Thursday, June 7, 2012

Pai Ayam


Pai ayam di masak oleh rina sangat sedap ..terima kasih rina ..pandai anak mama buat.pai ayam ini sangat sedap pastrynya sangat rangup dan topping nya pun sedap sangat jom kita sekodeng resepinya
Bahan untuk pastry:
250 gm Tepung Gandum
100 gm Gula Kastor
125 gm Margerin
1 biji kuning telur

Bahan untuk Inti:
2 keping Dada ayam dipotong dadu dan dibuang tulangnya
250 gm Sayur campur
10 biji Cendawan Butang - di hiris halus
2 sudu besar Tepung Gandum
1 sudu besar Marjerin
2 ulas Bawang putih - dicincang halus
125 ml air Rebusan ayam
1/2 sudu besar Minyak Masak
Garam dan Lada sulah secukup rasa.

Cara menbuat:
1.DOH:Masukkan tepung gandum,gula kastor,marjerindan telur.gaul sehingga menjadi doh.
              Kemudian simpan dalam peti sejuk selama 1 jam
2.INTI:Cairkan majerin dan tumis bawang putih sehingga kekuningan.
3.Masukkan tepung gandum dan gaulkan rata
4.Tuangkan air rebusan ayam.masukkanayam dan gaulkan sebati.
5.Masukkan sayur campur,cendawan butang dan biarkan seketika.perasakan garam danlada sulah
6.Canaikan doh dan letakkkan didalam acuan pai.masukkan inti tadi.Tutupkan dengan lebihan doh dan bakar  pada suhu 180 c. bakar sehingga masak dan rangup pastry mengikut oven masing masing.


2 comments:

Amie said...

Reennnn.... tabik spring! kalau kami datang Bintulu nanti nak singgah rumah Reennn dan rasa air tangan dia!

Anonymous said...

Nampak sedap.ada masa nak cuba.like mother like daughterlah anak reen ni.dah ada talent mewarisi talent ibunya.

kongsiresepi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...