Wednesday, January 25, 2012

Kobis Masak Lemak Putih


Bahan-bahan
  • 1/2 biji kubis (di potong besar skit)
  • 2 cawan santan
  • 1/2 cawan ikan bilis kecil 
  • 1 biji bawang besar (di hiris besar)
  • 1 biji cili merah  besar (dibelah 2 buang bijinya)
  • Sedikit garam 
  • sedikit kiub ikan bilis

Cara-cara

  1. Masukkan santan di dalam periuk ,masukan bawang merah, garam ,kiub ikan bilis kacau sehingga mendidih, masukkan kubis , cili dan ikan bilis, kacau lagi.  
  2. Siap untuk dihidangkan sedap dimakan dengan ikan masin grg dan sambal belacan
  3. Tips semasa memasak hendaklah sentiasa dikacau, jika tidak santan akan pecah minyak.


lauk ini mama tahu anak mama yang bujang alif tidak suka .. hehhe tapi adik suka sgt .. mama kalau masak lauk ini mama kena masak lauk lain untuk anak mama .kan,... anak mama alif cukup pantang lauk masak lemak putih ... kalau nak suruh anak mama makan mama mesti letak srbuk kunyit ..baru la anak mama nak makan ...

4 comments:

MaS said...

sedapnya... teringat masa kecik2 dulu, hari2 minta mak masak lemak kobis & sambal gesek sampai arwah ckp "x der jual sayur lain ke kat felda nih" hehehe

Gee® said...

Dah lama tak masak camni...kalau ganding dengan ikan goreng pedas, sedappppp...

REEN KHAN said...

salam mas..
samalah dengan reen .. arwah mak selalu masak kobis msk lemak ni ..dengan ikan goreng .. sedap mkn berulang2..licin periuk kami adik beradik kerja kan hihi

REEN KHAN said...

salam Gee
betul tu gee.. tadi reen masak gandingkan pulak dengan tempe goreng kering cili pade dgn ikan terubuk masin goreng..

kongsiresepi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...