Friday, June 17, 2011

APAM COKLAT PISANG


bahan bahan nya
2 cwn tepung gandum*
2 sudu makan serbuk koko*
1 sudu teh soda bikarbonat*
1 sudu teh baking powder* semua bahan diayak bersama
1 sudu teh garam
1 cwn pisang emas yang dilecek
1 cwn minyak masak
1 1/2 cawan gula
2 biji telur (dipukul)

Cara-cara

1)Panaskan kukusan.

2) Masukkan bahan yang telah diayak ke dalam mangkuk.
3) Masukkan bahanbahan yang tidak diayak ke dalam adunan tadi. Gaul sebati.
4) Masukkan dalam acuan kecil atau loyang.
5) Kukus selama ½ jam atau sehingga masak.

##pastikan air kukusan tidak jatuh ke dalam loyang semasa mengukus untuk mengatasinya bungkus penutup pengukus dengan kain .

Tuesday, June 7, 2011

Apam Moist Coklat

Memang sedap dan ringkas sangat nak menbuat nya rugi rasanya jika tak mencuba terima kasih Puan Zuriana Abd Latip.sedapnya sehingga suami saya berulang ulang makan..



  BAHAN : A
-1 CWN GULA
-1/2 CWN SERBUK KOKO
-1/2 CWN SUSU CAIR
-1/2 CWN SUSU PEKAT
-1/2CWN MINYAK
* MASAK ATAS API PERLAHAN HINGGA PEKAT...TUTUP API..SEJUKKAN

BAHAN : B
-3/4 CWN T/GANDUM
-1 SDT BAKING POWDER
-1 SDT SODA BIKARBONAT
*AYAK SEMUA...

BAHAN C
-3 BIJI  TELOR
*PUKUL SEHINGGA SEBATI


TOPPING : coklat masakan+marjerin+susu cair...semua agak2 saja..masak atas api perlahan hingga pekat...

CARA:
-satukan bahan B dan C dalam bahan A.secara berselang seli..
gaul dengan senduk saja.setelah sebati masukkan ke dalam loyang yang telah  disapu minyak..@ lapik kertas...kukus 45minit..jika kukus dalam papercup kecil 15 minit sahaja




Sunday, June 5, 2011

Rasam



Bahan-bahan
~2 sudu rasam mix, jenama baba's
~1 gelas air asam jawa ikut suka klu nak masam  pekatkan sikit
~bawang merah-dihiris
~bawang putih-ditumbuk halus
~halia ditumbuk halus
~cili kering-dipotong pendek
~ 2 tangkai daun kari
~1 sudu halba campur
~garam dan serbuk perasa
~sedikit serbuk kunyit
~3 biji tomato masak di potong kecil


Cara-cara
  • (No 1)Tumis halba, bawang putih,halia cili kering dan daun kari hingga kekuningan. 
  • (No 2).Dalam periuk yang lain masuk kan air asam,bawang besar yang dihiris halus dan tamota di ramas supaya  hancur dan juga rasam mix jenama baba's
  • Biarkan renih sebentar dengan api yang sederhana
  • Bahan tumis NO 1 itu ke masuk kan dalam periuk yang No 2
  • Perlahankan api, rasa garam ,masukkan serbuk kunyit,dan perasa
  • Bolehlah ditutup apinya

Gandingan mantap untuk rasam ini ialah sambal ikan bilis,acar mangga,papadom dan sayur goreng stail india..goreng sampai hancur

Friday, June 3, 2011

Amalan Di Bulan Rejab

Ehsan Dari Google
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 2 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya).”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 3 hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Sesiapa berpuasa 3 hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun,diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya,70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan,70 hajat ketika berlalu di atas titi Sirotolmustaqim.”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat.”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya.”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka.”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan dibuka baginya 8 pintu Syurga.”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari masuk Syurga.”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titian Sirotolmustaqim pada hari Kiamat.”
Ehsan dari Google

Kari Kepala Ikan Jenahak

  • Kepala ikan Jenahak dibersihkan dan di belah dua
  • 2 biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci halia
  • 3 camca besar rempah kari ikan (rempah kari "babas")
  • BAHAN2 TUMIS:-
  • 2 ulas bawang putih, dihiris halus (kalau besar guna 1 ulas saja)
  • 4 biji bawang merah kecil, dihiris halus
  • 1 camca teh halba campur (terdiri dari halba, jintan putih/kasar dan biji sawi)
  • 2 tangkai daun kari
  • BAHAN2 LAIN:-
  • Air asam jawa
  • 3 biji tomato, dibelah dua 
  • Bendil 
  • Terung panjang atau terung bulat
  • Garam, gula dan serbuk perasa (jika suka)
  • 2 biji cili merah/hijau, dibelah dua, jgn putus 
  • 1/2 kiub ikan bilis

Cara-cara

  1. Bersihkan ikan, perap dgn asam limau dan garam, cuci bersih dan toskan. Satukan rempah kari ikan dan juga bahan2 yg telah dikisar tadi. Gaul rata.
  2. Panaskan 1/2 cawan minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumis hingga wangi. Masukkan rempah yg telah dibancuh tadi dan masak hingga terbit minyak. Gunakan api perlahan.
  3. Masukkan air asam jawa (kurang lebih 700ml, atau ikut suka),masukan bendil dan terung dan kacau. Biar hingga mendidih. Masukkan ikan dan perasakan dgn garam, gula dan serbuk perasa jika suka.
  4. Bila mendidih, masukkan 1/2 kiub ikan bilis, tomato dan belahan cili hijau dan merah. Biar mendidih seminit dua. Matikan api dan boleh dihidangkan panas2. 

