencari bahan bahan dan memasak..alhamdulillah hasilnya sangat mengembirakan saya .

LAKSA JOHOR
Bahan bahan:
1 paket spaghetti - makan 10 orang
1kg ikan sardin/selayang 
¾ cawan rempah kari ikan Babas
½ cawan cili kering yg dikisar
¾ cawan udang kering (cuci bersih, kering dan kisar)
2 cawan santan pekat
3 cawan air
½ cawan minyak masak
1 sudu besar kerisik
Garam
Serbuk perasa

Bahan kisar:
5 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas
5 biji bawang besar

Ulam ulam:
Timun
Taugeh
Daun kesum/daun selasih
Kacang panjang
Limau kasturi
Lobak asin

Cara cara:
Ikan dibersihkan pastu kukus. Ada orang rebus tapi kalau kukus lagi senang nak carikkan isinya. Air kukus simpan. Kisar ikan yg telah dibuang tulang dengan air kukusan ikan tadi. Ketepikan.

Panaskan periuk bubuh 1/2 cawan minyak dan masukkan bahan kisar. Tumis sampai naik bau. Masukkan rempah kari ikan dan goreng pantas selama satu minit. Masukkan 1/2 cawan air dan goreng lagi kira-kira lima minit.
Pastu masukkan cili kisar dan goreng lagi sampai terbit minyak. Bila terbit minyak, masukkan ikan yang telah dikisar. Kacau rata. Masukkan 3 cawan air dan 2 cawan santan. Bila dah mendidih, masukkan udang kering dan kerisik.
Kuah laksa Johor agak pekat. Jadi kenalah agak agak jumlah air dengan kepekatan yang disukai.
Spaghetti:
Masak air dalam periuk. Bubuh garam dalam air rebusan tu. Bila telah mendidih, masukkan spaghetti dan rebus sehingga rasa dah kenyal, tapis dan siram air sejuk sehingga hilang panasnya atau cuci bawah air paip. Tos air nya dan tuang sedikit minyak supaya tak melekat.

Ulam ulam:
Ulam Laksa Johor ialah timun, taugeh, bawang besar diracik bulat bulat halus, daun selasih atau daun kesum, limau kasturi dan lobak asin. Kalau suka makan selasih boleh bubuh.

Sambal belacan:
Cili kering - rebus
Belacan bakar
Tumbuk cili bersama belacan bakar sehingga lumat.

Cara menghidang;
Bubuh spaghetti dalam mangkuk, taburkan ulam-ulam dan curahkan kuah. perah limau kasturi dan makan dengan sambal belacan.

Sunday, May 6, 2018

Nasi Goreng Ladna


Nasi Goreng Ladna #airtanganazrinaazri

Bahan-bahan (untuk menggoreng nasi)
Nasi sejuk (3-4 mangkuk)
Sedikit minyak
Kicap secukupnya
Sedikit serbuk secukup rasa
1 ulas bawang putih

Bahan-bahan (untuk ladna)
Sedikit udang, sotong, dan isi ayam (dipotong mengikut kesesuaian)
Sayur campur - Sawi jepun, putik jagung, carrot, bunga kubis, cili merah (dipotong)
2-3 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
Sedikit minyak (untuk menumis)
Sedikit sos tiram
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit tepung jagung (mengikut kepekatan)
Sedikit air (untuk kuah ladna)
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya

Cara-cara (menggoreng nasi):
Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumiskan bawang putih yang dicincang sehingga naik bau.
Masukkan kicap secukupnya dan tambahkan serbuk secukup rasa.
Kemudian gaul dan kacau sekata dengan nasi yang telah dileraikan.
Matikan api dan ketepikan

Cara-cara (Ladna):
Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumiskan bawang putih sehingga naik bau.
Kemudian masukkan udang, sotong, dan isi ayam. Tambahkan air secukupnya.
Masukkan sos tiram, serbuk lada hitam. Biarkan mendidih seketika.
Masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air sejuk. Kacau sehingga kuah pekat-pekat sedikit.
Masukkan sayur campur. Biarkan masak seketika.
Tambah gula, garam dan serbuk perasa secukupnya.
Siap. Sedia dihidangkan bersama nasi goreng tadi.


