Thursday, June 28, 2012

Apam Beras


Bahan-bahan

2 cwn nasi*
3 cawan air*
1 cwn tepung gandum
3 cwn tepung beras 
1 1/2 cawan gula 
1 peket yis ( 11gm) 
kelapa parut dgn sedikit garam

Cara Penyediaan
 
1. Blend nasi* dan air* sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus) 
2. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras,gula dan yis. 
3. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati. 
4. Perap selama 1 jam. 
5. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain. 
6. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil. 
7. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit.. 8. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam.. atau enak dimakan begitu saja.



KUIH BAKAR KELEDEK


KUIH BAKAR KELEDEK 


Bahan-bahan

2 biji ubi keledek -rebus dan  kisar

1 biji telur

2/3 cawan gula

1 cawan tepung gandum

1 cawan santan

pewarna kuning

1/3 sudu besar minyak sapi-cairkan

3 sudu susu cair

Cara-cara

Kacau telur dan gula. masukkan tepung dan santan. kacau rata dan tapis.

Tuang dalam ubi keledek tadi dan kacau rata. Masukkan minyak sapi cair tadi dan gaul sebati.

Sapu loyang/acuan dengan minyak, panaskan sebentar dan tuang adunan. masak atas api kecil, tabur bijan .

Masak dalam acuan kecil2 dan bakar dalam oven selama 15-20min (kalau suka garing bakar lama sikit) 

APAM PISANG





APAM PISANG 


BAHAN2NYA:

1 CAWAN PISANG EMAS (YANG SUDAH DILENYEK)

1 CAWAN SUSU CAIR

1 CAWAN GULA PASIR

2 CAWAN TEPUNG GANDUM

1 SUDU MAKAN SODA POWDER

2 SUDU KECIL GARAM


CARA2NYA:

1.CAMPURKAN SEMUA BAHAN BAHAN
  
2.GAULKAN HINGGA SEBATI
.
3.PERAP SELAMA 2 JAM

4.PANASKAN PERIUK PENGUKUS

5.MASUKKAN PAPER CUP KE DALAM ACUAN LOMPANG

6.MASUKKAN ADUNAN TADI

7.KUKUSLAH LEBIH KURANG 20 MINIT


Wednesday, June 27, 2012

Kasui Coklat



Bahan bahannya

 6 cawan air
 3 cawan tepung gandum
 1 cawan tepung ubi
1 cawan gula merah 
1 1/2 cawan gula pasir
 1 sudu besar kicap manis (kicap kipas udang merah)(optional)
 2 sudu besar serbuk coklat

 Cara caranya

1.masukkan semua bahan bahan ke dalam blender ,blend halus
2.kemudian tapis

 3.panaskan pengukus

.4.sapu sedikit minyak pada acuan putri ayu.

5.masukkan adunan kedalam acuan putri ayu

6. kukus selama 20 minit atau sehingga masak


Monday, June 25, 2012

SUP TELOR SUHUN TAHU KERING

Simple saja menu ini.. permintaan dari anak mama..alif..hari sabtu hari rutin kami sekeluarga menbeli belah di supermarket yang terkenal di Bintulu iaitu Farley...alif yang menbeli suhun dan tahu kering.mama janji nak masak esok nya tapi mama dah tukar plan masak hari isnin sahaja.esok 26/6/2012 hari selasa  anak mama akan berangkat balik ke kuala Lumpur untuk menyambung tahun  2 di KPTM ..tinggal la mama adek dan papa bertiga di sarawak.. dalam seminggu dua ini mama pasti tidak keruan ..serba tak kena .. tapi mama kena kuatkan semangat ..anak mama pergi belajar kan.mama sentiasa rindu kan anak mama dan merindu saat2 cuti anak mama sebulan bersama mama.

Macam biasa pesan mama pada anak mama jaga diri, jaga solat,dan doa mama sentiasa mengiring setiap nafas anak mama...

Jom la kita lihat apa bahan2 nya .. menu yang sihat dan bagus untuk orang berdiet..

RESEPI SUP TELOR  SUHUN TAHU KERING
BAHAN BAHAN
4 biji bawang merah hiris halus
2 ulas bawag putih hiris halus
sedikit udang kertas dibuang kulit 
3 biji telur
1 biji kentang dipotong 6
1 batang kecil carot merah dipotong nipis
1 peket kecil suhun (direndam)
1 peket kecil tahu kering (direndam)
setengah batang timun di potong panjang
sedikit daun bawang dan daun sup di hiris halus

CARA-CARA
1.Panaskan minyak, tumis bawang merah + bawang putih blend dan udang kertas
2.setelah harum dan kekuningan masukkan air dan biarkan hingga mendidih
3.masukkan kentang,timun dan carrot merah biar sampai empuk..
4.masukkan garam sikit
5.masukkan telor (tips untuk mendapatkan telor yang cantik .didihkan air dalam periuk masuk kan 1-2 sudu kecil cuka
   pecahkan telor ..perlahankan api .. masak telor dan angkat )
6.akhir sekali masuk suhun dan tahu kering tutup api.taburkan daun sup dan daun bawang yang telah di hiris halus .
7.kuah biar lebih sikit sebab suhun dan tau kering itu menyerap kuah.

