Alhamduliah hanya itu mampu terluah bila melihat blog air tangan reen khan yang serba sederhana ini terpapar di Majalah Jelita yang begitu gah di Malaysia ini.
Melihat senyuman penyanyi cantik manis ini misha omar tersenyum melirik.. begitu lah juga senyuman reen ketika ini.kerana kebetulan majalah dan n3 ulasan blog ini rasanya seperti hadiah sempena hari lahir reen pada 19.11.2012 ini
Kesempatan ini juga saya ingin sampaikan penghargaan dan ribuan terima kasih saya pada Norashikin M. Nor..
Tahniah juga pada rakan seangkatan saya Puan Zalinah Basir Rempah Ratus (zalinah.blogspot.com) dan Puan Hazila.blogspot.com.(My small Kitchen).semuga akan terus berkarya ..
Salam sayang buat semua
Reen Khan Shariff
Tuesday, October 30, 2012
Friday, October 26, 2012
Ikan masak tempoyak
Salam semua ..
Lauk lauk yang berunsur kan tempoyak ini mengamit gamit nasi untuk ditambah tambah lagi dan lagi. reen masak lauk lemak tempoyak ini berganding pulak dengan sambal udang petai,peria goreng dan ikan kurau masin.. apa lagi bersilang pangkah tangan kami 3 beranak makan tengah hari tadi.alhamduliah..
Yang masih menjadi tanda tanya sampai sekarang apa nama ikan ini??.. rupanya macam jenahak tapi penjual itu kata bukan jehanak.. ada gelaran nya dalam bahasa sarawak.cuma suami reen tidak ingat..
katanya. ikan ini sangat sedap dibuat masak sup,asam pedas atau masak kari..
Semasa suami reen beli ikan ini sangat segar .sekilo Rm 20.00 sahaja .. suami reen beli seekor besar cuma Rm28.00 sekilo lebih berat ikan ini.
Ikan tenggiri/merah/jenahak masak tempoyak
Bahan2
5 keping ikan
2 senduk Tempoyak
1 senduk cili api yang sudah dtumbuk bersama kunyit hidup
Tumbuk lumat atau blender halus
2 cawan air / santan cair
1 helai daun kunyit dicarik2 atau daun limau purut dihiris halus
garam scukup rasa dan
1 sudu kecil gula
sedikit serbuk kunyit menambah kekuningan masakan
Cara2
Masukkan semua bahan kedalam periuk
Jerang atas api sederhana hingga ikan masak
kacau selalu supaya kuah ini tidak bertahi minyak
Wednesday, October 24, 2012
Durian Crepe
CREPE DURIAN
SUMBER DARI PUAN Eyna Haneyna
RESEPI KULIT
50 GM TEPUNG GANDUM
1 SDB TEPUNG UBI
1 BIJI TELUR
2 SUDU BESAR GULA HALUS
3 SDT BUTTER DICAIRKAN-
160 ML AIR
40 ML SUSU CAIR
1 SDK ESEN VANILA
BOLEH LETAK PEWARNA@ PERISA BUAH2AN YANG ANDA SUKA(OPTIONAL)
CARA2..
-SATUKAN TEPUNG DAN AYAK GULA HALUS
-MASUKKAN SUSU CAIR..
-MASUKKAN TELUR YANG DIKACAU SEDIKIT..
-MASUKKAN SERBUK VANILA@PERISA
-MASUKKAN AIR..KACAU SEBATI GUNA WHISK..
-MASUKKAN BUTTER YANG DICAIRKAN..
-TAPISKAN ADUNAN..SEDIA UNTUK DI MASAK..
CARA MEMASAK..
-GUNAKAN KUALI NON STICK PAN
-@KUALI LEPER YG DISAPU SEDIKIT MINYAK
-TUANG SESENDUK KECIL ADUNAN DALAM KUALI
-JANGAN TEBAL @NIPIS SANGAT..
