Thursday, January 12, 2012

Kuih kaswi coklat


Bahan bahannya

 6 cawan air
 3 cawan tepung gandum
 1 cawan tepung ubi
1 cawan gula merah 
1 1/2 cawan gula pasir
 1 sudu besar kicap manis (kicap kipas udang merah)
 2 sudu besar serbuk coklat

 cara caranya

1.masukkan semua bahan bahan ke dalam blender ,blend halus 
2.kemudian tapis
 3.panaskan pengukus.

4. kukus selama 45 minit atau hingga masak

Monday, January 9, 2012

Lepat pisang berinti kelapa

lepat pisang berinti kelapa BAHAN-BAHAN : 6 biji pisang masak (buang kulit) 1 cawan gula 2 cawan tepung gandum (ayak) ½ biji kelapa parut ½ sudu teh garam Daun pisang secukupnya (layur diatas api) CARA-CARA : Panaskan pengukus. Kisar kesemua bahan kecuali kelapa parut dan daun pisang hingga sebati Ambil sekeping daun pisang, letakkan 1 sudu adunan pisang ditengah-tengahnya secara memanjang Letakkan 1 sudu teh kelapa parut di tengah-tengahnya sebagai inti Tutup kelapa parut tadi dengan 1 sudu adunan pisang Balut adunan itu dengan lipat kedua-dua hujung daun itu ke bawah supaya menjadi lipatan berukuran 12×11 cm Buat sehingga habis Letakkan dalam dulang pengukus dan kukus selama ½ jam atau hingga masak Sedia untuk dihidangkan

Sup Telor Bersuhun

Bahan-bahan:

4 biji telur ayam di celur dlm air panas

(tips untuk menbuat telor ini .pecah kan telor ke dalam senduk

dan masukan ke dalam air panas yang mendidih)

keluar telor dan asing ke dalam mangkuk

2 ulas bawang merah

1 ulas bawang putih

100gm suhun | direndam hingga lembut

100gm tahu kering direndam hingga lembut

sedkit daun sup dan daun bawang| dihiris

1 kiub pati ayam

1 btg kecil karrot di potong nipis

ubi kentang di potong kecil direbus empuk

Garam dan sedikit serbuk lada sulah

bawang goreng untuk hiasan

Air secukupnya

Cara memasak:

1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga naik baunya.

2. Masukkan lada sulah dan kiub pati ayam.

3. Kemudian tuangkan air dan biarkan mendidih seketika.

4. Apabila mendidih,ubi kentang yg telah direbus empuk, suhun dan tahu kering

5. Masukan telor yg di celur. Hidangkan bersama daun sup,daun bawang dan bawang goreng

Kacang Kuda Goreng Pedas

kacang kuda goreng pedas
bahan bahan 1 cawan kacang kuda direndam semalamam dan direbus masuk serbuk kunyit dan sedikit garam 3 biji cili kering di potong serong2 daun kari 3 helai sedikit ikan bilis 2 ulas bawang putih di hiris 3 ulas bawang kecil di hiris 1 sudu halba campur sedikit garam,gula dan kiub ayam minyak untuk menumis 1 susu kecil serbuk cili caranya Tumis bawang kecil ,halba campur dan bawang putih daun kari .api slow masuk serbuk cili .gaul mesra masukkan semua bahan2 yg selebihnya kacau mesra.. siap

Talam Suji

salam semua kawan kawan reen di facebook dan blog.lama lah juga resepi talam suji bersarang dalam lap top.terasa tiada mood yang rajin untuk di masuk kan ke dalam blog..alhamduliah hari ini mood rajin .. terus la menghiaskan dapur reen ini. Tepung suji ini dah lama suami reen beli katanya nak buat kuih ..tapi masih tidak terusik pun.. belek belek dan ushar ..godek2 cari resepi talam suji.. alahamduliah talam suji ini yang pertama kali mencuba menjadi sedap.. TALAM SUJI Lapis bawah: 1 1/2 cawan tepung suji 4 cawan santan cair 1 cawan gula pasir (atau untuk citarasa) sedikit garam sedikit pewarna kuning Lapis atas : 4 cawan santan pekat 1 cawan tepung gandum 2 sudu besar tepung kastad 2 sudu besar gula 1 cawan gula merah Cara: 1. Masukkan semua bahan lapis bawah dalam periuk dan kacau atas api perlahan hingga agak pekat.. 2. Masukkan dalam loyang dan ratakan. Kukus 15 – 20 minit 3. Adunkan semua bahan lapis atas. 4. Masakkan sekejap dan tuangkan atas lapis bawah. 5. Kukus lagi selama 20 minit. 6. Sejukkan dan potong.