Friday, April 13, 2018

Telor Masin

  • Telur Itik yang segar 30 biji di basuh bersih 
  •  Garam bukit 1 1/2 cawan
  •  Air mineral secukupnya (agak-agak telur itu tenggelam)
  •  Masukan garam bukit dan air dalam periuk.
  •  Masak atas api sehingga garam larut.
  •  Sejukan dulu baru masukan telur.
  •  Rendam di tempat yang gelap selama 14hari.   
  • Cukup 14 hari boleh tukar air rendaman dengan air mineral atau nak  tahap masin yang anda suka biarkan seminggu lagi.
  • Bagi saya ,saya lebih suka tahap masin yang sederhana saja supaya tidak jemu memakannya nanti
  •     Boleh di simpan dalam peti sejuk.
  •     Bila terasa nak makan baru rebus.
  • #Petua nak bagi telur kuning itu menjadi warna merah menyala. Masa proses peram pastikan simpan di tempat yang gelap. Lagi gelap lagi bagus. Saya simpan di dalam kabinet dapur
  •  


Monday, April 9, 2018

kek milo

Hasil air tangan azrina kek milo ..kek simple2 untuk di bawa balik ke kampus nanti ..dalam sibuk sibuk nak exam sempat juga mengodek sebiji kek milo ini ..alhamdulillah sedap dan hiasannya pun simple ...yang pasti habis bunga mama ..rina rembat bubuh atas kek.. dah jadi cantik pulak..
  • Resepi Kek Milo 
  • Bahan – bahan yang digunakan :
  • Bahan A :
  • 1 cawan minyak jagung
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan milo
  • 1/2 cawan susu pekat

  • Bahan B :
  • 3 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • (dipukul kembang)

  • Bahan C :
  • 1 1/2 cwn tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat.

  • Cara cara
  • Bahan A dicampurkan dan dimasak diatas api yg kecil. Lepas sebati, tutup api.
  • Sejukkan sekejap bahan A dan masukkan Bahan B. Kacau sebati.
  • Masukkan pula bahan C dan kacau.
  • Tapiskan jika ada ketul2 sebelum masuk ke dalam loyang.
  • Sapu mentega dan tepung didalam loyang sebelum masukkan adunan.
  • Kukus adunan sehingga masak 
  • Kukus selama 30 – 45 minit.

  • Bahan untuk coklat hiasan 
  • -sedikit filling strawberrry atau bluberry
  • -450gm coklat kompaun
  • -secawan susu segar
  • -2 sudu butter

  • Cara caranya
  • -masak secara double boiler coklat kompaun
  • -campurkan susu cair dan kacau sebati.masukkan butter.kacau lagi hingga sebati..sejukkan seketika sebelum di curahkan atas kek tadi -hias ikut citarasa.




Sunday, April 8, 2018

Spaghetti with Spinach Sauce


  
Bila azrina cuti ada sahaja projek dia nak memasak ..alhamdulillah rina memang ada skill memasak dari kecil seawal dia berumur 10 tahun. rina banyak belajar dari melihat apa yang saya buat  kemudian dia pratikalkan .. dia agak berhati hati pada mula mula sebab dia takut bila mama nya mula bagi ceramah  motivasi .. bila dia  sudah dapat skillnya memang hasil kerja memang sebiji macam arwah nenek nya ..kemas,teliti dan cekap.alhamdulillah  rina mewarisi kepandaian,kecekapan arwah neneknya .
Cuti yang lepas rina plan nak masak spaghetti ..riadah hujung minggu dan merangkap menbeli barang dapur di aeon bukit tinggi,klang.rina mencari bahan bahan untuk projek masaknya..