-BIARKAN MASAK SEKETIKA..BILA SUDAH MASAK TERUS ANGKAT ..TAK PERLU DITERBALIKKAN..
-MAKSUDNYA MASAK SEBELAH BAHAGIAN SAHAJA..
INTINYA..
-ISI DURIAN YANG DI BUANG BIJINYA
-150ML FRESH CREAM (DIPUKUL KAKU)
CARA2 MEMBUATNYA..
-LETAK KEPINGAN KULIT TADI..YANG LICIN BELAH BAWAH
-LETAK SESUDU FC..LETAK ISI DURIAN..LETAK FC LAGI DI ATASNYA..
-KALAU BESAR KULITNYA BANYAK LAH LETAK INTINYA
-LIPAT KULIT SEPERTI LIPAT POPIA..
-SIMPAN DLM PETI SEJUK..BEBERAPA JAM SEBELUM DIMAKAN..
-BOLEH JUGA JIKA SUKA DGN PASTRY CREAM..SEBAGAI INTINYA..
-RESEPI PASTRY CREAM..
Pastry Cream
-2 cawan susu segar@cair
1/2 cawan gula-boleh kurangkan.
.4 biji kuning telur saiz A2
1 sudu teh esen vanila
secubit garam
6 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar butter
Cara2..
-masukkan susu 1/4 dulu dan gula..
-masak dalam api yang kecil hingga sebati..
-masuk telur kacau lagi..
-masukkn vanilla dan garam..kacau sebati..
-masukkn tepung jagung sesudu dulu..
-kacau masukkn baki susu dan tepung jagung semuanya..dan masukkan butter..
-kacau sebati hingga mendidih..
-tukar ke dalm mangkuk..tutup mangkuk dgn plastik pembungkus..
-simpan dlm peti selama 3 jam @ semalaman
Monday, October 22, 2012
Biskut Coklat Chip Famous Amos
Biskut Coklat Chip Famous Amos (Home Made)
Sumber : Che Ct
Bahan diayak :
2 1/4 cawan tepung gandum
3 sudu kecil serbuk koko
2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil soda bikarbonate
2 sudu besar susu tepung
Secubit garam
Bahan-bahan lain :
250 gm mentega - suhu bilik
150 gm gula kastor
1/2 sudu kecil asen vanilla
1 biji kuning telur
1 cawan coklat chip - boleh tambah
100 gm sebarang kekacang - Optional
50 gm kismis hitam - dibelah dua
Cara membuatnya :
1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
3. Masukkan bahan-bahan yang diayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
4. Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
5. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar yang diglis mentega atau dialas dengan kertas minyak.
6. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan. Susun di atas dulang pembakar.
7. PERHATIAN : Jarakkan adunan ini anggaran 1 inci sebab bila proses pembakaran adunan akan mengembang dan leper.
8. Bakar pada suhu 160'C selama 15-25 minit. Bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda menggunakan api atas dan bawah.
9. Sejukkan dahulu biskut dalam tray dalam 5 minit baru dipindah atas redai dan biar sejuk sepenuhnya
sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
Ketam Masak 3 Rasa
Hari ini 23.10.2012 bersamaan hari selasa..hujan dari subuh bawa ke pagi..macam biasa rutin seawal 5 pagi..
setelah selesai tugasan..pagi terasa nak masak ketam 3 rasa ini ..kalau makan dengan nasi panas .. perghhh hilang berkejar diet saya ..sambil2 saya masak.. saya kejutkan rina .. bangun la anak mama hari dah siang maklum la di sarawak seawal sejam dari semenanjung jadi pukul 6.00 pagi dah terang benderang..
Bangun2 memang dia dah tahu rutin bila dia tidak sekolah .. anak mama sudah merdeka selepas PMR.. dah mula cuti mengosok baju kerja papanya.
Pukul 8.00 pagi suami saya sudah siap sedia ke ofice..apa lagi mama rina dan rina menyantap lauk ini yang sangat sesuai untuk hidangan tengah hari.. faham2 je cuaca hujan..semuanya sedap..
