Tuesday, July 3, 2012

keria ku berbunga bunga



 Bahan bahan
500gm ubi keledek 
1 cawan tepung gandum
Sedikit garam
3 sudu besar gula dan sedikit air 

Cara caranya
  • Rebus ubi keledek hingga empuk.
  • Toskan airnya dan bubuh sedikit garam.
  • Lenyek sampai hancur sementara ubi masih panas
  • Rehatlah dulu sementara menunggu ubi betul2 sejuk.
  • Bila sudah sejuk, masukkan tepung gandum dan uli hingga sebati.
  • Buatlah bentuk seperti bunga .reen gunakan acuan seperti dalam gambar yang tempekkan di bawah itu
  • Petua tak nak bagi tangan melekat dengan aduan sapu tapak tangan dengan minyak
  • Setelah siap digoreng, masak gula dgn air dalam kuali lain.
  • Didihkan gula hingga pekat.
  • Masukkan kuih tadi dan kacau hingga rata. Bagi semua kuih kena gula.
  • Kacau hingga gula nampak bertali baru boleh tutup api.
  • Dah tutup api , kacau lagi hingga gula kering dan kuih dan tidak melekat. 
  • Tapi kuih keria ini reen tidak sira cuma reen taburkan gula icing saja..

No comments:

kongsiresepi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...