pilih punya pilih.. mama macam biasa lah berejam kat area buah buah dan sayur.. rina berlegar legar lagi mencari cari bahannya..alif macam biasa lah tempat dia paling suka area ikan dan ayam segar organic,kemudian yang pasti dia akan ambil tembikai ,setiap kali ke aeon  tembikai tembikai.


setelah rina berkung fu di dapur seorang ..taraaa siap lah spaghetti visi hulk hogan kata alif aka ayong rina saja menyakat tapi mama tengok ayongnya makan bertambah tambah.. ..tq anak mama..sedap.bila mama tengok balik resepinya ..hadoii remehnya banyak benar stepnya ..kalau perut lapar menunggu mau pingsan bawah meja makan ini..hihihi.


untuk yang ingin mencuba resepi ini ..reen  link kan resepi ini dari blog yang rina follow hari itu
https://www.errenskitchen.com/spaghetti-with-spinach-sauce/



Friday, April 6, 2018

KEK PISANG

KEK PISANG
  • *BAHAN

  • 4 BIJI PISANG EMAS/ AWAK (SAIZ SEDERHANA) -HIRIS NIPIS & LECEK
  • 1/2 CAWAN GULA PASIR
  • 1/2 CAWAN GULA PERANG 
  • 1 CAWAN MINYAK MASAK
  • 4 BIJI TELUR (A)
  • 1 1/2 CAWAN TEPUNG GANDUM }
  • 1 SUDU TEH BAKING POWDER } AYAK
  • 1 SUDU TEH SODA BIKARBONAT }
  • 1 SUDU BESAR AIR LIMAU NIPIS 
  • 1 SUDU TEH ESEN PISANG /ESEN VANILA

  • *CARA CARANYA

  • -PANASKAN OVEN PADA SUHU 185' API ATAS BAWAH.
  • -SEDIAKAN LOYANG 4 PERSEGI..LENSERKAN DENGAN BUTTER DAN ALAS DENGAN KERTAS MINYAK.
  • -KISAR GULA, TELUR JUGA MINYAK DI DALAM BLENDER HINGGA PUTIH (3-5 MINIT)
  • -TUANGKAN KEDALAM MANGKUK...
  • -MASUKKAN CAMPURAN TEPUNG YANG TELAH DIAYAK SEDIKIT DEMI SEDIKIT KE DALAM MANGKUK TADI...KACAU DENGAN MENGGUNAKAN SENDUK KAYU.
  • -AKHIR SEKALI MASUKKAN PISANG YANG TELAH DILECEK, AIR LIMAU JUGA ESEN... GAUL HINGGA SEBATI..
  • -TUANGKAN ADUNAN KE DALAM LOYANG DAN MASAK SELAMA 45 MINIT ATAU HINGGA KEK MASAK..(CUCUK BAHAGIAN TENGAH KEK  UNTUK MENGETAHUI KEK MASAK SEMPURNA ATAU TIDAK.

  • ***LETAKKAN KEK DIRAK PALING BAWAH OVEN SEMASA MEMBAKAR... BAKAR GUNA API ATAS BAWAH...
  • SELAMAT MENCUBA....


Tuesday, April 3, 2018

PUDING ROTI KARAMEL

  • RESEPI PUDING ROTI KARAMEL
  • Bahan-bahan
  • 3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
  • 4 keping roti gardenia
  • 3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
  • 2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 sudu kecil esen vanilla

  • Cara-cara
  • Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit).
  • Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
  • Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
  • Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. 
  • Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam)

Monday, April 2, 2018

BINGKA DURIAN


Resepi BINGKA DURIAN

BAHAN BAHAN 

2 CAWAN TEPUNG GANDUM DIAYAK DULU
1 CAWAN ISI DURIAN 
1 CAWAN GULA (saya bubuh 1/2 cawan gula )
2 CAWAN SANTAN 
2 BIJI TELUR
1/2 SUDU TEH GARAM HALUS
1/2 CAWAN MINYAK MASAK
1 SUDU BESAR BUTTER
SEDIKIT PEWARNA KUNING TELOR
*BIJAN DI SANGAI DULU

