Monday, October 3, 2011

Popia Basah

2 3 hari ni cik an x berapa sihat selsema batuk.. tekak ni teringin nak makan popia basah ..mana nak cari kat bintulu..ni kebetulan p ke supermarket terjumpa popia pastry..tu beli.. nak buat kulit x de reti jadi apa yg ada je cik an belasah.. mkn sekeping je berkobar kobar nak buat dari pagi tadi..

pastry popia basah ni cik an beli yang dah siap saja kat supermarket.bonus la klu yang pandai buat kulit popia .. lagi sedap

Bahan untuk inti*
1/2 biji kobis - diricih halus
3 biji sederhana besar carrot - disagat halus
1 biji sederhana bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
1 sudu makan udang kering
garam secukupnya

minyak untuk menumis
**Blend bawang besar+bawang putih+udang kering. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan blend tadi. Kemudian masukkan sos tiram + garam. Kemudian masukkan sayuran dan masak hingga layu.

Bahan untuk sambal***
15 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 sudu besar gula perang
2 sudu besar kicap manis (cik an ganti dgn madu)
minyak untuk menumis
garam, perasa dan bawang goreng secukupnya

*** blend cili kering+bawang besar +bawang putih.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan blend hingga garing. Masukkan kicap dan gula perang + garam dan perasa.

2 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

salam pagi reen..Kak ros susah nak jumpa kulir popia basah.Family hubby kak ros suka buat popia party.Duduk2 ramai2 dan masing2 gulung sendiri popia.sedap...

Pen Biru said...

sy kalau buat popia suka letak udang..hehehe..kdg2 sosej pun layan

kongsiresepi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...