Thursday, January 26, 2012

Mee kari Ayam

menu yang ringkas untuk hari ini MEE KARI
Bahan:
ayam dipotong kecil dan dibersikan
nak sedap yg ada tulang ayam.. manis kuah nya nanti
*Bahan kisar
*4 ulas bawang merah
*2 ulas bawang putih
*1 cm halia
daun kari
2 sudu besar rempah kari daging (saya guna baba's)
1 cawan santan
1 biji ubi kentang di rebus dan di lenyek halus
minyak untuk menumis
air kosong
Bahan Hiasan
1 peket mee kuning dicelur atau di kukus
1 biji tauhu digoreng dan dihiris
2 keping fish cake digoreng dan dihiris
Sawi dicelur atau di kukus
1 biji tomato dibelah 8
Limau nipis dan cili merah yang dihiris
Bawang goreng untuk ditabur.
2 biji telor di rebus
Daun sup dan daun bawang di hiris halus

Cara:
1- Tumis semua bahan tumis hingga naik baudan daun kari. Kemudian masukkan rempah kari, dan tambah segelas air kosong masak hingga sebati hingga agak pecah minyak sedikit.Jika terlalu pekat boleh ditambah air lagi.
2-Masukkan ayam dan kentang yang telah di lenyek masak hingga sebati. Tambah pula santan kacau. Perasakan dengan gula,kiub ayam dan garam secukup rasa.
Cadangan hiasan:
1- Letakkan mee dalam mangkuk.
2-Kemudian masukkan semua bahan hiasan dan tuang kuah kari tadi. Sedia untuk dimakan

Wednesday, January 25, 2012

Kobis Masak Lemak Putih


Bahan-bahan
  • 1/2 biji kubis (di potong besar skit)
  • 2 cawan santan
  • 1/2 cawan ikan bilis kecil 
  • 1 biji bawang besar (di hiris besar)
  • 1 biji cili merah  besar (dibelah 2 buang bijinya)
  • Sedikit garam 
  • sedikit kiub ikan bilis

Cara-cara

  1. Masukkan santan di dalam periuk ,masukan bawang merah, garam ,kiub ikan bilis kacau sehingga mendidih, masukkan kubis , cili dan ikan bilis, kacau lagi.  
  2. Siap untuk dihidangkan sedap dimakan dengan ikan masin grg dan sambal belacan
  3. Tips semasa memasak hendaklah sentiasa dikacau, jika tidak santan akan pecah minyak.


lauk ini mama tahu anak mama yang bujang alif tidak suka .. hehhe tapi adik suka sgt .. mama kalau masak lauk ini mama kena masak lauk lain untuk anak mama .kan,... anak mama alif cukup pantang lauk masak lemak putih ... kalau nak suruh anak mama makan mama mesti letak srbuk kunyit ..baru la anak mama nak makan ...

Sosej Bun


DOH
250 GM TEPUNG HIGH PROTEIN
50 GM GULA HALUS
1/2 SUDU TEH GARAM HALUS
1 SUDU BESAR SUSU TEPUNG
1/4 SUDU TEH IMPROVER
1/4 SUDU TEH SOFTERNER
30 GM ( PUKUL SEBIJI TELOR DAN TIMBANG 30 GM)
6 GM YIS (MAURIPAN)
30 GM MENTEGA
125 ML AIR SUAM
10 BATANG SOSEJ YG DIREBUS SEKEJAP DAN DITOS . KERINGKAN
TELUR LEBIHAN TADI MASUK KAN  1 SUDU KECIL SUSU PEKAT GAUL SEBATI
UNTUK DI SAPU ATAS ROTI
BIJAN UNTUK DI TABUR DI ATAS ROTI

CARA
1. SATUKAN SEMUA KECUALI AIR GAUL RATA DAN TUANG AIR SEDIKIR DEMI SEDIKIT      ULI HINGGA  JADI DOH
2. ULI SEHINGGA DOH JADI ELASTIK,LEMBUT DAN TIDAK MELEKAT DI MANGKUK ADUANAN
3. ULI TANPA HENTI SELAMA 10 HINGGA 15 MINIT
4.REHAT KAN SEBENTAR DOH .
5.AMBIL DOH .TUMBUK KELUARKAN ANGIN
6.CANAI ROTI MEJADI BENTUK 4 SEGI TEPAT
7.POTONG MEMANJANG BAHAGIKAN KE 10  BAHAGIAN
8.AMBIL 1 BAHAGIAN LILITKAN PADA SOSEJ PASTIKAN SIMPUL PERMULAAN KEMAS SUPAYA
   TIDAK TERBUKA SEMASA PROSES MENBAKAR NANTI
9.SUSUN DALAM DULANG SAPU TELOR LEBIHAN TADI YG BERCAMPUR DGN SUSU PEKAT DAN TABURKAN BIJAN DI   ATAS  ROTI
10.BIARKAN 45 MINIT SEHINGGA NAIK
11..PANAS KAN OVEN 190C SELAMA 10 MINIT
12. BAKAR 25 MINIT ATAU SEHINGGA PERANG KEEMASAN ..PADA  SUHU 190C