Udang galah masak lemak nenas


Bahan-bahan

sekilo udang galah

3 ulas bawang kecil

1 genggam cili api

1 inci kunyit segar

700 ml santan pekat

½ biji nenas muda

Secukup rasa garam

Daun kunyit dihiris halus atau serai di titik (optional)


Cara-cara penyediaan

1. Potong nenas kecil-kecil  ketepikan.

2. Kisar cili api, kunyit, bawang merah dengan 1 cawan santan.

3. Masak bahan kisar dan lebihan santan sehingga mendidih.

4. Kemudian masukkan nenas dan udang. perlahankan api dan gaul sentiasa supaya tidak bertahi minyak(kuah nya tidak     cantik bergentel2 santannya )

5. Padamkan api dan siap untuk dihidangkan.

Kerabu selom bersama daun limau purut


 Bahan-bahan:

2 ikat selom (di hiris halus)
3 helai daun limau purut (dihiris halus)
1/2 cawan kelapa putih- disangrai sedikit hingga kering dan wangi. (jangan sampai hangus)
1 tangkai cili merah dihiris
**6 biji cili padi
**2 biji cili merah
**sedikit belacan dibakar 
 3 biji bawang besar di hiris halus 
segenggam udang kering dibersihkan disangai dan di tumbuk halus

@kisar / tumbuk halus semua bahan bertanda **jadikan seperti sambal belacan 
1 biji limau nipis saiz besar-diperah jusnya
garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:

1 Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar. Perahkan jus limau nipis. Boleh tambah kalau suka lebih masam. Masukkan garam dan gula secukupnya. Gaul sebati.

2. Sedia dihidangkan.
 @ daun limau purut boleh juga diganti dengan bunga kantan.



Sunday, June 24, 2012

Ayam masak merah


BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam
2 biji bawang besar- dipotong membulat
3 cm kulit kayu manis
3 biji bunga lawang
5 biji bunga cengkih
2 batang serai-dititik
8 sudu besar sos tomato
6 sudu besar cili sos
3 sudu besar gula
Garam secukup rasa
1 tin kacang peas
6 biji cendawan butang di hiris  

BAHAN-BAHAN DIKISAR:
 8 biji cili kering
5 biji bawang merah
3 biji ulas bawang putih
3 cm halia

CARA MEMASAK :

-Semua bahan-bahan dikisar perlu dipotong kecil-kecil . Cili kering perlu direbus dahulu atau direndam dalam air panas supaya menjadi lembut dan mudah dikisar.

- Ayam dibersihkan kemudian dipotong dan digaul dengan garam dan kunyit.Panaskan 2 cawan minyak dan goreng ayam sehingga masak . Kalau suka boleh biar sampai garing.

-Panaskan minyak dan tumiskan kayu manis + bunga lawang + bunga cengkih dahulu sehingga terbit bau wangi kemudian boleh la dimasukkan bahan-bahan dikisar serta serai . Kacau semua bahan dan biarkan sampai sambal masak kemudian masukkan sos cili , sos tomato,cendawan butang yang dihiris,kacang peas dan bawang besar serta kacau lagi . Masukkan gula dan garam .

-Kemudian masukkan ayam ke dalam sambal dan gaul rata sampai mesra . Terus mengacau untuk 10 minit lagi dan boleh lah dimatikan api dapur.

Saturday, June 23, 2012

NASI HUJAN PANAS


Bahan-bahan: 
 - 3 cup beras basmathi
- Air (sama byk dgn beras)
-2 biji bawang besar (kisar)
- 3 ulas bawang putih (kisar)
- 2 inci halia (kisar)
- 3 kuntum bunga cengkih **
- 2 inci kayu manis **
- 2 biji buah pelaga **
- 1 kelopak bunga lawang **
- 1 cup susu cair / susu segar
- 1 sudu kecil garam
- Pewarna hijau, merah, dan kuning
- 2 sudu besar minyak sapi
-2 sudu besar minyak mazola
- Bahan hiasan: bawang goreng dan kismis

Cara Buat:
- Panaskan minyak sapi dan minyak mazola
- Tumis semua bahan yg dikisar dan bahan ** sampai wangi.
- Masukkan air, garam dan susu. Biarkan sehingga mendidih.
- Masukkan beras dan biar masak seperti biasa.- Apabila nasi hampir kering, buat 3 lubang di tengah nasi.
- Tuangkan setiap pewarna pada tempat yg berlainan dan tutup kembali lubang.
- Tutup periuk dan biarkan nasi betul-betul masak.
- Setelah masak, kacau rata-rata untuk mencampurkan warnanya.
- Hidangkan nasi dengan kismis dan bawang goreng.

