Monday, November 11, 2013

Tart Nenas Teratai


salam semua .. tart nenas teratai..terdengar dengar suara manja penyanyi Fauziah Latiff menyanyikan lagu TERATAI LAYU DI TASIK MADU.. nak story cerita zaman sekolah dulu..fauziah latif satu sekolah dengan reen di SEKOLAH MENENGAH AMPUAN JEMAAH di pelabuhan klang. kami mengambil SPM tahun 1988.kami agak rapat ketika tingkatan 3.sama sama kantoi SRP time itu.. dan banyak juga memori indah ..mungkin jee lupa la kot .. mungkin peristiwa ini dia tak akan lupa ..dia jatuh motor kes masuk longkang terbabas sehingga tangan nya patah.kami selepas waktu sekolah pergi melawatnya di hospital lama di klang..yang lawaknya melawat nya bawa buah tangan,,kacang CHAP TANGAN .. macam perli pulak.. ini semua memori indah ..

Reen doakan dia sentiasa sukses ..dan kita cerita pasal tart nenas ini pulak ye.. acuan tart nenas ini dihadiahkan oleh kawan reen di Facebook iaitu kak lelawati..Terima kasih kak lela.
cuba la kawan kawan..resepi yang mudah yang pasti enak bangat..yang penting sekali ngap mau lagi dan lagi.

Bahan bahan
butter - 115 gram
minyak sapi - 115 gram
1 biji telur gred B
tepung gandum -450 gram
sedikit garam
air sejuk
Cara caranya
Pecahkan telur di dalam bekas adunan,
Masukkan butter dan minyak sapi
Gaul hingga sebati dengan hanya menggunakan whisk
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Saya tidak menggunakan air sejuk tapi setelah adunan menjadi doh letakkan sebentar di dalam peti ais.
Tekan adunan dan bentukkan tart mengikut kesesuaian anda.
Jika letak inti yang banyak maka dapatlah tat yang tebal.
Bakar pada suhu 170C-180C selama 20-25 min


Wednesday, October 23, 2013

Biskut Bunga Cina


Biskut Bunga Cina
Resepi rujukan:Ibu Zai

BAHAN BAHANNYA

1 CAWAN BUTTERCUP
1 CAWAN SUSU PEKAT (reen guna F&N)
4 CAWAN TEPUNG JAGUNG


UNTUK HIASAN
COKLAT CHIPS/CERI MERAH/COKLAT RICE

CARA CARA

1.BUTTER DAN SUSU PEKAT DIPUKUL SEHINGGA SEBATI TETAPI TIDAK PERLU PUKUL      LAMA SANGAT..
   #JIKA PUKUL LAMA  BILA DI BAKAR KUIH AGAK KEMBANG

2.MASUKKAN TEPUNG JAGUNG DAN TELAH DI AYAK SEDIKIT DEMI SEDIKIT.

3.REEN GUNA ACUAN SEMPERIT PECAH 15.JIKA TIADA BOLEH TERAP BENTUK YANG       DISUKAI

4.BAKAR PADA SUHU 150c -160c 15MINIT-20 MINIT REEN GUNA API BAWAH SAHAJA.
  SUHU KENALAH FOLLOW OVEN MASING2

Semperit Susu

BAHAN BAHAN

250GM BUTTERCUP
1/2 TIN SUSU PEKAT
100GM TEPUNG UBI
400 GM TEPUNG JAGUNG
1 SUDU TEH ESEN VANILA

UNTUK HIASAN
COKLAT CHIPS


CARA CARA

1.BUTTER DAN SUSU PEKAT DIPUKUL SEHINGGA SEBATI TETAPI TIDAK PERLU PUKUL LAMA    
   SANGAT..
  JIKA PUKUL LAMA  BILA DI BAKAR KUIH AGAK KEMBANG

2.MASUKKAN TEPUNG UBI DAN TEPUNG JAGUNG DAN TELAH DI AYAK SEDIKIT DEMI SEDIKIT.

3.REEN GUNA ACUAN SEMPERIT PECAH 15.JIKA TIADA BOLEH TERAP BENTUK YANG DISUKAI

4.BAKAR PADA SUHU 150c -160c 15MINIT-20 MINIT REEN GUNA API BAWAH SAHAJA.
 SUHU KENALAH FOLLOW OVEN MASING2  .

