TERUNG SAMBAL BILIS



TERUNG SAMBAL BILIS 
Bahan-bahan :
 Sedikit minyak masak untuk menumis 
3 biji terung panjang, dibelah dan dipotong panjang atau potong serong
*1 biji bawang besar
 *biji bawang putih
 *Segenggam ikan bilis, dibasuh
* Segenggam cili kering direbus 
2 sudu makan sos tomato atau secukup rasa
2 sudu makan sos cili atau secukup rasa
Garam dan gula secukup rasa 


Cara-cara :
 1. Didihkan air ,kemudian celur sebentar terung sehingga lembut.
 2. kemudian toskan terung rendam sekejap dengan air sejuk .kemudian toskan ketepikan 
3. Blender bahan yang bertanda *.kemudian tumis bahan blender sehingga garing
4.Masukkan sos tomato ,sos cili,gaul mesra
 5. Masukkan terung yang dicelur tadi. 
6.Perasakan dgn sedikit garam,gula dan kacau hingga sebati.


Comments

rahel said…
Salam...
Kak Reen..i teringin la makan sambal terung ni...ada lagi k tak?
Delima Zamrud said…
Ermmm sedap nyer nampak sambal terung nie makan ngan nasi putih panas2 pun sedap kan :)..

Popular Posts