Wednesday, March 27, 2013

Apam Mekar Coklat


Apam Mekar coklat
resepi asal dari puan Shima Maz
Bahan2:
1 1/2 cawan tepung beras
2 sudu kecil baking powder* kedua2nya diayak bersama
3/4 cawan gula halus (boleh kurangkan sukatan gula halus ini mengikut citarasa masing masing)
1 cawan susu coklat dutch lady
sedikit coklat paste

Caranya :
Panaskan kukusan dahulu.
Acuan dialas dengan mangkuk kertas.
Satukan bahan kering dalam mangkuk pastu tuang susu n kacau hingga larut dan  sebati.
Masukkan coklat paste dan  kacau lagi.
tuang 3/4 penuh dalam acuan dan kukus 15minit dengan api besar.
Makan dengan kelapa parut putih yang digaul dengan sedikit garam yang dikukus sebentar

Tuesday, March 26, 2013

Rendang Ayam BerRempah

Assalamualaikum
Buntu kan kalau hari hari memikirkan juadah untuk suami dan anak anak setiap hari .tapi untuk anak anak dan suami tersayang..insyallah apa saja terhidang alhamduliah suami dan anak anak puas menikmatinya dari air tangan reen..
Rendang ayam berempah yang rasanya paling ringkas tapi seringkas pun rasanya sangat sangat sedap
dan Brokoli goreng tiram dengan sosej.brokoli ini kegemaran anak anak reen ..
Meh meh reen tulis apa resepi rendang ayam berempah ini..
Bahan bahannya
Ayam dibersihkan toskan
gaul dengan garam dan serbuk kunyit goreng separuh masak dan ketepikan
*5 biji bawang kecil
 *2 inci halia
 *seulas kecil lengkuas
 *5 ulas bawang putih
*3 batang serai di hiris halus
 segengam cili kering direbus dan ditoskan
masukkan semua bahan bahan bertanda *blender halus
1/2 peket kerisik
2 sudu kecil rempah soto Tok Mak
rempah 4 sekawan
daun kunyit di hiris halus
kiub ayam/gula /garam secukup rasa
1/2 cawan susu cair
sedikit air
Caranya
Tumis rempah 4 sekawan ..kemudian masukkan bahan yang diblender tadi tumis sehingga naik bau dan masukkan pula rempah soto tok mak dan kerisik gaul mesra ..masukkan ayam, bubuh air sikit dan susu cair supaya mesra bubuh kiub ayam,gula dan garam secukup rasa
masukkan daum kunyit yang dihiris ..slowkan api biar la dia merenih dan pekat
Sedap lauk ini dan boleh diperbagaikan ..boleh dicecah dengan roti atau juga di makan bersama nasi impit .. lagi perhangat lagi sedap ..cuba la ye kawan kawan resepi olahan sendiri menjadi kegemaran keluarga reen

Friday, March 22, 2013

TERUNG SAMBAL BILIS



TERUNG SAMBAL BILIS 
Bahan-bahan :
 Sedikit minyak masak untuk menumis 
3 biji terung panjang, dibelah dan dipotong panjang atau potong serong
*1 biji bawang besar
 *biji bawang putih
 *Segenggam ikan bilis, dibasuh
* Segenggam cili kering direbus 
2 sudu makan sos tomato atau secukup rasa
2 sudu makan sos cili atau secukup rasa
Garam dan gula secukup rasa 


Cara-cara :
 1. Didihkan air ,kemudian celur sebentar terung sehingga lembut.
 2. kemudian toskan terung rendam sekejap dengan air sejuk .kemudian toskan ketepikan 
3. Blender bahan yang bertanda *.kemudian tumis bahan blender sehingga garing
4.Masukkan sos tomato ,sos cili,gaul mesra
 5. Masukkan terung yang dicelur tadi. 
6.Perasakan dgn sedikit garam,gula dan kacau hingga sebati.


