Wednesday, April 25, 2012

Kari Kerisik Daging Rusa


BAHAN-BAHANNYA
600 g daging rusa
3 biji kentang, kupas dan belah 4 setiap biji, rendam
2 biji tomato, belah 3 setiap biji
1 cawan air asam jawa
1/2 camca besar gula melaka
5 camca besar rempah kari
2 camca besar kerisik
2 helai daun kari
Garam secukup rasa

BAHAN TUMIS
3 biji bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
2 tangaki daun kari
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

BAHAN KISAR HALUS
1 biji bawang besar
2 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1 1/2 inci halia

CARA MEMBUATNYA
  1. Rempah kari dibancuh bersama2 bahan kisar halus, kacau rata. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumis hingga harum, masukkan bahan kisar halus,daun kari + rempah kari tadi dan tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana.
  2. Masukkan daging dan gaul rata, biar daging kecut sedikit dan masukkan kentang, gaul rata. Tuang air asam jawa, kacau dan besarkan api hingga mendidih dan biar hingga kentang empuk.
  3. Masukkan  kerisik, gula melaka, garam secukup rasa dan kacau perlahan.dan biar mendidih dengan api sederhana. Akhir sekali masukkan tomato dan masak sekejap lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api..Hidangkan..


Friday, April 20, 2012

Laksa Asam Sardin



Bahan-Bahannya:

1 tin Sardin  (size 400g)
3 biji bawang besar (dikisar)
4 biji cabai burung (dikisar)
2 senduk cili kisar
1 sudu sos tiram
1800ml air
Asam keping dan Garam ( secukup rasa)
Bunga Kantan
Daun Kesom
Minyak untuk menumis

Hiasan
Laksa
Telur Rebus
Timun
Bawang Besar
Cili Besar @ Cabai burung
Salad

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak .Tumiskan bahan kisaran seperti bawang besar,cabai burung , cili kisar dan sos sardin.
2.Masukkan daun kesom dan bunga kantan yang sudah pun dihiris.
3.Masukkan air dan sardin yang sudah dikisar.
4. Biarkan mendidih. Lepas tu masukkan asam keping, sos tiram dan garam secukup rasa.

Puding Jagung


BAHAN-BAHAN :

1 cawan tepung kastard
1 1/2 cawan santan pekat
2 cawan air
3/4 cawan gula
1 tin jagung manis
Acuan secukupnya
 
CARA MEMASAK :

Campurkan tepung kastad, gula, jagung , santan dan air.
Kacau semua bahan sehingga menjadi pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga cukup sebati dan masak .
Masukkan adunan puding ni ke dalam acuan atau loyang dan biarkan sejuk .
 

Wednesday, April 18, 2012

Pai Epal Lattice



Bahan-bahan pastri:
250 gm tepung - guna tepung gandum
50 gm gula icing
150 gm mentega tanpa garam- guna buttercup
1 biji kuning telur
30 gm air dingin- guna air sedikit je (agak2 bolih kepal)
Sehelai kertas minyak
Sedikit beras atau kekacang

Cara-cara
  • untuk membuat lapisan bawah (pastri),ayak tepung bersama gula aising.Gal ramas adunan tepung bersama mentega hingga menjadi seperti serbuk roti.Masukkan kuning telur dan air.Uli hingga menjadi pastri lembut.Bentukkan bulat,bungkus menggunakan plastik dan rehatkan didalam peti sejuk selama sejam.
  • Panaskan ketuhar pada suhu 180 c.Canaikan pastri dan masukkan didalam tin pai 16cm atau 20cm.Asaingkan sedikit pastri sebagai hiasan.Hiris lebihan pastr pada dinding acuan supaya rata dan tekan sedikit pada setiap lekuk.
  • Cucuk dasar pastri dgn garfu,alas dgn kertas kalis minyak dan tuang beras diatasnya.Bakar 15 minit.
  • Sapukan rata putih telur pada kulit pai.Tuang inti dan ratakan.
  • canai baki pastri dan hiris memanjang.Susun bersilang pada permukaan pai/Sapu kuning telur dan bakar selama 30 - 35 minit.Hidangkan panas bersama krim vanila (jika suka)
 Bahan-bahan inti:

4 biji epal hijau (dipotong dadu)
100 gm gula perang (brown sugar)
1 s/k serbuk kayu manis -
2 s/b tepung gandum
3 s/b air (utk bancuh tepung)
1 camca perahan limau kasturi( jika suka)-
1 biji kuning telur (utk sapu atas pastri)

Cara:
  • Masukkan epal dan gula perang dlm periuk dan masakkan sehingga layu.
  • Masukkan serbk kayu manis dan kacau rata.
  • Masukkan bancuhan tepung gandum dan kacau rata.

Tuesday, April 17, 2012

MUFFIN CARROT


 bahan:-
1 batang carrot sederhana besar(dipotong kecik)
1 batang carrot sederhana besar(di hiris halus )
1 cawan minyak masak ( REEN GUNA MINYAK SUNFLOWER)
1 cawan gula
3 biji telur
2 cawan tepung gandum
3/4 baking powder

cara2

1-kisar kan (guna blander sudah) lobak, minyak masak, gula dan telur sampai halus.
2-ayak tepung gandum dan baking powder
3- bila dah halus bahan2 kisar tadi.......masukkan dlm mangkuk selepas itumasukkan tepung sedikit demi sedikit dan  carrot  yang dihiris halus ...gaul sehingga  sebati........    
4- masukkan dalam bekas muffin
5-bakar ke dlam oven 170 lebih kurang 20/25 minit sehingga masak.

Thursday, April 5, 2012

Kuih Angkoo strawberry


Bahan untuk Doh 
:250 gm Tepung Pulut
:200 ml Santan 
:1/4 sudu teh Garam Halus
:25 gm Minyak Masak untuk di sapu ke atas kuih angkoo
:Sedikit Pewarna Merah dan Hijau
:Daun pisang yang dipotong bujur


Bahan untuk Inti kacang hijau
:250 gm Kacang Hijau Tanpa Kulit
:100 gm Gula Melaka
:100 gm Gula Pasir
:50 ml Air
:1/4 sudu teh Garam Halus
:1/2 sudu besar Tepung Pulut

Cara menbuat inti Kacang Hijau


1.Rendam kacang hijau selama 4 jam.kemudian direbus sehingga masak.
2.Masak gula pasir, gula melaka,garam dan air. kemudian tapis .masukkan kacang hijau tadi.gaul sebati
3.Masak dengan api yang sederhana supaya tidak hangit .keringkan inti masukkan tepung pulut kacau  supaya tidak bergentel gentel,angkat
4.sejukkan inti dan bolehlah di bulat bulatkan

Cara menbuat Doh


1.Uli tepung pulut dengan santan sehingga lembut dan boleh di bentuk
2.Bahagikan kepada 2 bahagian 1 bahagian di warnakan merah dan sebahagian lagi berwarna hijau.
3.Ambil doh seberat 20 gm atau sebesar ibu jari ,kemudian masukkan inti kacang hijau yang telah dibulat bulatkan.
4.Bentukkan seperti buah strawberry
5Ambil doh yang berwarna hijau terap dengan acuan biskut dan lekatkan,kemudian sapukan minyak ke atas kuih angkoo taburkan bijan hitam jika suka.
6.Kukus dalam pengukus yang telah di panaskan terlebih dahulu.kukus sehingga masak
7.Jangan mengukus lebih dari 15 minit kerana kuih angkoo ini akan mengembang dan akan mencacatkan rupa kuih angkoo ini.
8.Selamat mencuba


Tuesday, April 3, 2012

Blended Orange Cake

Bahan-bahan
 
1 biji buah limau sunkist
1 cawan minyak
2 cawan gula halus
3 biji telur
2 cawan tepung gandum*
1 sudu besar baking powder* ( *diayak bersama )

Cara-cara
Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.

Pulut Mangga Thailand

Pulut Mangga Thailand Bahan-bahan  3 biji mangga  2 sudu besar bijan - digoreng tanpa minyak (optional) Pulut Kukus ...