Tuesday, March 26, 2013

Rendang Ayam BerRempah

Assalamualaikum
Buntu kan kalau hari hari memikirkan juadah untuk suami dan anak anak setiap hari .tapi untuk anak anak dan suami tersayang..insyallah apa saja terhidang alhamduliah suami dan anak anak puas menikmatinya dari air tangan reen..
Rendang ayam berempah yang rasanya paling ringkas tapi seringkas pun rasanya sangat sangat sedap
dan Brokoli goreng tiram dengan sosej.brokoli ini kegemaran anak anak reen ..
Meh meh reen tulis apa resepi rendang ayam berempah ini..
Bahan bahannya
Ayam dibersihkan toskan
gaul dengan garam dan serbuk kunyit goreng separuh masak dan ketepikan
*5 biji bawang kecil
 *2 inci halia
 *seulas kecil lengkuas
 *5 ulas bawang putih
*3 batang serai di hiris halus
 segengam cili kering direbus dan ditoskan
masukkan semua bahan bahan bertanda *blender halus
1/2 peket kerisik
2 sudu kecil rempah soto Tok Mak
rempah 4 sekawan
daun kunyit di hiris halus
kiub ayam/gula /garam secukup rasa
1/2 cawan susu cair
sedikit air
Caranya
Tumis rempah 4 sekawan ..kemudian masukkan bahan yang diblender tadi tumis sehingga naik bau dan masukkan pula rempah soto tok mak dan kerisik gaul mesra ..masukkan ayam, bubuh air sikit dan susu cair supaya mesra bubuh kiub ayam,gula dan garam secukup rasa
masukkan daum kunyit yang dihiris ..slowkan api biar la dia merenih dan pekat
Sedap lauk ini dan boleh diperbagaikan ..boleh dicecah dengan roti atau juga di makan bersama nasi impit .. lagi perhangat lagi sedap ..cuba la ye kawan kawan resepi olahan sendiri menjadi kegemaran keluarga reen

2 comments:

Ct NoArizah Aris said...

Salam...rendang berempah. Menjadi pilihan family sy time raya tapi tak guna rempah soto pas ni leh try resepi reen lak.

Delima Zamrud said...

D5 suker rendang ayam nie makan bila2 pun sedap kan Reen xyah tunggu raya :)..

kongsiresepi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...