Thursday, June 21, 2012

Masak Lemak Cili Padi Udang Galah Bersama Daun Kunyit


Masak Lemak Cili Padi Udang Galah Bersama Daun Kunyit

Bahan-bahanya
300gram udang galah saiz sederhana
2 inci lengkuas
1 batang serai
12 biji cili padi ( kalau nak pedas boleh ditambah)
2 cawan santan pekat
sedikit kunyit hidup atau kunyit serbuk
sedikit garam
2 helai daun kunyit dihiris halus

caranya
1. Kisar halus cili padi, lengkuas, bersama kunyit hidup hingga lumat, kemudian curahkan ke dalam periuk dan masukkan serai yang telah dititik tadi, kacau sebentar.

2. Selepas itu masukkan 2 cawan santan pekat masa ini guna api perlahan, dan kacau selalu, setelah kuah agak mendidih baru masukkan udang, biarkan sebentar,  selepas itu baru masukkan hirisan daun kunyit. jangan masak udang terlalu lama, sesuaikan rasa, masukkan garam.

3. Setelah udang masak, angkat dan sedia untuk dihidangkan panas-panas bersama nasi putih dan sambal belacan 
    selamat mencuba.

Sunday, June 17, 2012

MEE UDANG


Bahan-bahan ( 4 org )
  • 1kg mee kuning  di celur sebentar 
  • 300 gm udang besar
  • 4 sudu besar cili kering yang di kisar
  • *4 ulas bawang merah
  • *3 ulas bawang putih
  • *1 sudu besar udang kering
  • *1/2 inci halia
  • 1 sudu besar petis
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos cili
  • keledek  telah direbus dan di lenyek (optional- untyk pekatkan kuah)
  • gula, garamdan kiub ayam
  • Taugeh dan sawi dicelur sebentar 
  • Daun bawang dan bawang goreng
  • limau nipis 
  • cili padi di hiris halus
      yang bertanda * di kisar halus atau ditumbuk lumat.

Cara-cara
  1. Rebus udang hingga masak kemudian tapis keluarkan udang dan asingkan Air rebusan jangan dibuang.
  2. Tumis cili kering yang dikisar tadi hingga garing bersama bahan bertanda * hingga betul garing dan naik bau.
  3. Masukkan air rebusan udang.. biar kuah mendidih... Masukkan sos tomato, sos cili n petis... Renehkan kuah
  4. Masukkan garam,kiub ayam dan gula, bergantung pada citarasa masing.... Adalah lebih baik kalau kuah ni direneh lebih lama supaya lagi mesra dan sebati rasanya 
  5. Letak keledek yang telah dilenyek utk memekatkan kuah... Tapi kuah ni dah cukup pekat sebab ada letak sos tomato dan sos cili.terpulang pada citarasa masing2 bagi saya lagi sedap letak keledek yang telah di lecek supaya ada kemanisan dan lemaknya kuah ni
  6. Celur mee, taugeh dan sawi.
  7.  Masukkan udang yg telah direbus tadi... tuang kuah n taburlah dgn daun bawang dan bawang goreng.liamu nipis di potong 2 

Tuesday, June 12, 2012

Kek Cawan Pisang Rastali Bercoklat



Bahan A
*8 biji pisang rastali 
*4biji telur
*1cawan minyak
*1cawan gula
*semua blender sehingga hancur

Bahan B
*1 1/2 cwn tepung gandum
*1sdt soda bikarbonat
*1sdt krim of tartar
*ayak bersama

Bahan C
2 sudu besar serbuk koko

Cara
1.Masukkan bahan A kedalam blender.blender halus
2.kemudian masuk kan ke dalam bahan B yang telah diayak.
3.kacau sebati
4.bahagikan 2 bahagian
5.satu bahagian warna asal dan 1 bahagian lagi masukkan Bahan c
6.sediakan paper cup
7.Bubuh adunan berselang seli kemudian boleh taburkan kepingan badam
8.Bakar selama 15-20 minit suhu 170c ..atau mengikut oven masing .

