Sunday, January 15, 2012

Pisang muda masak lemak cili padi

salam semua kawan.. dipagi isnin terasa damai sekali seelah rutin pagi reen pun sudah selesai.semalam hari ahad reen masak lauk ini pisang muda masak lemak ,buat sambal belacan,ikan masin goreng,ada ulam dan suami reen minta lauk ikan masak belada taruh bendil. semalam reen tak sempat nak masuk kan resepi ini ke dalam blog ini.agak kelam kabut semalam faham faham saja lah kalau hari minggu hari bersantai bersama suami dan anak anak. tidak kan nak berhadap saja laptop ini sepanjang hari. Lauk ini mengamit rindu reen pada mak ngah dan babah chik di klang.. sebab mereka yang suka lauk2 macam ini.. 2 insan ini yang banyak juga menjaga reen semasa reen kecil selain emak dan babah reen.mereka juga yang reen jumpa kalau reen balik klang.setiap kali reen balik pertama kali tengok wajah2 2 insan ini terasa sebak dan luruh rindu pada mereka . entah la melihat wajah2 mereka .. terasa sayang itu amat amat sangat ..Terima kasih mak ngah dan babah chik.mereka juga terlalu sayang pada reen. selalu bertanya khbar .. reen di sini .

MASAK LEMAK PISANG

Bahan bahan 1 ikat pisang muda (reen guna pisang lemak manis yag muda) 5 biji cili api 3 cm kunyit hidup Santan pekat dari sebiji kelapa ( boleh tambah jika kurang kuah) Daun kunyit 1 helai di siat2 Segenggam ikan bilis sedikit kiub ikan bilis garam secukup rasa Cara caranya Bahan yang ditumbuk lumat cili api, kunyit hidup dan masukkan juga garam supaya mudah nak menumbuk nanti. masak lemak pisang ini macam seperti biasa kita masak lemak ikan cuma .. kena di jaga supaya tidak bertahi minyak kuah nya kata arwah mak reen ..kena rajin gaul. cucuk dengan garpu supaya nak tahu pisang itu dan lembut atau tidak. #Pisang muda yang sudah siap dikupas. Cara nak mengupas pisang ini ialah dengan menyiat kulitnya sahaja. Pisau perlu disapukan dengan minyak kalau tidak nanti getah pisang muda akan melekat pada pisau. Dah pun siap pisang masak lemak ini. Sedap dimakan dengan nasi berlaukkan samal belacan, ikan masin atau ikan goreng. Makanan yang simple tapi sedap sangat.

Pulut Mangga Thailand

Pulut Mangga Thailand Bahan-bahan  3 biji mangga  2 sudu besar bijan - digoreng tanpa minyak (optional) Pulut Kukus ...