Wednesday, July 4, 2012

TALAM ROTI LAPIS COKLAT


TALAM ROTI LAPIS COKLAT
Bahan-Bahan

4 keping roti sandwich - buang tepi, siat kecil + rendam dgn 100 ml air
50 gm gula pasir
1/4 sudu teh garam
200 ml santan KARA
100 ml air
60 gm tepung beras
20 gm tepung sagu/tpng ubi
1 sudu teh coklat emulco
Cara-cara :
Masukkan roti yang direndam ke dalam pengisar. Ketepikan.
Satukan air, santan, gula dan garam, masak hingga gula larut. Biarkan suam. Masukkan tepung beras dan tepung sagu, gaul rata.
Tuang campuran tadi ke dalam pengisar dan kisar bersama roti yang di rendam hingga halus.
Bahagikan kepada 2 bahagian, satu warna asal dan satu lagi di campur dengan coklat emulco.
Tuang warna asal, kukus selama 5 minit dalam pengukus yang di panaskan terlebih dahulu.
Tanpa mengangkat dari pengukus, tuang adunan coklat ke atas lapisan bawah tadi. Lap tutup pengukus dan kukus selama 10 - 15 minit dengan api sederhana hingga masak

3 comments:

norhanim md zain said...

Assalam Reen..cantik nampak talam roti lapis coklat nie..mudah gak nak buatnya..terbaik :))

REEN KHAN said...

wsalam hanim
terma kasih hanim .. sudi singgah kat dapur saya ..
talam roti coklat ini sedap yang penting simplenya caranya

emjee said...

Sedap2 belaka

kongsiresepi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...