Thursday, June 2, 2011

Apam Pisang Sempoi

APAM PISANG SIMPLE (zila ismail)
Terima kasih kak Zila Ismail yang saya kenal dari Fb (JOM RONDA MENU ANA INA AND FRIEND)
saya tukar santan kepada susu cair dan letak kismis.memang sedap untuk juadah minum petang dan makan bersama kelapa parut putih.
BAHAN2NYA:

1 CAWAN PISANG EMAS (YG SUDAH DILENYEK)
1 CAWAN SUSU CAIR
1 CAWAN GULA PASIR
2 CAWAN TEPUNG GANDUM
1 SUDU MAKAN SODA (DIRATAKAN)
2 SUDU KECIL GARAM
KISMIS

CARA2NYA:
CAMPURKAN SEMUA BAHAN BAHAN DAN GAULKAN HINGGA SEBATI.
PERAP SELAMA 2 JAM
KUKUSLAH LEBIH KURANG 45 MINIT- 1 JAM(SEHINGGA BERTUKAR (SEHINGGA BERTUKAR WARNA COKLAT PERANG)
 Jom cuci mata lagi melihat apam pisang ni selain di kukus boleh juga di bakar.pekena dengan Teh O perghhh terangkat beb...

Wednesday, June 1, 2011

Asam Pedas Stail Melaka

Dulu dulu kalau aruah mak masak asam pedas..saya dan adik saya mesti taruh kicap banyak2 ke dalam pingan nasi dan kuah asam pedas ..perghhh sedap nya tapi dalam keluarga kami asam pedas paling power asam pedas pak ngah dan mak ngah..saya suka sangat asam pedas ikan terubuk atau ikan parang tapi pasal anak anak saya dan suami tak suka ikan parang dan terubuk terpaksa saya pendamkan keinginan tu..alasanya biasa la banyak tulang.
Hari ini saya masak asam pedas Ikan Jenahak.kepala nya saya rasa nanti nak masak ikan kepala ikan jenahak Alhamduliah pagi tadi hujan sedap sikit kalau la cuaca panas kena pulak asam pedas OOoo berpeluh tapi kalau asam pedas kalau tak pedas mana ada ummph nya kan
Bahan-Bahan: 
Bahan ini dikisar:
1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
25 tangkai cili kering 

sedikit belacan(jika alah belacan tidak payah letak)
1 inci halia
1 sd besar jintan manis
½ sd teh lada hitam
1 inci kunyit hidup
3 ulas bawang putih

Bahan tumis :
1 labu bawang besar dihiris halus
½ sd teh biji sawi
½ sd teh halba
5 tangkai daun kari (leraikan)

5 keping ikan Jenahak (atau ikan apa pun sedap pari.ikan parang,ikan terubuk ,cencaru ,kembong)
2/3 cawan minyak masak 
3 sd besar asam jawa campurkan dengan ¾ cawan air
1.5 liter air
2 biji tomato - potong 4
1 batang terung - potong
10 biji bendi
2 tangkai bunga kantan - dipecahkan
1 sd besar garam 
1 sd gula
½ sd teh serbuk perasa 
Cara: 
1.Panaskan belanga dan masukkan minyak. Tumis bawang hiris hingga kuning dan masukkan bahan tumis yg lain, biarkan naik bau.
2.Masukkan bahan kisar dan garam, tumis hingga pecah minyak. Masukkan air asam jawan dan kacau sebentar hingga naik minyak. Masukkan ikan dan sebatikan bersama bunga kantan.
3.Masukkan air, serbuk perasa, bendi dan bahan lain kecuali tomato. Tutup dan biar renih pada api kecil hingga mula pekat dan masukkan tomato. Biarkan 5 minit baru diangkat. 


Similajau National Park

Hari ini Perayaan Hari Gawai..suami Cik an cuti seminggu memandang kami sekeluarga tidak dapat balik ke semenanjung kami menjelajahi ke Similajau National Park.
Melihat keindahan alam semulajadi dan Laut Cina Selatan.Deruan ombak menganas memukul pantai.. melintasi Sungai  Likau yang mengalir ke Laut China selatan..kami sekeluarga menaiki jambatan gantung.suspen juga menaiki jambatan gantung sebab di usik oleh suami Cik An 
Ini la riadah kami untuk hari ini.balik dari sini kami rancang nak ke Kuala Tatau untuk menbeli udang galah segar tapi malang nya tiada pun orang yang berniaga sebab hari ini kan cuti sebab perayaan Gawai.

Cekodok Pisang

Cik An beli 2 sisir pisang sesisir saja laku..lagi sesisir dah sampai masak ranum.. kebetulan hari ini cuti Hari Gawai cuaca pulak panas terik..suami cik an minta buatkan cekodok pisang..
Cik an buat cekodok pisang ini main agak agak saja macam aruah mak cik an juga..semua main agak agak Tepung Gandum,pisang masak ranum di lecek halus,kelapa parut putih,garam,gula,susu tepung dan sedikit air.
Cik an ingat lagi dulu aruah mak cik an buat lagi besar. Cik an ingat lagi besar PENUMBUK.. betul Cik an tak tipu.. dulu aruah mak Cik an jual sebiji 20 sen saja..tapi besar gile puas makan walapun kita beli sebiji saja...Cik an tak pandai la buat macam aruah mak Cik an..tapi bolehlah ikut caranya yang bulat bulat.

Pulut Mangga Thailand

Pulut Mangga Thailand Bahan-bahan  3 biji mangga  2 sudu besar bijan - digoreng tanpa minyak (optional) Pulut Kukus ...