Sunday, January 8, 2012

Majalah Aroma

Ya allah syukur pada allah.. tidak putus putus ucapan tahniah dan kata sokongan dari kawan kawan facebook reen dan saudara mara reen.. hihihi macam artis pulak ** opss terperasaan la kejap reen ini.. terima kasih semua.. tiada apa yang dapat reen boleh luahkan selain ucapan terima kasih banyak kawan kawan. untuk Anne dan Nik Zamzurina terima kasih..
http://kehiranan.blogspot.com/2012/01/ketabahan-dan-hobi-seorang-suri-rumah.html

Thursday, January 5, 2012

Kuih Jala Zam Zam Alakazam di Majalah Aroma

Alhamduliah syukur pada Allah. roti jala zam zam alakazam dan lempeng kasih masuk dalam majalah AROMA keluaran edisi Januari 2012.terima kasih pada editor majalah aroma menberi ruang dan peluang resepi reen masuk di halaman majalah aroma ini.Harap2 diberi keizinan oleh ALLAH SWT semoga bisnes acuan kuih jala reen berkembang, dikenali dan digemari oleh semua.Terima kawan kawan reen di FACEBOOK yang banyak menberi sokongan dan semangat buat reen.Sharing is caring!! Buat suami , alif dan azrina, adik beradik ,saudara mara serta teman teman di facebook reen. Terima kasih .. sayang kamu semua.

Saturday, December 31, 2011

Lepat Pisang Berinti kelapa

lepat pisang berinti kelapa ini permintaan anak bujang reen. juadah minum petang penutup bagi tahun 2011.begitu cepatnya berlalu.. 2011 . BAHAN-BAHAN : 6 biji pisang masak (buang kulit) 1 cawan gula 2 cawan tepung gandum (ayak) ½ biji kelapa parut ½ sudu teh garam Daun pisang secukupnya (layur diatas api) CARA-CARA Panaskan pengukus. Kisar kesemua bahan kecuali kelapa parut dan daun pisang hingga sebati Ambil sekeping daun pisang, letakkan 1 sudu adunan pisang ditengah-tengahnya secara memanjang Letakkan 1 sudu teh kelapa parut di tengah-tengahnya sebagai inti Tutup kelapa parut tadi dengan 1 sudu adunan pisang Balut adunan itu dengan lipat kedua-dua hujung daun itu ke bawah supaya menjadi lipatan. Berukuran 12×11 cm Buat sehingga habis Letakkan dalam dulang pengukus dan kukus selama ½ jam atau hingga masak Sedia untuk dihidangkan

Thursday, December 29, 2011

Soto Tok Mak

UNTUK 1 EKOR AYAM.

3 SUDU BESAR REMPAH SOTO JENAMA 'TOK MAK'

AYAM BELAH 4 BUANG KULIT.

SEDIKIT MINYAK UTUK MENUMIS.

1 CAWAN BWNG MERAH KISAR*

1 CAWAN BWNG PUTIH KISAR*

1 CAWAN HALIA KISAR*

2 CWN SANTAN PEKAT.

3 BIJI BUAH KERAS TUMBUK HALUS.

GARAM+PERASA@GULA .

LADA SULAH.

AIR.

CARA2.

TUMIS SEMUA BHN YG BERTANDA*

MASUK KAN REMPAH SOTO TUMIS SEKETIKA.

MASUK KAN AIR 1/2 PERIUK BG TENGELAM AYAM.

MASUKKAN AYAM.

MASUK BUAH KERAS.BIARKAN MENGELEGAK MSK DGN API SEDERHANA.

MASUKKAN GARAM N PERASA.

MASUK KAN SANTAN PEKAT.

MASAK HINGGA AYAM MASAK SEMPURNA.

AKHIR SEKALI MASUKKAN LADA SULAH.

  1. RASALAH MENGIKUT CITARASA ANDA. UNTUK MENDAPATKAN REMPAH SOTO TOK MAK INI SILA HUBUNGI
TOK MAK 0179285433

RESEPI SAMBAL KICAP SOTO.