Monday, October 21, 2013

PERKONGSIAN ILMU

PERKONGSIAN ILMU 

5 Keajaiban Rezeki
Ingat dan amal tip mudah di bawah ini untuk melihat keajaiban rezeki terhadap rezeki kita.

1-Niat Kerana Allah

Sememangnya kita bekerja untuk hidup. Tetapi, jika niat kita pandukan kerana Allah, dengan izinnya kita akan keluar bekerja dengan penuh bersemangat dan berwajah ceria. Tugasan pula akan dilakukan dengan baik kerana jiwa dan tindakan sudah dipautkan kepada-Nya. Gaji yang kita peroleh, walau nampak sikit, akan terasa nikmatnya. Setiap niat itu akan mendatangkan hasil yang sama. Niat kerana Allah, pasti kita dapat semua yang kita minta kerana Allah itu Maha Kaya. Itulah antara Keajaiban Rezeki.

2-Sedekah

Percaya dan yakinlah bahawa rezeki itu takkan pernah berkurang dengan bersedekah. Walaupun gaji kita hanya ‘cukup-cukup makan’, sedekahlah sedikit tanpa ragu-ragu. Sedekah itu bukan dengan memasukkan duit ke dalam tabung-tabung amal saja namun ada sedekah yang lebih besar maknanya yang sering kali kita terlupa. Sedekah kepada kedua-dua ibu bapa dan keluarga. Biarpun dengan hanya belanja makan atau membelikan barang-barang dapur, dengan izinnya, berkatlah rezeki kita. Yakinlah dengan keajaiban rezeki yang kita akan dapat selepas itu.

3-Jangan Membazir

Membazir itu sikap syaitan. Inilah sebenarnya yang banyak melalaikan kita. Kita sering kali menyalahkan rezeki itu sempit. Cuba renung kembali, sudah berapa banyak makanan yang kita buang akibat sudah kenyang dan basi? Biarlah makan itu menjadi sekadar pengalas perut dan pemberi tenaga bukan untuk membuncitkan perut. Kawal nafsu daripada membeli barang-barang yang tidak menjadi keperluan seperti gajet mahal dan beg tangan berjenama.

4-Beri Makan Haiwan

Peminta sedekah pun beri makan kepada kucing. Tidakkah kita berasa malu dengan keadaan tersebut? Sedangkan kita, beri makan kucing pun kedekut. Maka, tidak malukah kita meminta kepada Allah untuk diluaskan rezeki? Janganlah kita menganggap haiwan itu sekadar hiasan di dunia. Setiap makhluk yang Allah jadikan ada sebabnya. Jadi, jika datang seekor kucing meminta makanan kepada kita ketika sedang makan di kedai, beri sajalah. Selain kucing ada pelbagai jenis haiwan yang anda boleh beri makan. Yakinlah dengan keajaiban rezeki yang Allah akan berikan.

5-Bantu Yang Memerlukan

Memang susah nak bantu orang jika kita sendiri dalam kesulitan. Namun, cubalah jangan sesekali merasakan kita akan miskin jika menghulurkan sedikit wang untuk membantu yang memerlukan. Korbankan kepentingan diri demi seseorang yang berada di dalam kecemasan. Allah pasti membalas pengorbanan itu. Justeru, jika ada jiran memohon untuk meminjam wang kerana ingin membeli ubat buat anaknya yang sakit, korbankanlah keinginan kita untuk membeli sehelai tudung baru. Anda akan dapati keajaiban rezeki itu datang dengan sendirinya.

Sebenarnya rezeki adalah perkara ajaib. Cuma kita belum mengerti tentang keajaiban rezeki.

Homemade Mee

Mee yang belum dicelur
Kredit buat: Puan ALeen Aireish

BAHAN-BAHANNYA..

1/2 kilogram tepung gandum biasa
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1sudu kecil sedikit pewarna kuning
secubit garam
3/4 cawan air
minyak masak untuk digaul dan sedikit pada air rebusan

PENTING NI PART SODA JADIKAN ABU..
-soda bikarbonat perlu ditukar kepada soda abu..terlebih dahulu..senang je..-ambil tudung periuk..letakkan soda tadi dan panaskan api perlahan hingga menjadi serbuk lebih kurang 5 minit..@ tekstur bertukar dari asal..sambil dikacau kacau

