Masak Lemak Cili Padi Udang Galah Bersama Daun Kunyit
Bahan-bahanya
300gram udang galah saiz sederhana
2 inci lengkuas
1 batang serai
12 biji cili padi ( kalau nak pedas boleh ditambah)
2 cawan santan pekat
sedikit kunyit hidup atau kunyit serbuk
sedikit garam
2 helai daun kunyit dihiris halus
caranya
1. Kisar halus cili padi, lengkuas, bersama kunyit hidup hingga lumat, kemudian curahkan ke dalam periuk dan masukkan serai yang telah dititik tadi, kacau sebentar.
2. Selepas itu masukkan 2 cawan santan pekat masa ini guna api perlahan, dan kacau selalu, setelah kuah agak mendidih baru masukkan udang, biarkan sebentar, selepas itu baru masukkan hirisan daun kunyit. jangan masak udang terlalu lama, sesuaikan rasa, masukkan garam.
3. Setelah udang masak, angkat dan sedia untuk dihidangkan panas-panas bersama nasi putih dan sambal belacan
selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment