Tuesday, March 27, 2018

Kek Semolina @ suji

KEK SEMOLINA/SUJI


BAHAN


250 GM MENTEGA170 GM GULA HALUS2 SUDU BESAR MADU4 BIJI TELOR GRED A100 ML SUSU SEGAR2 SUDU TEH ESEN VANILLA170 GM TEPUNG GANDUM1 SUDU TEH BAKING POWDER100 GM SEMOLINA / TEPUNG SUJISECUBIT GARAM HALUS


CARA

TEPUNG GANDUM DICAMPUR DENGAN BAKING POWDER DIAYAK BERSAMA.MASUKKAN

TEPUNG SEMOLINA /SUJI DAN GARAM HALUS

DALAM BEKAS LAIN MASUKKAN TELOR DENGAN SUSU SEGAR DAN ESEN VANILLA DIKOCOK DAN KEMUDIAN DI TEPIKAN

PUTAR MENTEGA BERSAMA GULA DAN MADU SEHINGGA KEMBANG.

KEMUDIAN MASUKKAN BANCUHAN TELOR,SUSU DAN VANILLA SEDIKIT DEMI SEDIKIT.GAUL MESRA


KEMUDIAN MASUKKAN TEPUNG SIKIT2ADUN MESRA..LAPIK LOYANG 7 X 7 DENGAN TRACING PAPER

BAKAR SUHU 175 °c 45 MINIT ATAU MENGIKUT SUHU OVEN MASING2

SELAMAT MENCUBA
REEN KHAN SHARIFF

Sunday, March 25, 2018

Lepat Pisang

#lepatpisang
Bahan bahan:
13 biji pisang berangan/pisang emas
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan kelapa parut putih
4 sudu besar gula merah 
1 sudu kecil garam

Cara cara:
Potong pisang nipis nipis dan lenyek dengan menggunakan garpu sehingga hancur. Jangan terlalu hancur supaya dalam lepat, masih ada rasa ketulan pisang. Masukkan gula merah dan garam. Kacau rata.
Masukkan tepung gandum dan kelapa parut dan gaul hingga sebati. 
Potong daun pisang panjang 15cm x 15 cm dan layur atas dapur gas supaya ianya tidak terkoyak semasa dilipat.

Sudukan 2 sudu besar adunan ke atas daun pisang. Letak pula kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam dan gula. Lipat ke kiri dan kanan. Kemudian lipat pula hujungnya ke bawah, angkat tegak dan lipat pula di hujung satu lagi. 

Panaskan periuk pengukus sehingga air mendidih. Susun kuih lepat dalam pengukus dan kukus selama 15 minit-20 minit atau sehingga masak. 

Cucuk bahagian tengah kuih dengan pisau, jika tidak melekat, tandanya ia telah masak. Bolehlah angkat dan sedia untuk dihidang

Friday, March 23, 2018

kuih Keria Gula Melaka

Bahan-Bahan kuih Keria
500gram ubi keledek oren / putih
tepung gandum – 1cawan
tepung beras – 1 sudu besar

soda bikarbonat – 1/2 sudu teh

Bahan-bahan Sira Gula Melaka
2 keping gula melaka
1 sudu besar gula putih
1 cawan air
1 sudu besar gula batu **jika ada
1 sudu besar gula merah **jika ada

Cara-Cara Buat Kuih
1. Kopek keledek , potong sederhana besar dan rebus dengan sedikit garam sehingga empuk
2. Angkat keledek , toskan airnya
3. Lenyekkan keledek kemudian satukan dengan tepung gandum , tepung beras dan soda bikarbonat . Gaul sebati
4. Bulat-bulatkan adunan dan tebuk tengah macam kuih donat
5. Goreng dengan minyak yang banyak dan toskan

Cara-Cara Buat Sira Gula Melaka
1. Satukan semua bahan dalam kuali dan biarkan sehingga gula berbuih mendidih baru masukkan kuih keria dan gaul semuanya sehingga semua tersalut gula
2. Agak-agak gula dah mula berat angkat kuih dan toskan baki gula yang berlebihan dengan tapis
3. Pisahkan kuih segera jangan bagi melekat .
4. Biarkan kuih menjadi sedikit sejuk untuk rasa yang lebih sedap

Tips Tambahan : jika adunan jadi melekit jangan tambah tepung lagi , tapi gunakan minyak masak untuk memudahkan membentuk .