-biarkan sejuk sekejap..masukkan dalam air tadi dan kacau
-keadaan air akan bertukar menjadi sedikit licin..bila dipegang.....maksudnya menjadi
-masukkn sekali garam dan pewarna kuning..
- Kunyit tidak boleh digunakan kerana kunyit mempunyai rasa yang kuat dan ia akan bertindak balas dengan bahan2 alkali dan menjadi warna merah.
-masukkan tepung ke dalam mangkuk adunan tuang suku atau setengah gelas air bancuhan tadi ke dalam tepung. Tepung yang diuli mestilah “agak keras”, jangan lembut sangat kerana ia akan memberi masalah semasa nak mesin potong mee nanti. Cukup sekadar serbuk tepung bergumpal dan dapat menjadi ketulan. Jika perlu tambah sedikit air bancuhan supaya serpihan yang tidak bergumpal dapat bergumpal.
-mesin kan doh ..ikut tebal mana ..saya guna no 5 bagi ketebalan..
-kemudian mesinkan pada bhgian mee..
-siap..untuk direbus..jangan lama agak agak 3-5 minit @ nampak mee sedikit mengembang..
-toskan mee dan bolehlah digaul brsama minyak..
-siap untuk digoreng..-
simpan dalam bekas kedap udara dalam peti jika ada lebihannya
Mee yang telah dicelur 
**UNTUK HASILKAN MEE KUNING WANGI ALEEN GUNAKAN RESIPI ALEEN SENDIRI, MINYAK MASAK DIGORENGKAN DGN BAWANG, SEJUKKAN, LPS TU BARU GAULKAN DGN MEE KUNING YG TELAH DISEJUKKAN JUGA

Siap digoreng untuk juadah makan tengah hari azrina ..mee goreng mamak
 Alhamduliah syukur pada allah ..rezeki kami hari ini.. 

Monday, August 19, 2013

Kerabu Mangga

Perut ketika syawal ini mesti ting tong kan ..macam macam masuk ketupat,lontong,lemang, rendang, kuah kacang biasala juadah tradisi kita orang melayu ..kalau tiada la dinamakan raya kan..semuanya sedap sahaja di mata..alhamduliah nafsu makan reen tidak seperti dahulu lagi masih boleh dikawal semasa beraya .
Mungkin faktor umur juga kan dah era 40an ini nafsu makan itu tidak la poyo macam itu..tengok makanan banyak banyak suka sangat tapi terus terasa kenyang melihatnya.
Kerabu ini reen buat ini kira poyolah la juga untuk memotong lemak lemak tepu yang sweet sweet semasa raya ini..hajat di hati nak diet la sebab size baju dari dulu 42 ..bulan puasa try test boleh pulak size 40..itu pun besar ..alahai terasa diri ku poyo kurus ..

Bahan:  

5 biji buah mangga muda
sedikit kapur makan
3 biji bawang merah ~ dihiris halus
3 - 5 bj cili padi merah ~ dihiris halus
2 - 3 batang serai ~ dihiris halus
1 sudu besar gula
1 sudu besar sos ikan
kacang tanah dipanggang untuk di tabur keatas kerabu

Sagat halus mangga yg dah dibuang kulit dan rendam dalam sedikit air kapur utk merangupkannya.
Bilas bersih dan toskan.
Masukkan kedalam sebuah mangkuk dan masukkan kesemua bahan2 lain.
Gaul hingga sebati dan biarkan sebentar supaya semua bahan2 mesra.
Boleh lah dihidangkan


Monday, July 22, 2013

Semperit Susu Aka Dahlia Susu

Asalamualaikum semua ...
Lama sungguh reen tidak menjengah dapur reen ini.. masih kemas cuma sunyi saja ..maaf sangat sangat reen terlalu sibuk  dengan rutin harian sejak kebelakangan ini..kebetulan hari ini mood menbuat biskut raya seperti mengamit kerajinan reen.Alhamduliah..
Ada yang mengelar semperit susu  dan ada yang juga  mengelar Dahila susu yang pasti biskut ini sangat mudah ,sedap dan tidak memerlukan kos yang mahal ..bahan asasnya memang ada sahaja stoknya
Bagi yang baru baru berjinak nak menbuat biskut raya ..reen rasa biskut ini yang paling mudah untuk dicuba..tidak perlu mixer pun cuma godek manja manja mengunakan spatula..selepas itu terap atau tekan guna acuan pecahan 15 semperit.. untuk mendapatkan ropol ropol yang beralun cantik kenalah sabar..
Nak cantik dan sedap perlu ada ketelitian dan sabar kan.. tidak kisah la berejam pun janji ada kepuasan.
Jom jom kita tengok bahan bahannya  yang sempoi ini.

BAHAN BAHAN

250GM BUTTERCUP
1/2 TIN SUSU PEKAT
100GM TEPUNG UBI
400 GM TEPUNG JAGUNG
1 SUDU TEH ESEN VANILA

UNTUK HIASAN
COKLAT CHIPS
COKLAT RICE

CARA CARA

1.BUTTER DAN SUSU PEKAT DIPUKUL SEHINGGA SEBATI TETAPI TIDAK PERLU PUKUL LAMA SANGAT..JIKA PUKUL LAMA  BILA DI BAKAR KUIH AGAK KEMBANG

2.MASUKKAN TEPUNG UBI DAN TEPUNG JAGUNG DAN TELAH DI AYAK SEDIKIT DEMI SEDIKIT.

3.REEN GUNA ACUAN SEMPERIT PECAH 15.JIKA TIADA BOLEH TERAP BENTUK YANG DISUKAI

4.BAKAR PADA SUHU 150C 15MINIT-20 MINIT REEN GUNA API BAWAH SAHAJA.
 SUHU KENALAH FOLLOW OVEN MASING2 YE ..

Selamat mencuba ye kawan kawan.. insyallah pasti menjadi kesukaan kawan kawan lebih lebih orang tua yang tak de gigi.. sebab biskut ini cair di dalam mulut..

Tuesday, May 28, 2013

Homemade spicy chicken lasagna

Homemade spicy chicken lasagna 


~ Untuk topping à mozzarella cheese dan parmesan cheese
~ instant lasagna à celur sikit sampai lembut gunakan minyak dan sedikit garam

Inti daging

  • 1 labu bawang besar (tumbuk halus)
  • 6-7 ulas bawang putih (tumbuk halus)
  • tomato puree 350g
  • 1 tin cendawan butang (cincang)
  • 400g daging kisar
  • black pepper & oregano
  • 2 sudu besar sos cili
  • sedikit garam

Cara membuat inti daging

  • tumis bawang besar dan juga bawang putih sehingga naik bau
  • masukkan daging cincang, tomato puree, garam secukup rasa, serbuk oregano dan black pepper, masukkan cendawan dan sos cili
  • gaulkan ke semua bahan tersebut
  • dah siap!

Sos putih

  • 3-4 sudu besar tepung gandum
  • buttercup (setengah)
    keju cheddar (setengah)
  • fresh milk (600ml)
  • garam secukup garam

Cara-cara membuat sos putih

  • guna api yang sangat kecil!
  • cairkan butter
  • masukkan fresh milk
  • masukkan tepung gandum, satu per satu gaul tanpa henti lebih senang gaul guna whisk atas api
  • gaukl sehingga tidak berketul-ketul
  • masukkan keju cheddar dan masuk garam jika perlu

The last thing

  • sediakan loyang 8 inci, sapu mentega sebelum letak
  • lapisan paling bawah letak inti daging, lepastu lasagna, letak balik inti daging dan sos putih
ulang 3 kali: kepingan lasagna > inti daging > sos putih

tips: bawah sekali letak inti daging supaya dia tak melekat. jangan letak kepingan lasagna dlu. nanti nak potong susah, melekat-lekat
  • selepas selesai, atas sekali taburkan mozarella dan juga parmesan
masukkan dalam oven:
  • panaskan oven, suhu 180 celcius
  • bakar around 30-40 min
  • guna api atas bawah


Thursday, April 25, 2013

Roti Jala berinti Chicken Floss


ROTI JALA ZAM ZAM ALAKAZAM
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan pekat
1 1/2 air
garam secukup rasa
2 warna yang berbeza
1 biji telor
Cara
Blend kesemuanya.
tapiskan adunan supaya tidak berketul2
 bahagikan 2 bahagian
.warnakan 1 bahagian warna yang berbeza dan 1 bahagian lagi warna yang lain
 masuk kan kedalam botol muncung 3
 1 botol picit secara melintang di atas non-stick pan
  1 botol  lagi warna yang berbeza picit secara menegak
selamat mencuba

Acuan kuih jala ini reen jual secara online 
Roti jala ini setelah dimasak dimasukkan inti chicken floss..sangat sedap cuba la ye kawan kawan.. pasti tidak mengecewakan .sedia untuk dihidang untuk juadah minum petang sekeluarga 

Sunday, April 14, 2013

Kuih Bakar Pandan

salam buat semua yang mengunjung dan tidak jemu2 mengunjungi blog reen yang tidak seberapa ini.
hari ini hari ahad hari yang begitu padat dengan jadual rutin harian.rutin memasak yang awal kerana azrina
akan ke tuisyen pukul 1.00pm sehingga pukul 5.00pm.