Bahan-bahan
4 EKOR KETAM POTONG 2
1 INCI HALIA *
1 ULAS BAWANG BESAR *
3 ULAS BAWANG PUTIH *
NENAS DIPOTONG DADU2
2 BATANG SERAI DI TITIK
1 BIJI CII MERAH
5 BIJI CILI API ( JIKA NAK PEDAS TAMBAH LAGI)*
SEDIKIT GARAM
1 KIUB AYAM
1 CAWAN AIR
1 BIJI TOMATO DIBELAH 4
3 SUDU MINYAK MASAK
3 SUDU BESAR CILI MESIN
1 SUDU BESAR SOS TIRAM
1 SUDU BESAR SOS TOMATO
1 SUDU BESAR SOS CILI
Cara membuat
BERSIHKAN KETAM, KETEPIKAN DULU.
BAHAN BAHAN YANG BERTANDA * DI BLEND, KEMUDIAN TUMIS HINGGA NAIK BAU,
BERSAMA SERAI YANG DI TITIK TADI.
MASUKKAN SOS, CILI MESIN.TUMIS SAMPAI GARING,KEMUDIAN MASUKKAN AIR.
MASUKKAN KETAM, TUTUP SEMENTARA NAK TUNGGU MENDIDIH.
KEMUDIAN MASUKKAN,TOMATO, NENAS DAN CILI MERAH YANG TELAH DIHIRIS HIRIS HALUS.
MASUKKAN GARAM DAN KIUB AYAM. RENEHKAN SEKEJAPA.
TUTUP API DAN HIDANGKAN SEMENTARA MASIH PANAS BERSAMA NASI PUTIH.
Ketam Masak Lemak Cili Api
Ketam Masak Lemak Cili Api
Bahan-bahan :
3 ekor ketam (saiz besar)
1 helai daun kunyit, dihiris halus
400 ml santan cair
300 ml pati santan
keping asam gelugor
Garam dan sedikit gula
*7-8 cili padi * (ikut suka tahap kepedasan masing)
*1 biji bawang besar
*2 ulas bawang putih
*1 inci kunyit hidup tua
( kisar semua bahan yang bertanda * )
2 batang serai - dititik
Cara-Cara :
1. Siang ketam, buang kulit keras, gunting sedikit kaki2 ketam yang kecil dan ketuk sepit ketam, biar retak. Cuci bersih dan toskan.
2. Tuang santan cair,masuk bahan2 kisar bersama serai titik, asam gelugor dan sedikit garam, masak hingga terbit minyak.
3. Masukkan ketam dan masukkan daun kunyit. Bila mendidih, tuang pati santan dan tambah sedikit gula jika suka.
4. Masak hingga mendidih atas api perlahan. Rasa dan jika perlu tambah garam. Masak untuk 1 - 2 minit lagi dan matikan api. Hidangkan panas2.
Monday, October 15, 2012
Crepe Durian
Asalamualaikum ..
salam sayang buat semua ..salam rindu juga di blog ini..hari ini 15.10.2012 hari terakhir peperiksaan PMR..alhamduliah syukur pada allah swt .. anak reen Nur Azrina selesai menduduki exam ..syukur alhamduliah.. setelah bertungku lumus selebihnya reen bertawakal dan berdoa pada allah semuga keputusan mendapat kecemerlangan..dalam semua mata pelajarannya.
Reen nak bercerita pasal entry reen kali ini crepe durian yang menjadi pujaan hati dan fenomena di facebook di kala ini..lebih lebih lagi di group group masakan..semuanya teruja dengan crepe durian ini.
Nak jadi cerita pada hari sabtu lepas hujan dari subuh sampai ke petang.. perancangannya nak buat crepe durian ini hari sabtu bersama rina ..tapi hujan malas nak keluar mencari durian di Tamu Bintulu atau di Kidurong..macam mana nak buat crepe durian kalau durian tidak ada kan.. esoknya hujan juga tapi belah petang hujan renyai renyai ..apa lagi redah saja hujan rezeki rezeki dapat durian di pasar kampung baru di bintulu..