Tauhu Begedil


Tauhu Begedil 

Bahan bahannya
Tauhu kering yang bersize kecil
4 biji kentang holland
1/2 cawan daging kisar /ayam kisar
3 ulas bawang putih (hiris halus)
6 biji bawang kecil (hiris halus)
2 biji telur ayam
Lada sulah/lada hitam ditumbuk halus
Sedikit garam halus dan gula
Cili merah di hiris (optional)
daun sup,daun bawang di hiris halus (optional)

cara caranya
1.rebus kentang sehingga empuk kemudian di lenyek halus.
2.tumis garing bawang putih dan bawang kecil kemudian masukkan daging kisar gaul mesra masukkan garam,gula lada sulah/lada hitam
3.kemudian masukkan ke dalam bekas yang berisi kentang lenyek tadi..gaul mesra semuanya
4.masukkan cili merah hiris,daun sup dan daun bawang yg di hiris.
5.bulat2kan isi ini sumbatkan ke dalam tauhu kering yang telah di potong sikit atas tauhu kering.
6.biarkan sebentar dalam frozen untuk mesrakan isinya di dalam tauhu kering tadi.
7.pecahkan telur,pukul sikit masukkan garam sikit kemudian celup dan salutkan tauhu yang telah siap disumbatkan dengan inti.
8 goreng dengan.minyak yang penuh sehingga garing .

Sedap di makan bersama sos cili atau sambal kicap cili padi.

Thursday, March 22, 2018

Kastard Jagung

KASTARD JAGUNG

BAHAN BAHAN
1 CAWAN TEPUNG KASTARD
2 CAWAN SUSU CAIR
1 1/2 CAWAN AIR
3/4 CAWAN GULA (+/-)
1 TIN JAGUNG MANIS (CREAMY)
SECUBT GARAM HALUS
1 SUDU BESAR BUTTER *

CARANYA
SEDIAKAN PERIUK MASUKKAN SEMUA BAHAN DI ATAS KECUALI BUTTER
KACAU ATAS API YANG SEDERHANA SEHINGGA HAMPIR LIKAT MASUKKAN 1 SUDU BUTTER.
KACAU LAGI SEHINGGA LIKAT DAN BERKILAT
SETELAH BERKILAT MASUKKAN KE DALAM ACUAN ATAU LOYANG.
SEJUKKAN.. SIAP UNTUK DIHIDANGKAN