Jadi rutin memasak untuk hari ahad kena awal dari hari hari biasa.setelah memasak juadah tengah hari yang  bertemakan selera kampung ..jom2 kita tengok apa lah juadahnya ..ala lauk2 biasa yang emak kita dulu masak.. pucuk paku masak lemak bubuh tempe..nak cerita pasal tempe ini azrina suka sangat makan tempe 
ikan kembong masak sambal tapi yang penting sambal itu tidak pedas..kalau pedas riuh sekampung..
Bagi reen ..sambal kalau tak pedas bukan la namanya sambal..tapi anak dan suami tidak suka makan pedas..

kalau makan pedas sikit  riuh sekampung macam ayam nak bertelor hehehehe..reen buat sambal belacan..yang pastinya guna belacan bintulu sarawak...sebabnya stok belacan dari melaka kehabisan stok di rumah ini.ikan masin goreng ..berulam dengan timun..ikan kembong goreng bersama salad rambu ramba..licin dikejakan 3 beranak .lepas saja makan berkejar pulak menghantar azrina ke tuisyen.ini la rutin hari ahad .

opss panjangnya reen dok berstory..hehehe ini baru nak cerita pulak kuih bakar pandan ini..kuih kegemaran arwah mak reen..paling arwah mak suka boleh dikatakan selepas kali arwah pergi mengaji pastinya arwah akan beli kuih bakar ini dengan kakak miza yang tinggal di belakang rumah mak ngah di pandamaran jaya, pelabuhan klang.kak miza itu memang terkenal dengan kuih bakar,kuih lapis dengan kuih serimuka yang sangat sedap cukup lemak serta manis..

Bila buat kuih bakar pandan ni reen teringat arwah mak reen.dan sentiasa mengingati mak 
 alfatihah buat mak..

Terima kasih juga pada kawan muka buku reen puan Nor Azua Amlan yang sudi menolong reen menbeli acuan kuih bakar pecah 8 ini..amboi2 kemain lagi acuan ini naik belon dia lagi 


Bahan-bahan 
1 cawan gula
1 cawan jus pandan 
2 cawan tepung gandum
2 1/4 cawan santan pekat
2 sudu kecil butter
3 biji telur
1/2 sudu kecil garam
Sedikit pewarna hijau
Bijan jika suka

Cara-cara :
1. Campurkan semua bahan-bahan dan blend sampai sebati.kemudian tapis
2. Masukkan 2 sudu kecil minyak dalam loyang acuan kuih bakar pecah 8.
3. Panaskan loyang acuan kuih bakar  dalam oven.
4. Bila minyak sudah panas, masukkan mixture kuih tadi, taburkan bijan

5. Bakar 180'C sampai brown atau garing  lebih kurang 50 minit.

Tuesday, April 9, 2013

Chocolate Hershey's Pavlova




Bahan bahannya
4 biji putih telur
1 sudu besar lemon jus
120 gm gula halus
2 sudu besar serbuk coklat Hershey's
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil emulco coffee

cara caranya
-pukul putih telur bersama gula bersama serbuk coklat hershey's sehingga kembang dan ringan
-setelah kembang
-tapiskan serbuk coklat hershey's bersama tepung jagung.
-gaul sebati guna spatula masukkan emulco coffee
-panaskan oven suhu 150'c selama 10 minit sebelum proses membakar
-turunkan suhu kepada 100-120'C ketika hendak membakar..
-10 minit api bawah dulu .kemudian api atas bwh..
-bakar dlm loyang yang dialas baking paper.selama 1 jam atau sehingga garing..
-suhu 100-120'c..api atas bawah.bergantung pada oven masing masing
-biar sampai sejuk di dalam oven..
-siap hiaskan dengan fresh cream dan buah buah segar mengikut kegemaran masing masing
-selamat mencuba

Pulut Mangga Thailand

Pulut Mangga Thailand Bahan-bahan  3 biji mangga  2 sudu besar bijan - digoreng tanpa minyak (optional) Pulut Kukus ...