Monday, June 11, 2012

kek pisang lapis coklat


Bahan A
*5biji pisang berangan ( reen guna pisang emas)
*4biji telur
*1cawan minyak
*1cawan gula
*semua blender sehingga hancur

 Bahan B
*1 1/2 cwn tepung gandum
*1sdt soda bikarbonat
*1sdt krim of tartar
*ayak bersama

Bahan C
2 sudu besar serbuk koko

Cara
1.Masukkan bahan A kedalam blender.blender halus
2.kemudian masuk kan ke dalam bahan B yang telah diayak.
3.kacau sebati
4.bahagikan 2 bahagian
5.satu bahagian warna asal dan 1 bahagian lagi masukkan Bahan c 
6.lenserkn loyang dengan marjerin
7.Bubuh adunan berselang seli sehingga habis boleh taburkan  choc chip,coklat rice atau badam
8.Bakar selama 40 minit suhu 170c ..atau mengikut oven masing

Sunday, June 10, 2012

Taugeh Goreng Rebah Bangun

Tajuknya dah pelik ke ? hehehe tak la pelik tapi ini bahasa sinonim yang arwah mak reen gunakan rebah bangun maksudnya mudah saja simbolik kan .. sangat simbolik maksudnya nya jeng jeng kasi suspen la dulu..

Anak bujang reen suka makan sayur dan ulam ulaman.. alif yang suruh reen masak sayur taugeh ini .kalau papanya tidak suka stail goreng masak ini.katanya tidak sedap rasa mentah.

Tapi sedap masak macam ini rangup .sedap diratah ketika panas panas .
Masak taugeh ini macam biasa kita mengoreng sayur cuma tidak terlalu lama kita mengoreng nya
itu la maksudnya masak rebah bangun ..



Taugeh
Bawang merah
Bawang putih
Cili hijau
Tauhu kering 
Bebola ayam
1 sudu besar sos tiram
Garam/kiub ayam

.: cara buat :.
1. bawang merah, bawang putih, cili hijau di hiris. kemudian tumis.
2. masukkan tauhu dan bebola ayam, sos tiram dan garam. kemudian masukkan air sedikit.
3. biarkan tauhu dan fish ball masak sedikit, kemudian masukkan taugeh.
4. gaul2 sekejap. tutup api  siap!!!


Saturday, June 9, 2012

Sweet Sour Crab



Sweet Sour Crab
bahan-bahan
4 ekor ketam nipah-sederhana besar
2 ulas bawang putih*
3 ulas bawang merah*    -bahan bertanda * ditumbuk
1 inci halia*
2 biji cili merah  -ditumbuk kasar
1 labu bawang besar   - dihiris
1 biji telur(optional)
4 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos tiram
1 biji limau kasturi @ limau nipis
garam secukup rasa
setengah biji nenas di potong dadu besar
2 biji tomato di hiris
minyak secukupnya

cara membuatnya:
-cuci ketam dan lumurkan dengan garam .
-kukus ketam dan ketepikan.
-panaskan minyak ,tumis bahan yang ditumbuk hingga garing.masukkan cili merah,sos cili,sos tomato dan sos tiram.
-masukkan nenas yang didadu dan tomato di hiris
-boleh masukkan sedikit air jika suka.
-pecahkan sebiji telur dan kacau lagi.sesuaikan rasa.
-bila hampir masak,masukkan bawang besar .tutup api dan perahkan limau kasturi tadi.
-sedia dihidangkan.

Thursday, June 7, 2012

Pai Ayam


Pai ayam di masak oleh rina sangat sedap ..terima kasih rina ..pandai anak mama buat.pai ayam ini sangat sedap pastrynya sangat rangup dan topping nya pun sedap sangat jom kita sekodeng resepinya
Bahan untuk pastry:
250 gm Tepung Gandum
100 gm Gula Kastor
125 gm Margerin
1 biji kuning telur

Bahan untuk Inti:
2 keping Dada ayam dipotong dadu dan dibuang tulangnya
250 gm Sayur campur
10 biji Cendawan Butang - di hiris halus
2 sudu besar Tepung Gandum
1 sudu besar Marjerin
2 ulas Bawang putih - dicincang halus
125 ml air Rebusan ayam
1/2 sudu besar Minyak Masak
Garam dan Lada sulah secukup rasa.

Cara menbuat:
1.DOH:Masukkan tepung gandum,gula kastor,marjerindan telur.gaul sehingga menjadi doh.
              Kemudian simpan dalam peti sejuk selama 1 jam
2.INTI:Cairkan majerin dan tumis bawang putih sehingga kekuningan.
3.Masukkan tepung gandum dan gaulkan rata
4.Tuangkan air rebusan ayam.masukkanayam dan gaulkan sebati.
5.Masukkan sayur campur,cendawan butang dan biarkan seketika.perasakan garam danlada sulah
6.Canaikan doh dan letakkkan didalam acuan pai.masukkan inti tadi.Tutupkan dengan lebihan doh dan bakar  pada suhu 180 c. bakar sehingga masak dan rangup pastry mengikut oven masing masing.


Wednesday, June 6, 2012

Kuih Ketayap Coklat


  Kuih Ketayap Coklat
Bahan A
 1 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 1/2 cawan air suam
1 sudu teh garam
sedikit minyak utk disapu pada non-stick pan


Bahan B
1 1/2 sudu besar  serbuk koko


Inti
1/2 biji kelapa parut putih
3/4 cawan gula merah
sedikit air
1 helai daun pandan
1 sudu besar tepung pulut/ tepung jagung


Cara Penyediaan
 Untuk inti
Masukkan kelapa parut,air dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan
 Masak hingga pekat dan taburkan sedikit tepung untuk kentalkan intinya.
Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah.
Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat.
Buang daun pandan tadi.


Untuk dadar
: Satukan semua bahan A dan kisar dengan blender hingga halus dan tidak berketul.
: Asingkan dalam secawan dan masuk kan dalam acuan muncung 3 dan yang selebihnya masukkan Bahan B.blender lagi semua serbuk koko itu tidak berketul2  dan tapis
:Panaskan kuali, leser dengan sedikit minyak .
:corak kan seperti menjala kuih jala  tunggu kering dalam 1 minit dan masuk kan 1/2 senduk adunan  dan layangkan kuali agar adunan tadi bulat dan menutupi corak tadi. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung.:
(Cara gulung; lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang. Ulangi sehingga adunan tadi habis.)



Tuesday, June 5, 2012

PUDING ROTI COKLAT STRAWBERRY


 PUDING ROTI COKLAT STRAWBERRY
 Bahan-bahan ( satu loyang )
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 10gram serbuk agar2 
  • 1/2 cawan gula 
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 3 1/2 cawan air 
  • 2 sudu besar serbuk koko (boleh juga guna choc emulco)


Cara-cara
  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar agar dan gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agaragar yang sudah dididihkan tadi.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. 1 bahagian warnakan warna pink dan letak perasa strawberry dan 1 bahagian lagi masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2 dan sebati hingga serbuk koko tidak berketul ketul.
  5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 ini mudah sejuk@membeku. atau nak mudah lapis macam saya buat itu gara gara malas hihihi
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang kurangnya sejam. Enak dmakan ketika sejuk

Sunday, June 3, 2012

cake pan untuk di jual

 CAKE PAN
 CHIFFON PAN
CHIFFON PAN

UNTUK DIJUAL sms saya jika berminat puan reen 014 646 1210

Saturday, June 2, 2012

ACCOUNT FB DEN KENA HACK



Akaun Facebook DEN telah di 'disabled' tanpa reasons yang DEN sendiri tak tahu.Dok sibuk upload gambar dan resepi di note di FB N nak send terus di disabled menbuat den terkejut beruk kejap. Apa lagi terus guna Acc Fb suami den.
Time itu dok terbayang kawan kawan FB yang telah mencecah 4ribu lebih dan group group masakan  kesayangan den..
Aduh nasib baik anak bujang den ada bercuti kalau tidak .. mamanya gabra seketika ..
Alhamduliah dalam 3 jam kemudian Acc Fb den kembali Normal...

Friday, June 1, 2012

Kuih Jala


Bahan:
1kg tepung gandum (9 cawan)
3 cawan susu cair atau susu segar
6 cawan air biasa
1 cawan minyak jagung atau butter yg dicairkan
6 biji telur
3 sudu teh garam
pewarna secukupnya

Cara cara:
1.Masukkan semua bahan bahan kedalam blender.
2.Blend hingga bancuhan sebati
3.kemudian tapis kan aduanan
4.Bahagikan aduanan kepada 2 bahagian
5.warnakn mengikut warna kegemaran puan puan
   (contoh 1 bahagian warna kuning dan 1 bahagian warna hijau)

#TIPS
@Oleh kerana blender saya  kecik. saya bahagikan kepada 3 bahagian
   semasa blender kemudian tapis.
@Guna kan NON-PAN STICK.
ACUAN KUIH JALA BOTOL MUNCUNG 3 UNTUK DI JUAL .
SMS SAYA : REEN 014 646 1210 

kongsiresepi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...