Nasi Goreng Ladna


Nasi Goreng Ladna #airtanganazrinaazri

Bahan-bahan (untuk menggoreng nasi)
Nasi sejuk (3-4 mangkuk)
Sedikit minyak
Kicap secukupnya
Sedikit serbuk secukup rasa
1 ulas bawang putih

Bahan-bahan (untuk ladna)
Sedikit udang, sotong, dan isi ayam (dipotong mengikut kesesuaian)
Sayur campur - Sawi jepun, putik jagung, carrot, bunga kubis, cili merah (dipotong)
2-3 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
Sedikit minyak (untuk menumis)
Sedikit sos tiram
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit tepung jagung (mengikut kepekatan)
Sedikit air (untuk kuah ladna)
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya

Cara-cara (menggoreng nasi):
Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumiskan bawang putih yang dicincang sehingga naik bau.
Masukkan kicap secukupnya dan tambahkan serbuk secukup rasa.
Kemudian gaul dan kacau sekata dengan nasi yang telah dileraikan.
Matikan api dan ketepikan

Cara-cara (Ladna):
Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumiskan bawang putih sehingga naik bau.
Kemudian masukkan udang, sotong, dan isi ayam. Tambahkan air secukupnya.
Masukkan sos tiram, serbuk lada hitam. Biarkan mendidih seketika.
Masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air sejuk. Kacau sehingga kuah pekat-pekat sedikit.
Masukkan sayur campur. Biarkan masak seketika.
Tambah gula, garam dan serbuk perasa secukupnya.
Siap. Sedia dihidangkan bersama nasi goreng tadi.


Comments

Popular Posts