CARA CARA

PANAS OVEN 180c 
SATUKAN SEMUA BAHAN DIATAS KECUALI *BIJAN
BLENDER SEHINGGA SEMUA SEBATI 
LENGSERKAN ACUAN DENGAN SIKIT BUTTER 
MASUKKAN ADUNAN TADI KE DALAM ACUAN 
TABURKAN BIJAN,BAKAR SEHINGGA GARING
MENGUNAKAN API ATAS DAN BAWAH
SUHU OVEN SAYA GUNAKAN 180 SELAMA 40 MINIT
SEJUKKAN DAN BOLEH LAH DIHIDANGKAN

Tuesday, March 27, 2018

Kek Semolina @ suji

KEK SEMOLINA/SUJI


BAHAN


250 GM MENTEGA170 GM GULA HALUS2 SUDU BESAR MADU4 BIJI TELOR GRED A100 ML SUSU SEGAR2 SUDU TEH ESEN VANILLA170 GM TEPUNG GANDUM1 SUDU TEH BAKING POWDER100 GM SEMOLINA / TEPUNG SUJISECUBIT GARAM HALUS


CARA

TEPUNG GANDUM DICAMPUR DENGAN BAKING POWDER DIAYAK BERSAMA.MASUKKAN

TEPUNG SEMOLINA /SUJI DAN GARAM HALUS

DALAM BEKAS LAIN MASUKKAN TELOR DENGAN SUSU SEGAR DAN ESEN VANILLA DIKOCOK DAN KEMUDIAN DI TEPIKAN

PUTAR MENTEGA BERSAMA GULA DAN MADU SEHINGGA KEMBANG.

KEMUDIAN MASUKKAN BANCUHAN TELOR,SUSU DAN VANILLA SEDIKIT DEMI SEDIKIT.GAUL MESRA


KEMUDIAN MASUKKAN TEPUNG SIKIT2ADUN MESRA..LAPIK LOYANG 7 X 7 DENGAN TRACING PAPER

BAKAR SUHU 175 °c 45 MINIT ATAU MENGIKUT SUHU OVEN MASING2

SELAMAT MENCUBA
REEN KHAN SHARIFF

Sunday, March 25, 2018

Lepat Pisang

#lepatpisang
Bahan bahan:
13 biji pisang berangan/pisang emas
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan kelapa parut putih
4 sudu besar gula merah 
1 sudu kecil garam

Cara cara:
Potong pisang nipis nipis dan lenyek dengan menggunakan garpu sehingga hancur. Jangan terlalu hancur supaya dalam lepat, masih ada rasa ketulan pisang. Masukkan gula merah dan garam. Kacau rata.
Masukkan tepung gandum dan kelapa parut dan gaul hingga sebati. 
Potong daun pisang panjang 15cm x 15 cm dan layur atas dapur gas supaya ianya tidak terkoyak semasa dilipat.

Sudukan 2 sudu besar adunan ke atas daun pisang. Letak pula kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam dan gula. Lipat ke kiri dan kanan. Kemudian lipat pula hujungnya ke bawah, angkat tegak dan lipat pula di hujung satu lagi. 

Panaskan periuk pengukus sehingga air mendidih. Susun kuih lepat dalam pengukus dan kukus selama 15 minit-20 minit atau sehingga masak. 

Cucuk bahagian tengah kuih dengan pisau, jika tidak melekat, tandanya ia telah masak. Bolehlah angkat dan sedia untuk dihidang

Pulut Mangga Thailand

Pulut Mangga Thailand Bahan-bahan  3 biji mangga  2 sudu besar bijan - digoreng tanpa minyak (optional) Pulut Kukus ...