SELAMAT MENCUBA .
REEN KHAN SHARIFF

Kuih Angkoo

 
 kuih angkoo
Untuk Kulit
3 cawan tepung pulut
1 cawan tepung gandum / *tepung ubi / 
1 sudu teh garam
500ml air
10 sudu makan minyak masak
Sedikit pewarna merah/kuning/hijau
Daun pisang sebagai alas. (boleh dipotong bentuk segiempat atau bentuk bulat)
*ubi keledek yang dibuang kulit
Untuk Inti
2 cawan kacang dhal (rendam lebih kurang 3 jam. Kemudian rebus hingga empuk. Selepas ia empuk, hancurkan menggunakan pengisar tangan)
1/2 cawan gula
1 sudu teh garam
2 sudu makan minyak masak
Cara-cara
Gaulkan kacang dhal yang telah dihancurkan bersama gula, garam dan minyak masak hingga sebati.
Ketepikan seketika sebelum digunakan.
Adun tepung bersama semua bahan untuk kulit tadi hingga sebati hingga boleh dibentukkan seperti bebola. (*termasuk ubi keledek yg telah dilenyek) 
Bentukkan sebesar bola ping pong. Masukkan inti kacang dhal.
Tekapkan bebola adunan berisi inti tadi dalam acuan berbentuk kura-kura.
Letakkan atas daun pisang tadi.
Masak dalam pengukus selama 10 - 15 minit (pastikan pengukus telah dipanaskan sebelum memasukkan kuih tadi)
Setelah masak,resepi kuih angkoo
Untuk Kulit
3 cawan tepung pulut
1 cawan tepung gandum / *tepung ubi / 
1 sudu teh garam
500ml air
10 sudu makan minyak masak
Sedikit pewarna merah/kuning/hijau
Daun pisang sebagai alas. (boleh dipotong bentuk segiempat atau bentuk bulat)
*ubi keledek yang dibuang kulit
Untuk Inti
2 cawan kacang dhal (rendam lebih kurang 3 jam. Kemudian rebus hingga empuk. Selepas ia empuk, hancurkan menggunakan pengisar tangan)
1/2 cawan gula
1 sudu teh garam
2 sudu makan minyak masak
Cara-cara
Gaulkan kacang dhal yang telah dihancurkan bersama gula, garam dan minyak masak hingga sebati.
Ketepikan seketika sebelum digunakan.
Adun tepung bersama semua bahan untuk kulit tadi hingga sebati hingga boleh dibentukkan seperti bebola. (*termasuk ubi keledek yg telah dilenyek) 
Bentukkan sebesar bola ping pong. Masukkan inti kacang dhal.
Tekapkan bebola adunan berisi inti tadi dalam acuan berbentuk kura-kura.
Letakkan atas daun pisang tadi.
Masak dalam pengukus selama 10 - 15 minit (pastikan pengukus telah dipanaskan sebelum memasukkan kuih tadi)
Setelah masak,,sapu sikit minyak di atas kuih supaya nampak berkilat dan cantik sedia untuk dihidangkan.

Kuih Cara Berlauk


Kuih Cara Berlauk
Oleh: Reen Khan Shariff
Bahan bahan: inti daging
250 gm daging kisar/cincang
1½ sudu rempah daging Babas
1 biji bawang besar - cincang
Garam/Gula secukup rasa
Daun bawang / Daun Sup
Cili merah - hiris halus
1 sudu besar minyak sapi
Cara cara:
Daging dibersihkan Cincang sampai halus.
Panaskan 1 sudu minyak sapi dan tumis bawang yang telah dicincang. Kemudian bila bawang dah kekuningan, masukkan rempah kari dan goreng sampai wangi. Masukkan daging dan masaklah sampai kering. Sejukkan.
Bahan bahan: Bancuhan Tepung
3 cawan tepung gandum diayak
3 cawan santan
3 cawan air
4 biji telur gred A
Sedikit garam
1 sudu besar minyak sapi
Sedikit pewarna kuning telur
Cara cara:
semua bahan bahan bancuhan tepung masukkan ke dalam blender.kemudian blender sehingga sebati ..kemudian tapis.
Panaskan oven pada suhu 160C. 20minit.
Letakkan acuan kuih bakar di atas dapur, bubuh ½ sudu minyak sapi dan panaskan. Bila minyak sudah panas, perlahankan api dan tuangkan bancuhan tepung tadi hingga paras ¾ penuh ke dalam acuan.
Biar kira kira 5 minit, pastu sudukan lauk daging ke dalam bancuhan tepung dalam acuan perlahan lahan. Mulakan di bahagian tengah dan kemudian dalam setiap lekuk acuan. Akhir sekali, taburkan daun bawang,daun sup dan cili merah. Bila nampak garing pada bahagian tepi kuih, masukkan ke dalam oven suhu 180 C selama 20 minit atau sehingga garing yang anda suka. Saya guna api atas bawah.

Pulut Mangga Thailand

Pulut Mangga Thailand Bahan-bahan  3 biji mangga  2 sudu besar bijan - digoreng tanpa minyak (optional) Pulut Kukus ...