Wednesday, July 4, 2012
TALAM ROTI LAPIS COKLAT
TALAM ROTI LAPIS COKLAT
Bahan-Bahan
4 keping roti sandwich - buang tepi, siat kecil + rendam dgn 100 ml air
50 gm gula pasir
1/4 sudu teh garam
200 ml santan KARA
100 ml air
60 gm tepung beras
20 gm tepung sagu/tpng ubi
1 sudu teh coklat emulco
Cara-cara :
Masukkan roti yang direndam ke dalam pengisar. Ketepikan.
Satukan air, santan, gula dan garam, masak hingga gula larut. Biarkan suam. Masukkan tepung beras dan tepung sagu, gaul rata.
Tuang campuran tadi ke dalam pengisar dan kisar bersama roti yang di rendam hingga halus.
Bahagikan kepada 2 bahagian, satu warna asal dan satu lagi di campur dengan coklat emulco.
Tuang warna asal, kukus selama 5 minit dalam pengukus yang di panaskan terlebih dahulu.
Tanpa mengangkat dari pengukus, tuang adunan coklat ke atas lapisan bawah tadi. Lap tutup pengukus dan kukus selama 10 - 15 minit dengan api sederhana hingga masak
Tuesday, July 3, 2012
ASAM PEDAS AYAM BERKERISIK
Bahan A:(Ditumis)
5 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
5 biji halba
1 biji bunga lawang
3 cm halia
Bahan B:(Ditumbuk)
¼ sudu teh jintan manis
¼ sudu teh jintan putih
3 cm belacan (optional)
1 cm kunyit hidup
1½ sudu serbuk kunyit
5 btg cili padi
½ sudu serbuk kari (optional)
1 1/2 sudu kerisik
2-3 helai daun limau purut
3 sudu besarminyak masak
3 cm lengkuas
2 btg serai
½ kilo ayam di potong kecil
2 cawan asam jawa
Garam
Cara:
Bersihkan ayam dan di potong kecil
Panaskan minyak
Cili yg telah dikisar hendaklah dicampur dengan bahan yang telah ditumbuk berserta serbuk kari.
Tumis bahan A.
Masukkan bahan B dan kacau hingga garing dan naik minyak dengan api yang perlahan.
Masukkan daun limau purut.
Masukkan ayam ,gaul mesra.
Setelah mendidih, masukkan kerisik, lengkuas dan serai
Kemudian masukkan air asam jawa.
Setelah mendidih masukkan garam
keria ku berbunga bunga
Bahan bahan
500gm ubi keledek
1 cawan tepung gandum
Sedikit garam
3 sudu besar gula dan sedikit air
Cara caranya
- Rebus ubi keledek hingga empuk.
- Toskan airnya dan bubuh sedikit garam.
- Lenyek sampai hancur sementara ubi masih panas
- Rehatlah dulu sementara menunggu ubi betul2 sejuk.
- Bila sudah sejuk, masukkan tepung gandum dan uli hingga sebati.
- Buatlah bentuk seperti bunga .reen gunakan acuan seperti dalam gambar yang tempekkan di bawah itu
- Petua tak nak bagi tangan melekat dengan aduan sapu tapak tangan dengan minyak
- Setelah siap digoreng, masak gula dgn air dalam kuali lain.
- Didihkan gula hingga pekat.
- Masukkan kuih tadi dan kacau hingga rata. Bagi semua kuih kena gula.
- Kacau hingga gula nampak bertali baru boleh tutup api.
- Dah tutup api , kacau lagi hingga gula kering dan kuih dan tidak melekat.
- Tapi kuih keria ini reen tidak sira cuma reen taburkan gula icing saja..
Pajeri Kedondong
Bahan2nya
8-10 biji Kedondong muda
4 sudu besar kerisik
4 biji cili Hijau atau cili merah (dibelah 2)
Bahan A
3 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 btg kayu manis
minyak untuk menumis
Bahan B (dimesin)
1 cm halia
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 sudu besar udang kering atau ikan bilis di basuh dan di rendam sebentar
3 sudu besar udang kering atau ikan bilis di basuh dan di rendam sebentar
Bahan C (dibancuh menjadi pes)