Monday, March 18, 2013

Telur Ikan Mayung Masak Lemak Cili Api


Asalamualaikum 
Telor ikan mayung @ikan duri memang bertahun lamanya reen tak makan ..reen suka sangat sebab terasa kenyal dan lemak tapi awas jangan makan terlalu banyak akan terasa MABUK.
Dulu masa reen kecil jika hujung bulan arwah babah akan ke pasar di sungai besar ,selangor untuk mencari ikan segar ..time itu merasa la makan telor ikan.. lama rasanya baru sekarang reen terjumpa balik telor ikan ini di pasar petang di bintulu sarawak .. sangat fresh cuma rm 5.00 sahaja 
Terus rancang nak masak lemak cili padi .. 

Bahan:
600gm telur ikan mayung @ ikan duri
500 gm santan 
5 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
20 biji cili api
garam secukup rasa
1/2 kiub ikan bilis (optional)

Cara:
tumbuk bahan bertanda (*). 
masukkan kedalam periuk bersama santan dan telur ikan.
didihkan diatas api perlahan.. masaknya agak lama jugak dengan api yang perlahan 
supaya telor ikan tidak pecah dan santan tidak bertahi minyak .
bila telur telah masak masukkan garam dan kiub ikan bilis 
akhir sekali masukkan belimbing buluh..
tutup api.
sedia untuk dihidang.. 

Thursday, March 7, 2013

Roti Siput Buttercream


DOH ROTI
250 GM TEPUNG HIGH PROTEIN
50 GM GULA HALUS
1/2 SUDU TEH GARAM HALUS
1 SUDU BESAR SUSU TEPUNG
1/4 SUDU TEH IMPROVER
1/4 SUDU TEH SOFTERNER
30 GM ( PUKUL SEBIJI TELOR DAN TIMBANG 30 GM)
6 GM YIS (MAURIPAN)
30 GM MENTEGA
125 ML AIR SUAM

#TELUR LEBIHAN TADI MASUKKAN  1 SUDU KECIL SUSU PEKAT GAUL SEBATIUNTUK DI SAPU ATAS ROTI
BIJAN UNTUK DI TABUR DI ATAS ROTI
COKLAT RICE UNTUK HIASAN

CARA
1. SATUKAN SEMUA KECUALI AIR GAUL RATA DAN TUANG AIR SEDIKIR DEMI SEDIKIT    
    ULI HINGGA  JADI DOH    
2. ULI SEHINGGA DOH JADI ELASTIK,LEMBUT DAN TIDAK MELEKAT DI MANGKUK ADUANAN
3. ULI TANPA HENTI SELAMA 10 HINGGA 15 MINIT
4.REHATKAN SEBENTAR DOH .
5.AMBIL DOH .TUMBUK KELUARKAN ANGIN
6.TIMBANG DOH SEBERAT 25GM-30GM SETIAP DOH (ANGGARAN) 
7.GELEK MEMANJANG KEMUDIAN PINTALKAN PADA KON 
8.PANAS KAN OVEN 190C SELAMA 10 MINIT
9.SAPUKAN TELOR LEBIHAN TADI DAN TABURKAN BIJAN
10.BAKAR SELAMA 25 MINIT SUHU 190 C ATAU SEHINGGA KUNING
11.KEMUDIAN BARULAH DI TARIK KON ITU DAN SEJUKKAN ROTI 
12.FILLING TERPULANG PADA CITARASA MASING MASING  


BUTTERCREAM 
Bahan-bahan 
  • 250 gm butter
  • 125 gm krimwell 
  • 125 gm gula aising (kena ayak dulu supaya tidak berketul2)
Cara-cara
  1. Pukul butter + krimwell hingga putih. Ayak gula aising, masukkan ke dalam butter, pukul lagi hingga kembang dan putih. 
  2. masukkan dalam piping bag dan picitkan kedalam roti siput itu dah hiaskan dengan coklat rice 

kongsiresepi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...