Friday, October 21, 2011

Puding jagung bersos kastard

Bahan untuk puding jagung

1peket agar agar kering

110ml air

1 1/2 cawan gula

1 cawan susu cair

1 sudu teh esen vanilla

1 sudu teh pewarna kuning

1/2 tin cream jagung

cara memasak puding jagung

1.campur air dan agar agar masak sehingga a agar agar hancur

2.masukkan gula,kacau sehingga gula larut

3.masukan susu cair dan pewarna kuning kacau sebati

4.angkat dan tapis

5.masukkan jagung cream ke dalam acuan dan tuangkan aduanan agar agar sehingga habis.

6.sejukkan

7.hidangkan denagankuah kastard sedap dimasak dengan kismis,ceri,laici dan badam.

Bahan untuk kuah kastard

2 sudu besar tepung kastard

1 biji kuning telor sahaja

1/2 tin susu cair

2 gelas air

5 sudu besar gula

sedikit garam

Cara memasak kuah kastard

1.campur semua bahan gaul sebati dan tapis.

2.masak dengan api yang sederhana

3. kacau sehingga meruap.

4.sejukkan terlebih dahulu..

Thursday, October 20, 2011

Kuih Abuk Abuk Moden

Bahan bahan 1 cawan sagu biji yang berwarna merah jambu 1 cawan sagu biji yang berwarna hijau sedikit garam 1/2 cawan gula 1 cawan kelapa parut putih
cara caranya
Bilas sagu dengan air bersih dan toskan Campurkan sagu biji dengan kelapa dan gram. asingkan warna sagu merah dan sagu hijau Gaul rata.ambil acuan putri ayu.sapu minyak pada acuan. masukkan sagu merah ke acuan puteri ayu separuh dari acuan kukus 3-4 minit. kemudian masukan pula sagu warna hijau ke atas sagu warna merah taditekan sagu tu menjadi manpat dan kukus lagi 5 minit atau sehingga sagu menjadi masakkeluarkan dari acuan .simpan di dalam bekas kedap udara untuk mengelakkan kuih menjadi keras jika terdedah dengan udara.

Wednesday, October 19, 2011

Udang Masak 3 rasa

Bahan-bahan ( 2 orang )
  • 20 ekor udang harimau
  • *20 tangkai cili kering (rebus)
  • *1 biji bawang besar
  • *2 ulas bawang putih
  • *1/2 inci lengkuas
  • *1 inci halia
  • 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
  • Sos cili, sos tomato, sos tiram dan garam secukupnya
  • 1 sdt madu
  • 2 helai daun limau purut
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara

  1. Udang dicuci bersih. Kisar bahan yang bertanda *
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi hingga garing dan naik minyak.
  3. Masukkan udang dan gaul sebati hingga udang 1/2 masak.
  4. Masukkan semua jenis sos dan garam secukupnya ikut selera.
  5. Akhir sekali masukkan madu, daun limau purut dan bawang besar yang dipotong bulat.