3 sudu besar serbuk ketumbar*
2 sudu besar serbuk kari*
1 sudu besar serbuk jintan manis*
2 sudu besar serbuk cili*
1 sudu besar serbuk jintan putih*
1 sudu kecil serbuk kunyit*
sedikit air
Cara caranya
1. Tumiskan bahan A dan Bahan B hingga naik bau, kemudian masukkan bahan C dan kerisik hingga keluar minyak.
2. Masukkan buah kedondong, cili hijau, sedikit gula, garam, masak sehingga kedondong lembut.
3.Selamat mencuba
Monday, July 2, 2012
AGAR AGAR MOCHA
Bahan-bahannya:
20 gram agar-agar tali
3. Masukkan gula dan susu pekat manis. Kacau hingga larut. Pastikan api yang digunakan tidak terlalu besar.
4. Tambahkan larutan koko yang telah dicampur dengan nescafe. Kacau sebati.
5. Masak hingga mendidih,tapis kemudian tuang ke dalam acuan yang digemari.
20 gram agar-agar tali
5 cawan air
1 tin kecil susu pekat manis
1/2 cawan gula
1/2 cawan serbuk koko Van Houten
1 sudu kecil nescafe
Cara-caranya
Cara-caranya
1. Cuci bersih agar-agar dan toskan
.
2. Masak agar-agar dengan 5 cawan air hingga larut.
2. Masak agar-agar dengan 5 cawan air hingga larut.
3. Masukkan gula dan susu pekat manis. Kacau hingga larut. Pastikan api yang digunakan tidak terlalu besar.
4. Tambahkan larutan koko yang telah dicampur dengan nescafe. Kacau sebati.
5. Masak hingga mendidih,tapis kemudian tuang ke dalam acuan yang digemari.
Terima kasih wahai adik ku
Jauh tidak bererti tiada sapaan rindu antara kami ..sapaan selamat pagi dan selamat tengah hari antara kami sedikit sebanyak mengubat rindu saya pada adik saya ..yang saya panggil pangilan manja 'abang'.setiap kali sapaan disertakan dengan gambar gambar tembakan nya yang sangat saya kagum.
Naluri seorang kakak.. terkadang terlalu emo..bila kadang kala sangat sangat merindui dirinya dan keluarga nya ..kami terlalu rapat semenjak kecil.bergaduh bergurau kemudian kami berbaik kembali.biasa la zaman kanak kanak kami yang terlalu manis ..
Seperti satu keajaiban .. sikap cara seperti kembar adik saya ini ialah anak bujang saya.. dari kecil anak bujang saya sehingga sekarang banyak saya perhatikan 100 peratus sikap nya sama dengan bapa saudaranya. sikap .. cara pemakanan ..minat..dan caranya serupa habis ..
Banyak kenangan kami ..bila dikenang kembali semuanya manis...disaat ini air mata ini mengalir jua rindunya pada dia ..
Jika saya punya sayap..ingin rasanya saya terbang di sana .. apakan daya ..hanya doa sentiasa mengiringnya.. rindunya saya pada adik saya seperti mana saya merindui anak bujang saya ..
Sunday, July 1, 2012
KERABU KEDONDONG DAN KUININ
KERABU CARCA MARBA (KEDONDONG & KUININ)
Bahan
10 biji buah kedondong muda
1 biji buah kunin
2 biji tomato
1 biji lobak merah
10 ekor udang di bersih dan di celur sebentar
2 ekor sotong size besar di bersih dan dicelur sebentar
1 sudu besar udang kering [tumbuk]
5 tangkai cili merah ]Hiris
5 tangkai cili api ]Hiris
1 labu bawang besar ]Hiris
2 batang serai ]Hiris
1/2 cawan kacang tanah atau bijan[goreng dan tumbuk]
1 biji lemon [ambil air]
2 sudu besar sos ikan
1 sudu kecil gula
garam secukupnya
CaraMembuatnya
1.Kedondong ,buah kunin dan lobak merah dikupaskan kulit dan parut kasar.
2.Masukkan semua bahan dalam mangkuk .
3. Gaulkan supaya semua bahan bahan tadi mesra
4.Hidangkan
Bahan
10 biji buah kedondong muda
1 biji buah kunin
2 biji tomato
1 biji lobak merah
10 ekor udang di bersih dan di celur sebentar
2 ekor sotong size besar di bersih dan dicelur sebentar
1 sudu besar udang kering [tumbuk]
5 tangkai cili merah ]Hiris
5 tangkai cili api ]Hiris
1 labu bawang besar ]Hiris
2 batang serai ]Hiris
1/2 cawan kacang tanah atau bijan[goreng dan tumbuk]
1 biji lemon [ambil air]
2 sudu besar sos ikan
1 sudu kecil gula
garam secukupnya
CaraMembuatnya
1.Kedondong ,buah kunin dan lobak merah dikupaskan kulit dan parut kasar.
