Thursday, January 26, 2012

Mee kari Ayam

menu yang ringkas untuk hari ini MEE KARI
Bahan:
ayam dipotong kecil dan dibersikan
nak sedap yg ada tulang ayam.. manis kuah nya nanti
*Bahan kisar
*4 ulas bawang merah
*2 ulas bawang putih
*1 cm halia
daun kari
2 sudu besar rempah kari daging (saya guna baba's)
1 cawan santan
1 biji ubi kentang di rebus dan di lenyek halus
minyak untuk menumis
air kosong
Bahan Hiasan
1 peket mee kuning dicelur atau di kukus
1 biji tauhu digoreng dan dihiris
2 keping fish cake digoreng dan dihiris
Sawi dicelur atau di kukus
1 biji tomato dibelah 8
Limau nipis dan cili merah yang dihiris
Bawang goreng untuk ditabur.
2 biji telor di rebus
Daun sup dan daun bawang di hiris halus

Cara:
1- Tumis semua bahan tumis hingga naik baudan daun kari. Kemudian masukkan rempah kari, dan tambah segelas air kosong masak hingga sebati hingga agak pecah minyak sedikit.Jika terlalu pekat boleh ditambah air lagi.
2-Masukkan ayam dan kentang yang telah di lenyek masak hingga sebati. Tambah pula santan kacau. Perasakan dengan gula,kiub ayam dan garam secukup rasa.
Cadangan hiasan:
1- Letakkan mee dalam mangkuk.
2-Kemudian masukkan semua bahan hiasan dan tuang kuah kari tadi. Sedia untuk dimakan

3 comments:

Rohah said...

marilah sini mee kari..terbayang sudah aromanya..

Rohah said...

sampai sini aroma mee karinya..menggugat jiwa la kak..

REEN KHAN said...

asalamualaikum rohah
aromanya memikat kalbu .. hehe yummy jom makan mee kari..:)

kongsiresepi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...