Rojak Mamak

Bahan Cucur (Keras): 1 1/2 cawan tepung gandum 1/2 camt serbuk penaik 3/4 camt garam 1/2 camt gula 155-165 ml air 1 labu bawang besar, dicincang halus 1 biji cili hijau, dibuang biji & dicincang halus minyak untuk menggoreng Satukan tepung, serbuk penaik, garam, gula dan air secukupnya hingga menjadi doh. Tutup dengan tuala dan biar 1 jam. Gaul dengan bawang dan cili. Bentukkan 7.5 cm panjang, 2 cm lebar. Lumur jari dengan tepung semasa membentuk kerana adunan agak lembik. Goreng di dalam minyak panas hingga keperangan. Hiris sebelum digunakan. Bahan Sampingan: 8-10 keping tauhu, digoreng keemasan 450 g taugeh, dicelur 1 minit 300 g sengkuang, dihiris 2 biji timun, dihiris 4 biji kentang, direbus, dihiris & digoreng keperangan 4 biji telur, direbus & dihiris Bahan Cucur (Lembut): 1 1/3 cawan tepung gandum 1/4 camt serbuk penaik 1/2 camt serbuk kunyit 1 camt gula 1/4 camt garam 125 ml air 1 biji telur, dipukul Campur semua bahan (kecuali telur) hingga menjadi adunan sebati. Biar selama 1 jam. Sebelum menggoreng cucur, tambah telur pada adunan dan kacau rata. Goreng cucur hingga keemasan kemudian hiris sebelum disajikan dengan bahan sampingan dan kuah. Bahan Kuah: 900 g keledek 2.5 liter air 1 camb asam jawa 75 ml air 75 ml minyak 4 biji bawang merah, dicincang halus 3 biji cili merah, dibuang kulit & dikisar 1 1/2 camt serbuk cili 1/3 camt garam 6 camb gula 100 g kacang tanah, digoreng & dikisar halus 3 camb petis /otak udang 2 camb gula merah Rebus keledek hingga empuk. Kisar dengan air. Campur asam jawa dengan 75 ml air. Tapis dan ketepikan. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan serbuk cili. Tuangkan keledek kisar bersama airnya. Seleps 3-5 minit, masukkan garam, gula dan air asam jawa. Kacau selalu di atas api perlahan. Kemudian masukkan kacang tanah, petis dam gula merah. Masak lagi hingga terbit minyak. rasa manis dan masin serta pedas ikut selera masing masing Nota: Kalau nak bubuh mee kuning celur kejap mee tu.

Sunday, October 16, 2011

Samosa

Bahan-bahan:
3 biji kentang (potong dadu)
bawang besar
bawang merah*
bawang putih*
halia*
rempah kari daging
daging kisar
air asam jawa
garam
gulaminyak untuk menumis
air secukupnya
(Tumbuk bahan yang bertanda *)
Kulit popia
putih telor fungsi sebagai gam
Cara memasak inti samosa
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar yang telah dihiris dan bahan-bahan yang telah ditumbuk hingga berbau wangi. Kemudian masukkan rempah kari anggaran 4 sudu besar, kacau rata dan masukkan daging kisar, kentang dan air. Biarkan empuk. Selepas itu barulah masukkan air asam jawa, garam dan gula. Biarkan sehingga kering barulah matikan api. Biarkan inti sejuk.
Cara menyediakan samosa
Ambil kulit popia di potong 3 bahagian.ambil 2 bahagian cantumkan 2 bahagian tu menjadi panjang.ambil inti .letak di hujung sekali dan lipat menjadi 3 segi.gunakan putih telur untuk menampal supaya semasa kita mengoreng tidak terbuka .goreng dengan minyak yang banyak dan sederhana panas .angkat dan toskan .sedap makan bersama sos cili dan sos mayonis.

Mini Murtabak

Bahan-bahan: 3 biji kentang (potong dadu) bawang besar bawang merah* bawang putih* halia* rempah kari daging daging kisar garam gula minyak untuk menumis air secukupnya (Tumbuk bahan yang bertanda *) Kulit popia Telur ayam (ikut suka nak banyak mana)
Cara memasak inti murtabak mini: Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar yang telah dihiris dan bahan-bahan yang telah ditumbuk hingga berbau wangi. Kemudian masukkan rempah kari anggaran 4 sudu besar, kacau rata dan masukkan daging kisar, kentang dan air. Biarkan empuk. Selepas itu barulah masukkan air asam jawa, garam dan gula. Biarkan sehingga kering barulah matikan api. Biarkan inti sejuk.
Cara menyediakan murtabak mini: Pecahkan telur dalam mangkuk, ambil sedikit inti yang telah disejukkan masukkan ke dalam mangkuk yang berisi telur tadi, masukkan juga hirisan bawang besar dan gaul rata. Ambil kulit popia, letakkan di atas bekas yang rata ( pinggan atau dulang ). Tuangkan 2 sudu inti di tengah-tengah kulit popia dan lipat. Goreng di atas kuali leper (macam goreng murtabak), balik-balikkan. Angkat apabila kulit popia sudah berwarna kuning keemasan.
Nota: Selain daripada digoreng, boleh juga dibakar dalam oven dgn suhu 180 darjah selama 30 minit. Tapi popia perlu dibalik-balikkan setiap 10 minit, dan dulang pembakar perlu disapu dengan minyak terlebih dahulu.