2.Masukkan semua bahan dalam mangkuk .
3. Gaulkan supaya semua bahan bahan tadi mesra
4.Hidangkan
Thursday, June 28, 2012
Apam Beras
Bahan-bahan
2 cwn nasi*
3 cawan air*
1 cwn tepung gandum
3 cwn tepung beras
1 1/2 cawan gula
1 peket yis ( 11gm)
kelapa parut dgn sedikit garam
Cara Penyediaan
1. Blend nasi* dan air* sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
2. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras,gula dan yis.
3. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
4. Perap selama 1 jam.
5. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
6. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
7. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit.. 8. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam.. atau enak dimakan begitu saja.
KUIH BAKAR KELEDEK
KUIH BAKAR KELEDEK
Bahan-bahan
2 biji ubi keledek -rebus dan kisar
1 biji telur
2/3 cawan gula
1 cawan tepung gandum
1 cawan santan
pewarna kuning
1/3 sudu besar minyak sapi-cairkan
3 sudu susu cair
Cara-cara
Kacau telur dan gula. masukkan tepung dan santan. kacau rata dan tapis.
Tuang dalam ubi keledek tadi dan kacau rata. Masukkan minyak sapi cair tadi dan gaul sebati.
Sapu loyang/acuan dengan minyak, panaskan sebentar dan tuang adunan. masak atas api kecil, tabur bijan .
Masak dalam acuan kecil2 dan bakar dalam oven selama 15-20min (kalau suka garing bakar lama sikit)
2 biji ubi keledek -rebus dan kisar
1 biji telur
2/3 cawan gula
1 cawan tepung gandum
1 cawan santan
pewarna kuning
1/3 sudu besar minyak sapi-cairkan
3 sudu susu cair
Cara-cara
Kacau telur dan gula. masukkan tepung dan santan. kacau rata dan tapis.
Tuang dalam ubi keledek tadi dan kacau rata. Masukkan minyak sapi cair tadi dan gaul sebati.
Sapu loyang/acuan dengan minyak, panaskan sebentar dan tuang adunan. masak atas api kecil, tabur bijan .
Masak dalam acuan kecil2 dan bakar dalam oven selama 15-20min (kalau suka garing bakar lama sikit)
APAM PISANG
APAM PISANG
BAHAN2NYA:
1 CAWAN PISANG EMAS (YANG SUDAH DILENYEK)
1 CAWAN PISANG EMAS (YANG SUDAH DILENYEK)
1 CAWAN SUSU CAIR
1 CAWAN GULA PASIR
2 CAWAN TEPUNG GANDUM
1 SUDU MAKAN SODA POWDER
2 SUDU KECIL GARAM
CARA2NYA:
1.CAMPURKAN SEMUA BAHAN BAHAN
2.GAULKAN HINGGA SEBATI
.
3.PERAP SELAMA 2 JAM
3.PERAP SELAMA 2 JAM
4.PANASKAN PERIUK PENGUKUS
5.MASUKKAN PAPER CUP KE DALAM ACUAN LOMPANG
6.MASUKKAN ADUNAN TADI
7.KUKUSLAH LEBIH KURANG 20 MINIT
Wednesday, June 27, 2012
Kasui Coklat
Bahan bahannya
6 cawan air
3 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
1 cawan gula merah
1 1/2 cawan gula pasir
1 sudu besar kicap manis (kicap kipas udang merah)(optional)
2 sudu besar serbuk coklat
Cara caranya
1.masukkan semua bahan bahan ke dalam blender ,blend halus
2.kemudian tapis
3.panaskan pengukus
.4.sapu sedikit minyak pada acuan putri ayu.
5.masukkan adunan kedalam acuan putri ayu
6. kukus selama 20 minit atau sehingga masak
Subscribe to:
Posts (Atom)
Pulut Mangga Thailand
Pulut Mangga Thailand Bahan-bahan 3 biji mangga 2 sudu besar bijan - digoreng tanpa minyak (optional) Pulut Kukus ...
-
#nota peribadi :untuk kenangan ..laksa johor ini di masak oleh anak dara saya ketika dia bercuti tempoh hari.alhamdulillah sedap kena...
-
Asalamualaikum semua ... Lama sungguh reen tidak menjengah dapur reen ini.. masih kemas cuma sunyi saja ..maaf sangat sangat reen terlalu...














