Asalamualaikum semua ...
Lama sungguh reen tidak menjengah dapur reen ini.. masih kemas cuma sunyi saja ..maaf sangat sangat reen terlalu sibuk dengan rutin harian sejak kebelakangan ini..kebetulan hari ini mood menbuat biskut raya seperti mengamit kerajinan reen.Alhamduliah..
Ada yang mengelar semperit susu dan ada yang juga mengelar Dahila susu yang pasti biskut ini sangat mudah ,sedap dan tidak memerlukan kos yang mahal ..bahan asasnya memang ada sahaja stoknya
Bagi yang baru baru berjinak nak menbuat biskut raya ..reen rasa biskut ini yang paling mudah untuk dicuba..tidak perlu mixer pun cuma godek manja manja mengunakan spatula..selepas itu terap atau tekan guna acuan pecahan 15 semperit.. untuk mendapatkan ropol ropol yang beralun cantik kenalah sabar..
Nak cantik dan sedap perlu ada ketelitian dan sabar kan.. tidak kisah la berejam pun janji ada kepuasan.
Jom jom kita tengok bahan bahannya yang sempoi ini.
BAHAN BAHAN
250GM BUTTERCUP
1/2 TIN SUSU PEKAT
100GM TEPUNG UBI
400 GM TEPUNG JAGUNG
1 SUDU TEH ESEN VANILA
UNTUK HIASAN
COKLAT CHIPS
COKLAT RICE
CARA CARA
1.BUTTER DAN SUSU PEKAT DIPUKUL SEHINGGA SEBATI TETAPI TIDAK PERLU PUKUL LAMA SANGAT..JIKA PUKUL LAMA BILA DI BAKAR KUIH AGAK KEMBANG
2.MASUKKAN TEPUNG UBI DAN TEPUNG JAGUNG DAN TELAH DI AYAK SEDIKIT DEMI SEDIKIT.
3.REEN GUNA ACUAN SEMPERIT PECAH 15.JIKA TIADA BOLEH TERAP BENTUK YANG DISUKAI
4.BAKAR PADA SUHU 150C 15MINIT-20 MINIT REEN GUNA API BAWAH SAHAJA.
SUHU KENALAH FOLLOW OVEN MASING2 YE ..
Selamat mencuba ye kawan kawan.. insyallah pasti menjadi kesukaan kawan kawan lebih lebih orang tua yang tak de gigi.. sebab biskut ini cair di dalam mulut..
19 comments:
Comey je biskut tu tentu cair kat dlam mulut kan :D..
Assalamualaikum Makcik Reen....
Santik banget semprit itew....
Cantiknya Reen... lembut jer nmpak... nyum2x
Salam perkenalan Reen....
Dah lama mama ikuti blog Reen tapi masa tu...as a silent reader je,masa tu mama xde blog lagi...skrg baru ada...senang2 jemput le ke blog mama ye..
Sedap biskut nie...kemarin mama baru buat...Dah lama mama cari resepi nie..
terima kasih diela nahar sudi berkunjung di dapur reen.. sgt sedap cookies ni simple je bahan2nya
wslm makcik rahel
mekasih2 tapi x leh lawan cookies2 makcik rahel yg yummy2
terima kasih Gee..
selamat hari raya
Assalamualaikum Reen dan Selamat Hari Raya. Selalu juga ikut perkembangan Reen, walaupun Kak Noor jarang mengomen. Teruja tengok samperit Reen tu. Kak Noor ni memang peminat `tegar' samperit. Memang cantik kejadian samperit tu. Bunganya tak kembang dan tak jatuh. Samperit ini walaupun bahan-bahan yang digunakan memang ringkas, tapi tengok tangan juga yang membuatnya. Masa kita pam, kejadian bunganya ok, tapi bila dah dibakar, bunganya kembang dan jatuh. Tiap-tiap tahun Kak Noor cuba buat, tapi tak jadi; bunganya kembang dan jatuh selepas dibakar. Last sekali jadi kuih lain. So tahun ni Kak Noor tak buat samperit. Bahan-bahan kuih masih berbaki lagi. Ingat nak cuba resepi Reen ini. Mudah-mudahan menjadi, Insya Allah.

mohon share resepi...tq
mohon share resepi...tq
mohon share resepi...tq
mohon share resepi...tq
mohon share resepi...tq
Slm sis.boleh x pakai marjerim.biasa mcm planta o daisy tu..instead of buttercup?cos ad yg ckp gune buttercup xjd melting,bt rangup.betol ke sis.pencerahan pls
Huhu
Slm
saya dah buat semalam, sedap. thanks for sharing dan saya mintak izin share di blog say a. www.liezamohd.blogspot.com
saya dah buat semalam, sedap. thanks for sharing reen. izinkan saya share resepi ni di blog saya www.liezamohd.blogspot.com
Salam ,saya dah mencuba resepi semperit ini memang sedap dan cair di mulut. Terima kasih kepada reen yang telah berkongsi resepi ni.
Post a Comment