Tart Dahlia Nenas

Bahan bahan
300 gm Tepung Gandum
4 sudu besar Tepung Jagung
3 sudu besar gula ising
200 gm Butter
2 kuning telor 
1.Ayak tepung gandum, tepung jagung dan gula ising ke dalam bekas. 
2.Kemudian masukkan butter yang telah dipotong dadu.
 3.Kalau guna unsalted butter, masukkan secubit garam.
 4.Ramas tepung dengan butter guna hujung jari hingga berderai (rub-in method).
 5.Kemudian masukkan telor dan satukan menjadi doh.
 6.Masukan sedikit doh ke dalam acuan biskut dahlia 
7.Picit di atas dulang pembakar yang di sapu sedikit dengan butter 
8.Bulat bulat inti nenas kecil kecil dan letak di atas doh yang telah di bentuk tadi. 
9.Bakar 180c selama 15 minit atau sehingga cantik masaknya

BAHAN UNTUK INTI JEM NENAS:
  • 4 biji nenas muda
  • 2 ½ senduk gula pasir
  • sedikit esen vanilla
  • Bunga Cengkih
  • Kulit Kayu Manis
  • Daun pandan

CARA MEMBUAT INTI JEM NENAS:
  1. Parut nenas dan jangan dibuang airnya.
  2. Masak bersama daun pandan hingga kering sambil dikacau supaya tidak hangus.
  3. Setelah kering masukan gula, vanilla , bunga cengkih dan kulit kayu manis.
  4. Kacau tanpa henti hingga likat.
  5. Angkat dan sejukkan.

Thursday, October 13, 2011

Karipap Pusing Keledek Berdaging

Bahan bahan 3-4 biji keledek bersaiz besar – dipotong dadu 200 g daging cincang / daging dipotong dadu 3 ulas bawang merah – dicincang halus 1 ulas bawang putih – dicincang halus 2 sudu besar serbuk kari 2 sudu besar cili kisar 1 kiub pati daging atau kiub ayam 5-6 helai daun kari 1 cawan air Garam dan gula

Bahan-bahan (doh)

300 g tepung gandum 2 sudu minyak masak 2 sudu mentega Sedikit garam 1 cawan air sejuk

Cara-cara

  1. Untuk inti – panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
  2. Masukkan daging cincang. Biarkan sehingga hampir masak.
  3. Masukkan serbuk kari, cili kisar, pati daging dan daun kari. Kacau sehingga sekata.
  4. Masukkan air dan keledek.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Masak keledek sehingga empuk.
  1. Untuk doh..(KARIPAP BIASA) gaul tepung dalam mangkuk bersama-sama minyak masak dan mentega yang telah dipanaskan dengan sudu.
  2. Kemudian masukkan sedikit garam dan air sejuk. Uli sehingga menjadi doh.
  3. Ambik sedikit doh dan canai/leperkan di atas permukaan yang bertepung.
  4. Ambil doh yang siap dicanai dan masukkan inti.
  5. Kelim di bahagian tepi.
  6. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng karipap sehingga keperangan.
  7. Siap untuk dihidangkan.
Untuk doh..(KARIPAP PUSING) Penyediaan doh marjerin + minyak
Bahan bahan Tepung gandum 1 cawan Minyak 1 sudu makan Marjerin 1 sudu makan * sukatan marjerin & minyak sama bnyk
Penyediaan doh putih Bahan bahan Tepung gandum Garam Air secukupnya Cara 1. Gaul tepung dengan garam 2. Masukkn air sedikit demi sedikit ke dalam mangkuk tepung. Gaul & uli hingga jadi doh 3. Buat bulat2
4.Leperkn doh putih & letakkn doh kuning di tengah2

5.Balutkn doh kuning tadi

6.Jadikan doh

7.terbalikkan doh bulat tadi & canaikn.