Roti Kacang Merah

DOH ROTI
250 GM TEPUNG HIGH PROTEIN
50 GM GULA HALUS
1/2 SUDU TEH GARAM HALUS
1 SUDU BESAR SUSU TEPUNG
1/4 SUDU TEH IMPROVER
1/4 SUDU TEH SOFTERNER
30 GM ( PUKUL SEBIJI TELOR DAN TIMBANG 30 GM)
6 GM YIS (MAURIPAN)
30 GM MENTEGA
125 ML AIR SUAM
INTI KACANG MERAH
TELUR LEBIHAN TADI MASUK KAN  1 SUDU KECIL SUSU PEKAT GAUL SEBATI
UNTUK DI SAPU ATAS ROTI
BIJAN UNTUK DI TABUR DI ATAS ROTI

CARA
1. SATUKAN SEMUA KECUALI AIR GAUL RATA DAN TUANG AIR SEDIKIR DEMI SEDIKIT      ULI HINGGA  JADI DOH   
2. ULI SEHINGGA DOH JADI ELASTIK,LEMBUT DAN TIDAK MELEKAT DI MANGKUK ADUANAN
3. ULI TANPA HENTI SELAMA 10 HINGGA 15 MINIT
4.REHAT KAN SEBENTAR DOH .
5.AMBIL DOH .TUMBUK KELUARKAN ANGIN
6.BAHAGIKAN DOH JADI KECIL MASUK INTI KACANG MERAH
7.LEPERKAN DAN GUNTING SEKELLING MENJADI SEPERTI BUNGA
8.PANAS KAN OVEN 190C SELAMA 10 MINIT
9.SAPUKAN TELOR LEBIHAN TADI DAN TABURKAN BIJAN
10.BAKAR SELAMA 25 MINIT SUHU 190 C ATAU SEHINGGA KUNING KEEMASAN..
 Rancangan reen dengan rina anak dara reen nak buat cup cakes hari ini.. ermm tiba tiba projek bertukar menguli buat roti la pulak.. macam biasa kerja rina menyukat semua bahan bahannya .. dan reen menguli
seronok juga menguli adunan tanpa berhenti 15 minit ..terasa mulus jari jemari ku hehhehe..

Monday, January 23, 2012

Kole kacang

~ Resipi Kuih Kole Kacang ~
** - 1 cawan santan pekat.
* - 1 cawan gula merah.
* - 2 sudu besar gula pasir.
* - 1 cawan air.
* - beberapa helai daun pandan di simpul.
- 2 cawan santan.
- 1 cawan tepung kacang hijau.
- secubit garam.

~ cara2nya ~
- masak bahan bertanda ** sehingga menjadi tahi minyak,apabila siap,ambil tahi minyak yg terhasil dan biarkn lebihan minyaknya di dalam kuali.
- masak bahagian yg bertanda * sehingga gula larut dan sejukkn serta ketepikn.
- masukkn tepung kacang hijau,santan,garam dan air gula merah dalam satu bekas,kacau hingga sebati.
- masukkn adunan tadi dalam kuali yg berisi lebihan minyak kelapa tadi,selalu di kacau agar tidak bergentil masak hingga pekat,tuang adunan dalam bekas atau loyang.

Wednesday, January 18, 2012

RENUNGKAN

RENUNGKAN DAN FIKIR2KAN SEBENTAR...

**Solat Subuh = 2 rakaat = 4 minit
**Solat Zohor = 4 rakaat = 6 minit
**Solat Asar = 4 rakaat = 6 minit
**Solat Maghrib = 3 rakaat = 5 minit
**Solat Isyak = 4 rakaat = 6 minit ...

Total masa 'dating' ngan Allah = 27 minit SELAMA 24JAM
Total mase Allah BERI nikmat oksigen dll =SETIAP SAAT
Tapi kebanyakan manusia skrang ramai yg cube untuk escape solat

Ape salahnye kite luangkan mase selame 27 minit daripada 1440 minit sehari bertemu dgan Allah?
Padahal Allah berikan kita nikmat penglihatan,oksigen dan sebagainya..tanpa menolak sedikit pun dengan dosa kita pada hari itu..

