Thursday, January 16, 2014

Chocolate Brownies


Bahan bahan
1 cawan butter dicairkan
1 cawan gula kastor
1 cawan serbuk koko
1 cawan tepung gandum di ayak 3 kali
2 biji telor
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh garan halus
1 sudu kecil esen vanilla

Cara caranya
Butter yang telah dicairkan dan gula disatukan kemudian whisk sehingga rata
kemudian masukkan telor
Masukkan serbuk koko serta baking powder whisk lagi
Masukkan tepung gandum yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil
kap balik sehingga rata
Akhir sekali masuk kan esen vanilla kacau sebati dan rata
Tuang ke dalam loyang yang telah dialas denagn baking paper dan di gris
Bakar pada suhu 160-170c hingga masak bergantung pada oven masing masing
reen bakar 20 minit suhu 160c..
nak pastikan masak cucuk  di tengah tengah browies dengan pencungkil gigi

*untuk hiasan (optional) boleh siramkan dgn ganache atau nutella terpulang pada citarasa
  masing2

Thursday, January 9, 2014

Kek Kurma Yusuf Taiyoob

Asalamualaikum buat semua pengunjung blog reen yang suram suram kuku dah ini..Insyallah azam baru untuk 2014 untuk lebih memuatkan khazanah resepi untuk tatapan semua dan rujukan anak cucu cicit reen..insyallah.

Kek kurma ini tersangat la senang pasal dek senang berhari juga nak menbuatnya bila mood M sudah bertakhta di kepala ..x dapek la den nolong nya .
stok kurma memang sentiasa makan kek ini dalam mood berbisik tau ..alah macam iklan dia ni kan..dia bisik yusuf taiyooob..yang ada muka perempuan yang bijik mata dia macam kurma juga .. hihihi..

untuk yang bermood M macam saya..sila2 la menbuatnya ..senang saja cuma godek dgn blender je tapi janganlah guna blender cili kang x pasal2 kek cili la pulak .. guna la blender khas yang untuk blender buah.. 
reen perasan kek ni lagi sedap bila dah semalaman.. dia jadi moist dan sedap
reen saja je buat manis2 buah saja..

cuba tau jangan x cuba ..tapi jangan lupa .. yusuf taiyoob..bisik2 tau .. 


Bahan bahan

1 cawan kurma - buang biji dan dipotong kecil kecil
  
1 cawan gula pasir

4 biji telur

2 cawan tepung gandum

3/4 cawan minyak jagung

1 sudu kecil soda bikarbonat

1 sudu kecil baking powder

1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara

blender telur dengan gula sehingga kembang, kemudian masukkan esen vanila dan seterusnya masukkan kurma.

didalam bekas yg lain, ayakkan tepung dgn soda+baking powder

masukkan bahan yang diblender ke dalam bekas tepung yang diayak tadi.

masukkan minyak...dan kacau hingga sebati.

bakar pada suhu 160 darjah hingga masak.

lebih kurang 30-40 minit atau mengikut oven masing masing ye





Lempuk Durian

LEMPUK DURIAN

Bahan-bahan:
1 biji durian sederhana besar
Gula Melaka ikut kemanisan
Gula Pasir ikut kemanisan
1 helai daun pandan
secubit Garam

Cara-cara
Asingkan isi durian dengan bijinya.
Masukkan isi durian ke dalam periuk beserta gula pasir dan gula melaka
ikut kemanisan tapi jangan terlalu banyak gula sebab bila sejuk akan keras,
masukkan secubit garam dan daun pandan.
Dengan menggunakan api kecil,
kacau bahan2 yang dicampurkan tadi sehingga likat berkilat lebih kurang 30min-45min,
lagi lama lagi bagus sebab tahan lama lempuknya.
Bila dah masak, keluarkan daun pandan tadi,
masukkan dalam bekas bertutup rapat.
Bolehlah disimpan didalam peti ais untuk lebih tahan lama lagi.

Pulut Mangga Thailand

Pulut Mangga Thailand Bahan-bahan  3 biji mangga  2 sudu besar bijan - digoreng tanpa minyak (optional) Pulut Kukus ...