Canai hingga leper

Gunakn pisau tuk potong bahagian tengah doh.. Doh jadi 2 bahagian yg sama besar

Gulungkan doh

Ambil1 doh yg telah digulung tadi dan canai memanjang

8.Bila sudah canai nipis,

9.selepas gulung

10.Dah siap buat 2 gulung

11.Potong 3 doh yang telah digulung tadi

12.Amik 1 doh yg telah dipotong tadi & canai leper.

13.Setelah itu masukkan intinya

14.Pastu lipatkan & temukn hujung dia. Kemudian kelimkan

Ni la rupanya bila telah siap.. Masa nak masukkan karipap dalam kuali, pastikan minyak tidak terlalu panas. Jika tidak kulit karipap menjadi menggerutu.Kena goreng dengan api yang sedang2.

Monday, October 10, 2011

Kek Pisang Part II

Bahan bahan -Bakar suhu 190 c - 20 - 25 minit Hari ahad lepas mood cik an untuk mengambil gambar apam pisang macam tidak mendapat feel yang bagus..gambar2 ini cik an mengambil buat kali kedua untuk menebus ketidak puashati cik an semalam.feel ini kadang kadang kacau ..jiwa kacau ..kurang menjadi apa yang kita plan.

Apam TerDot Dot

Bahan2:
3bj telur gred B (dr peti sejuk) 275gm tpg gandum 220gm gula halus 150ml susu segar / UHT ...(sy guna 200ml susu cair) 1 sudu teh baking powder 1 sudu kecil ovelet 1 sudu kecil esen vanilla (utk hilangkan bau hanyir telur) inti jem , coklat atau apa2 aje ikut kesukaan msg2 cara: pukul telur, gula dgn ovelet hingga betul2 kembang n putih... masuk tepung berselang seli dgn susu... jgn lupa ayak baking powder dgn tepung dlu... bubuh adunan dlm papercup...alas papercup dgn acuan lompang atau apa2 sj yg boleh utk elakkan dr papercup kembang... kukus selama 15/20 minit...
**pastikan gula, telor, ovalet dipukul sampai betul2 kembang n jd putih...pastu kukus api sedang2 je...tudung peruik kukus kena balut ngan kain ye supaya air wap tidak menitis atas apam.

Sunday, October 9, 2011

Kek Cawan Pisang

kek cawan pisang

  Bahan bahan
1 cawan minyak jagung atau minyak biasa pun boleh
1 cawan gula 5 biji telor ( cik an guna 4 biji telor sahaja sebab telur besar)
 1 1/2 cawan tepung gandum
 1 sudu besar baking powder (cik an guna 1 sudu teh saja)
1 sudu besar soda (cik an guna 1 sudu teh saja )
 1 1/2 cawan pisang emas yang telah dilenyek (10 biji pisang emas)
 sedikit esen pisang (cik an tukar ke esen vanilla)

  Cara cara
-Blender minyak, telur, esen vanilla dan gula sehingga sebati.
 -Di dalam mangkuk yang lain ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda.
 -Masukkan pisang yang di lenyek tadi .gaul mesra
 -kemudian masukkan bahan yang di blender tadi .gaul sebati
 -Masuk kan dalam bekas pilihan puan puan
 -Bakar suhu 190 c - 20 minit

Pulut Mangga Thailand

Pulut Mangga Thailand Bahan-bahan  3 biji mangga  2 sudu besar bijan - digoreng tanpa minyak (optional) Pulut Kukus ...