Fikir-fikirkanlah dan tidak salah kita saling nasihat mnasihat sesama kita
CINTAI ALLAH..ikut perintahNYA..pasti bahagia di dunia dan di SANA

Monday, January 16, 2012

KUIH LAPIS PISANG

KUIH LAPIS PISANG

BAHAN A

2 CAWAN SANTAN

2 SUDU MAKAN TEPUNG BERAS

2 SUDU MAKAN TEPUNG KASTARD

1 SUDU TEH GARAM

1 CAWAN TEPUNG GANDUM

1/2 CAWA GULA

BAHAN B

1 CAWAN PISANG EMAS / BERANGAN DILECEK

1/4 CAWAN AIR

BAHAN C

1/4 CAWAN AIR

SEDIKIT PEWARNA MERAH

CARANYA

1.GAUL BAHAN A SEHINGGA SEBATI DAN TAPISKAN

BAHAGIKAN PADA 2 BAHAGIAN

2.CAMPURKAN BAHAN B PADA BAHAGIAN PERTAMA DAN KACAU RATA

3.SATU BAHAGIAN LAGI CAMPURKAN BAHAN C DAN KACAU RATA

4.TUANGKAN SATU SENDUK ADUNAN B DAN KUKUSKAN SELAMA 10 MINIT

5.LAPISKAN PULA SATU SENDUK BAHAN C DAN KUKUS SELAMA 8 MINIT

6.ULANG PROSES SEHINGGA HABIS SEHINGGA ADUNAN HABIS.

7.KUKUS AKHIR 15 MINIT .ANGKAT DAN SEJUKKAN

8.POTONG DENGAN PISAU PLASTIK

*TIPS MENGUKUS SEPERTI KITA MENBUAT KUIH LAPIS JUGA .

PENUTUP PENGUKUS PERLU DI BALUT DENGAN KAIN

API SEDERHANA

Sunday, January 15, 2012

Pisang muda masak lemak cili padi

salam semua kawan.. dipagi isnin terasa damai sekali seelah rutin pagi reen pun sudah selesai.semalam hari ahad reen masak lauk ini pisang muda masak lemak ,buat sambal belacan,ikan masin goreng,ada ulam dan suami reen minta lauk ikan masak belada taruh bendil. semalam reen tak sempat nak masuk kan resepi ini ke dalam blog ini.agak kelam kabut semalam faham faham saja lah kalau hari minggu hari bersantai bersama suami dan anak anak. tidak kan nak berhadap saja laptop ini sepanjang hari. Lauk ini mengamit rindu reen pada mak ngah dan babah chik di klang.. sebab mereka yang suka lauk2 macam ini.. 2 insan ini yang banyak juga menjaga reen semasa reen kecil selain emak dan babah reen.mereka juga yang reen jumpa kalau reen balik klang.setiap kali reen balik pertama kali tengok wajah2 2 insan ini terasa sebak dan luruh rindu pada mereka . entah la melihat wajah2 mereka .. terasa sayang itu amat amat sangat ..Terima kasih mak ngah dan babah chik.mereka juga terlalu sayang pada reen. selalu bertanya khbar .. reen di sini .

MASAK LEMAK PISANG

Bahan bahan 1 ikat pisang muda (reen guna pisang lemak manis yag muda) 5 biji cili api 3 cm kunyit hidup Santan pekat dari sebiji kelapa ( boleh tambah jika kurang kuah) Daun kunyit 1 helai di siat2 Segenggam ikan bilis sedikit kiub ikan bilis garam secukup rasa Cara caranya Bahan yang ditumbuk lumat cili api, kunyit hidup dan masukkan juga garam supaya mudah nak menumbuk nanti. masak lemak pisang ini macam seperti biasa kita masak lemak ikan cuma .. kena di jaga supaya tidak bertahi minyak kuah nya kata arwah mak reen ..kena rajin gaul. cucuk dengan garpu supaya nak tahu pisang itu dan lembut atau tidak. #Pisang muda yang sudah siap dikupas. Cara nak mengupas pisang ini ialah dengan menyiat kulitnya sahaja. Pisau perlu disapukan dengan minyak kalau tidak nanti getah pisang muda akan melekat pada pisau. Dah pun siap pisang masak lemak ini. Sedap dimakan dengan nasi berlaukkan samal belacan, ikan masin atau ikan goreng. Makanan yang simple tapi sedap sangat.

Friday, January 13, 2012

Agar agar ABC Gula Merah



 Bahagian warna warni
1 peket agar agar serbuk 7g
 500 ml air
100 ml santan pekat 
gula mengikut citarasa masing masing
pewarna biru,merah,warna asal ,hijau

Cara caranya
1.Campur semua bahan bahan itu kecuali pewrna  masak seperti biasa.
2.Bahagikan ke 4 bahagian 
3.Warnakan setiap bahagian tu dengan warna warna tadi.
4.Kemudian sejukan
5.Setelah agar agar itu sejuk itu
6.Terapkan dengan mengunakan acuan terap biskut  berbentuk alphabet
7.Susunkan dalam acuan berbentuk separuh bulat.

 Bahagian agar agar gula merah 
1 peket agar serbuk 7 gm
600 ml air
gula secukup rasa
1/2 cawan gula merah (jangan terlalu gelap warnanya biar jernih)

Cara cara
1.Masukkan semua. masak sehingga pekat
2.Tapiskan kemudian tuang perlahan lahan ke dalam agar agar yag berwrna tadi
3.sejukkan

Pulut Mangga Thailand

Pulut Mangga Thailand Bahan-bahan  3 biji mangga  2 sudu besar bijan - digoreng tanpa minyak (optional) Pulut Kukus ...