Hari ini mulalah operasi menbuat crepe durian..seperti menbuat kuih ketayap rupanya.. alhamduliah menjadi.. sedapnya tak perlu dipertikaikan memang sedap dimakan ketika sejuk..cuba lah yang pasti tidak mengecewakan pada pengemar durian..
Bahan inti :
salam sayang buat semua ..salam rindu juga di blog ini..hari ini 15.10.2012 hari terakhir peperiksaan PMR..alhamduliah syukur pada allah swt .. anak reen Nur Azrina selesai menduduki exam ..syukur alhamduliah.. setelah bertungku lumus selebihnya reen bertawakal dan berdoa pada allah semuga keputusan mendapat kecemerlangan..dalam semua mata pelajarannya.
Reen nak bercerita pasal entry reen kali ini crepe durian yang menjadi pujaan hati dan fenomena di facebook di kala ini..lebih lebih lagi di group group masakan..semuanya teruja dengan crepe durian ini.
Nak jadi cerita pada hari sabtu lepas hujan dari subuh sampai ke petang.. perancangannya nak buat crepe durian ini hari sabtu bersama rina ..tapi hujan malas nak keluar mencari durian di Tamu Bintulu atau di Kidurong..macam mana nak buat crepe durian kalau durian tidak ada kan.. esoknya hujan juga tapi belah petang hujan renyai renyai ..apa lagi redah saja hujan rezeki rezeki dapat durian di pasar kampung baru di bintulu..
Hari ini mulalah operasi menbuat crepe durian..seperti menbuat kuih ketayap rupanya.. alhamduliah menjadi.. sedapnya tak perlu dipertikaikan memang sedap dimakan ketika sejuk..cuba lah yang pasti tidak mengecewakan pada pengemar durian..
Bahan bahan
250 gm tepung gandum
3 biji telur ( reen guna 2 biji telor gred A)
500 ml santan
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh pes pandan dan sedikit pewarna hijau untuk kulit berwarna hijau
1 sudu teh pewarna kuning untuk kulit berwarna kuning
Cara :
1) Satukan semua bahan & masukkan dalam blender dan kisar.Kemudian tapiskan
) Panaskan non-stick pan
3) Bubuh sikit minyak reen guna minyak jagung sapu guna tissue
4) Tuang 1 senduk ke dlm non-stick pan.
5) Angkat pan lenggokkan bulat ikut arah jam macam lenggok inul ye supaya cantik bulat
6) Bila dah masak angkat dengan perlahan romantik2 gitu .tak perlu terbalikkan
7) Ulang hingga adunan habis.
Bahan inti :
1 cawan Non dairy Whipping Cream
Isi durian secukupnya
Pukul Whipping Cream dalam mixer hingga kental
Pisahkan isi durian dari bijinya.
Cara :
Bentangkan 1 keping crepe
Letakkan Whipping Cream di tengahnya
Letakkan isi durian
Tutupkan semula dengan Whipping Cream
Lipatlah crepe
Kemudian simpan dalam peti ais sebentar
Enak di hidangkan dingin
Letakkan Whipping Cream di tengahnya
Letakkan isi durian
Tutupkan semula dengan Whipping Cream
Lipatlah crepe
Kemudian simpan dalam peti ais sebentar
Enak di hidangkan dingin
Subscribe to:
Posts (Atom)
Pulut Mangga Thailand
Pulut Mangga Thailand Bahan-bahan 3 biji mangga 2 sudu besar bijan - digoreng tanpa minyak (optional) Pulut Kukus ...
-
Simple saja menu ini.. permintaan dari anak mama..alif..hari sabtu hari rutin kami sekeluarga menbeli belah di supermarket yang terkenal d...
-
Asalamualaikum semua ... Lama sungguh reen tidak menjengah dapur reen ini.. masih kemas cuma sunyi saja ..maaf sangat sangat reen terlalu...