Sunday, March 25, 2018

Lepat Pisang

#lepatpisang
Bahan bahan:
13 biji pisang berangan/pisang emas
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan kelapa parut putih
4 sudu besar gula merah 
1 sudu kecil garam

Cara cara:
Potong pisang nipis nipis dan lenyek dengan menggunakan garpu sehingga hancur. Jangan terlalu hancur supaya dalam lepat, masih ada rasa ketulan pisang. Masukkan gula merah dan garam. Kacau rata.
Masukkan tepung gandum dan kelapa parut dan gaul hingga sebati. 
Potong daun pisang panjang 15cm x 15 cm dan layur atas dapur gas supaya ianya tidak terkoyak semasa dilipat.

Sudukan 2 sudu besar adunan ke atas daun pisang. Letak pula kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam dan gula. Lipat ke kiri dan kanan. Kemudian lipat pula hujungnya ke bawah, angkat tegak dan lipat pula di hujung satu lagi. 

Panaskan periuk pengukus sehingga air mendidih. Susun kuih lepat dalam pengukus dan kukus selama 15 minit-20 minit atau sehingga masak. 

Cucuk bahagian tengah kuih dengan pisau, jika tidak melekat, tandanya ia telah masak. Bolehlah angkat dan sedia untuk dihidang

No comments:

Pulut Mangga Thailand

Pulut Mangga Thailand Bahan-bahan  3 biji mangga  2 sudu besar bijan - digoreng tanpa minyak (optional) Pulut Kukus ...