Tuesday, July 3, 2012

Pajeri Kedondong




Bahan2nya
8-10 biji Kedondong muda 
4 sudu besar kerisik
4 biji cili Hijau atau cili merah (dibelah 2)

Bahan A
3 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 btg kayu manis
minyak untuk menumis

Bahan B (dimesin)
1 cm halia
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 sudu besar udang kering atau ikan bilis di basuh dan di rendam sebentar

Bahan C (dibancuh menjadi pes)
3 sudu besar serbuk ketumbar*
2 sudu besar serbuk kari*
1 sudu besar serbuk jintan manis*
2 sudu besar serbuk cili*
1 sudu besar serbuk jintan putih*
1 sudu kecil serbuk kunyit*
sedikit air

Cara caranya
1.  Tumiskan bahan A dan Bahan B hingga naik bau, kemudian masukkan bahan C dan kerisik hingga keluar minyak.

2. Masukkan buah kedondong, cili hijau, sedikit gula, garam, masak sehingga kedondong lembut. 

3.Selamat mencuba


No comments:

kongsiresepi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...