CILI API SEDANG2 HIJAU SEPARUH MASAK.(1 CWN KECIL)

5 ULAS BWNG PUTIH KULIT HITAM.

KICAP KIPAS UDANG MASIN MANIS SAMA BNYK.

1/2 CWN BAWANG GORENG YG DI BUAT SENDIRI (KALAU NK SEDAP LAA )

KISAR SEMUA BHN2 SEHINGGA BIJI CILI BETUL2 HANCUR.

JIKA SUKA BOLEH TMBH AIR ASAM LIMAU SEDIKIT.

(TOK MAK X PERNAH LETAK ) KERANA YG ORIGENAL NYA MEMANG X LETAK AIR ASAM LIMAU ...

SIAPP....

.

BERGEDIL DAGING .

RESEPI NYA.

1 KG DAGING YG X BERURAT.

1 KG KENTANG .

SEDIKIT GARAM..SERBUK PERASA..LADA SULAH.

1 SUDU KECIL *REMPAH SOTO TOK MAK*

3 SUDU BESAR TEPUNG GANDUM.

DAUN SUP DN DAUN BWNG DI HIRIS HALUS.

2 BIJI TELUR .

CARA2..

GORENG KENTANG HINGGA MASAK SEJUK KAN.

TUMBUK KENTANG HINGGA HANCUR.

KISAR DAGING DGN BLENDER KERING.

GAULKAN DAGING+SEDIKIT GARAM+SERBUK PERASA+

LADA SULAH+SERBUK SOTO TOK MAK..

MASUKKAN KENTANG GAUL SEBATI DGN DAGING.

MASUKKAN DAUN BWNG DN DAUN SUP GAUL SEMUA HINGGA MESRA...

MASUKKAN TEPUNG GAUL HINGGA SEBATI .

BULAT2 KAN UNTUK MENJADI KETULAN2 MENGIKUT SIZE YG DI INGINI.

PANASKAN MINYAK DGN KEADAAN API SEDERHANA.

CELUPKAN BERGEDIL KEDALAM TELUR DN GORENG HINGGA MASAK ...

DAHHH BOLEHH MAKANN ..HEHE ..SELAMAT MENCUBA .

SEMUA INI RESEPI ISTIMEWA DARI TOK MAK.

Wednesday, December 14, 2011

Nasi Briyani dan kari kambing

NASI BRIYANI Untuk nasi nya reen guna perencah NASI BRIYANI MAGGI .. tapi reen asjust lagi tumis dgn minyak sapi. taruh daun pandan , taruh kismis kacang peas dan gajus .. klu nak sedap guna beras basmathi tapi stok dah habis reen guna beras biasa saja .. ok saja .. lebih airnya sbb takut nasi x masak betul. masak dlm rice cooker .. rajin2 kacau sbb takut berkerak bawah nya KARI KAMBING 1/2 kg daging kambing (potong kiub) setengah biji bawang besar (hiris) 1 biji tomato saiz besar (belah 4) 3-4 biji cili hijau 2tbsp tomato puree 1tbsp sos tomato 1/4 cwn susu cair sedikit ghee sedikit rempah kari 3 tbsp rempah briyani maggi garam,gula,ajinomoto secukup rasa sedikit daun sup,daun bawang,daun pudina 1 tbsp yogurt ( klu x letak pun x pe ) Cara-cara gaul daging dgn yogurt.sementara tu,panaskan minyak sapi (anggaran rata bwh periuk) tumiskan rempah kari dan bawang yg dihiris.biar bwg agak garing sedikit masukkan baki bwg2 yg diblend.kacau sampai naik bau masukkan daging..gaulkan. masukkan tomato dan cili hijau.cili tu takyah hiris.masuk sebijik2.. masukkan pula daun-daun,garam,ajinomoto dan gula.kacaukan sebati tutup periuk,biarkan lebih kurang 10-15minit supaya daging tu lembut. (pastikan kuah tu sama rata ngan daging.kalau tak rata...boleh tambah air) ambil seketul daging,picitkan..utk tgk dah lembut atau belum. bila daging dah agak2 empuk,masukkan sos tomato,tomato puree dan susu cair. kecilkan api,kacaukan dan biar lagi atas dapur.. last skali..masukkan rempah baryani dan kacaukan sebati.

Pulut Mangga Thailand

Pulut Mangga Thailand Bahan-bahan  3 biji mangga  2 sudu besar bijan - digoreng tanpa minyak (optional) Pulut Kukus ...