Monday, March 18, 2013

Telur Ikan Mayung Masak Lemak Cili Api


Asalamualaikum 
Telor ikan mayung @ikan duri memang bertahun lamanya reen tak makan ..reen suka sangat sebab terasa kenyal dan lemak tapi awas jangan makan terlalu banyak akan terasa MABUK.
Dulu masa reen kecil jika hujung bulan arwah babah akan ke pasar di sungai besar ,selangor untuk mencari ikan segar ..time itu merasa la makan telor ikan.. lama rasanya baru sekarang reen terjumpa balik telor ikan ini di pasar petang di bintulu sarawak .. sangat fresh cuma rm 5.00 sahaja 
Terus rancang nak masak lemak cili padi .. 

Bahan:
600gm telur ikan mayung @ ikan duri
500 gm santan 
5 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
20 biji cili api
garam secukup rasa
1/2 kiub ikan bilis (optional)

Cara:
tumbuk bahan bertanda (*). 
masukkan kedalam periuk bersama santan dan telur ikan.
didihkan diatas api perlahan.. masaknya agak lama jugak dengan api yang perlahan 
supaya telor ikan tidak pecah dan santan tidak bertahi minyak .
bila telur telah masak masukkan garam dan kiub ikan bilis 
akhir sekali masukkan belimbing buluh..
tutup api.
sedia untuk dihidang.. 

13 comments:

Pen Biru said...

Ya Allah...favourite sy ni..tapi telur ni susah nk dapat..

zana fahmi said...

Ya Allah...terlior jugak ni. Teringat arwah tok suka masak ikan duri masa kat Johor. Telor ikan susah nak dpt mcm ni kan?

kak ina kl said...

betul tu pen biru...memang payah nak jumpa..harga pun boleh tahan

Sue @ Nenie said...

Assalamualaikum...1st time tgk telur ikan sebegini...Ia memang segugus macam ni yaaaa...? klu dimasak pun tak terlerai yaaaaa

mala said...

dah bertahun tak makan telur ikan duri ni ...

JaSSNaNi said...

alaaaaaaaaaaaaaa... nak gakkkk.. dah lama tak makan telo ikan duri ni.. dulu ngidam kan waktu pegnen haikal 6 tahun lepas je dapat makan... sekali mak/abah beli sampai beberapa kilo.. makan sampai puas... skrg ni mmg payah nak dapat.. ikan duri yg jual kat pasar ni pun perut kempis2 belaka.. jaga badan kot.. :P

Nooriah Abdullah said...

wah sedapnya Reen telur ikan ni dah lama mencari belum terjumpa ni

Delima Zamrud said...

Lama tak makan telur nie susah nk dpt kan D5 suker masak asam pedas fuhhh mmg sedap :)..

Azie Kitchen said...

Serius, sudah berbulan mencari telur ikan ni. Mcm mengidam lak

Hafizah Mohamad said...

sedapnyer...telur ikan ni peberet asben fiza ni...fiza pun makan juga tp x la gemar sgt...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam reen..
dah lama teringin nak rasa telur ikan mayong ni... tak pernah nampak lg ni.. kalau jumpa harus juga cuba beli & masak...

Bali Tour said...

Nampaknya Sedap
Terima kasih atasa recipenya :)

fazian batrisyia said...

telur ikan ni mmg sgt sedap. kecik2 dulu mmg selalu dpt makan....skrg tak jumpa pulak

kongsiresepi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...