Friday, July 29, 2011

Pengat Ubi Kayu

Bahan-Bahan:
400 gm ubi kayu yang direbus empuk
1 cawan santan pekat
¾ air gula melaka
1 helai daun pandan
Gula pasir

Cara:
Rebuskan ubi kayu di dalam periuk dengan  air.taruh sedikit garam
Biarkan mendidih hingga empuk.toskan ubi kayu telah empuk.
Masukkan santan, gula melaka, daun pandan,ubi kayu yang telah di rebuskan tadi  dan gula.kedalam periuk
Kacau perlahan-lahan sehingga sedikit mendidih.

Thursday, July 28, 2011

Kuih Lapis ChomeL

resepi basic kuih lapis..cuma yang ini saya masuk kan dlm acuan lompang
Bahan bahan
4 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 1/2 cawan gula
6 cawan santan
caranya
1..campurkan semua bahan
2..kacau rata dan tapis dan bahagikan 2 warna yg disukai
3..pastikan air kukusan dah mendidih.. masukkan loyang yg dah disapu minyak kedlm kukusan
4..masukkan lapisan pertama kukus lbh kurang 5min
5..masukakn lapisan kedua kukus lg 5min
6..kemudian masukkan lapisan 3 & 4 sehingga habis
7..setelah habis adunan..masak @ kukus selama 15 @ 20min
8..tutup api buka tutup kukusan...sejukkan kuih...dah sejuk baru potong2

Kuih Lapis ini sudah 2 3 hari suami Cik An minta ..pasal asyik saja sibuk baru la semalam dapat buatkan untuk suami cik an.amboi sungguh gembira nya dia dapat makan sebelum masuk ke dalam mulut dia ..suami cik an akan menbelek belek melihat lapisan nya ..tersenyum sendiri melihat air tangan isterinya sendiri.. 
kalau saya berada di semenanjung pasti saya dapat berkongsi dan makan bersama sama dengan mak ngah  saya sebab mak ngah saya suka kuih lapis ini sebab kuih ini lembut dan senang la mak ngah saya makan ..maklum la mak ngah saya sudah tidak ada gigi .. insyallah jika saya balik bercuti .. saya akan buatkan untuk mak ngah , chik,mak ndak , adik saya , ema dan mak su saya..cuma itu lah kalau balik bercuti masa selalu mencemburui saya .. saya rindukan waktu bersama saudara mara saya bersama dan makan ramai ramai dan gelak tawa..saya rindu kan saat saat bersama adik saya ....
rindunya saat kami bercuti di Morib .. sebelum saya berpindah ke sarawak ini.. .. walaupun saya penat tapi penat saya amat berbaloi saat itu melihat semua saudara mara saya gembira .. 

Wednesday, July 27, 2011

Roti Jala Bersosej dari cik an

Kita cuci cuci mata melihat roti jala bersosej untuk memikat selera anak anak kecil.menjala seperti biasa cuma cik an gulung kan bersama sosej yang di stim dahulu..sedap di makan bersama mayonis yang di campur sedikit sos cili.
Roti jala bersosej
Bahan-bahan
2 cawan tepung
3 cawan air biar pekat supaya jala nya cantik bila kita picit
1 cawan susu segar atau santan pekat
1 sudu teh serbuk kunyit atau pewarna kegemaran puan2
2 warna yang berbeza
1 sudu besar minyak
1 1/2 sudu teh garam
sosej
Cara
Blend kesemuanya.
tapis masuk kan kedalam botol muncung 3
mejala seperti biasa kemudian gulungkan sosej yang telah di stim kan
selamat mencuba
 
INI CONTOH BOTOL MUNCUNG 3 YANG SAYA GUNAKAN
JIKA BERMINAT SILA PM INBOX SAYA DI FB ATAU SMS SAYA 014 646 1210

Wednesday, July 20, 2011

Karamel Pandan.

 Untuk gula hangus
- 3 sudu besar gula...hanguskan dalam loyang...tidak  perlu letak air

 Bahan bahan

- 5 biji telur 
- 1/2 tin susu pekat...
- 1sudu kecil  esen vanilla
-  sedikit pewarna hijau
- 1 cawan  perahan air pandan ( boleh gantikan susu cair )
- 1sudu besar tepung jagung

cara cara
- semua bahan2 itu saya masuk kan dalam blender kemudian tapis.
   tuang dlm loyang gula hangus tu.
   kukus 20min....tidak perlu  tutup loyang dengan aluminium foil sbb
   nanti kita nak terbalikkan juga
-  setelah masak...biarkan sejuk.kemudian terbalikkan..
   masuk kan ke dalam peti ais.. hidangkan semasa sejuk ..

Monday, July 18, 2011

Cucur Hippo ... aka cucur badak

Bahan-bahan:
600gm keledek
1 1/2 - 2 cawan tepung gandum
Minyak utk menggoreng
Bahan inti:
1/2 biji kelapa parut
3 biji bawang merah**
2 ulas bawang putih**
3 sudu besar udang kering**
2cm kunyit hidup**
2 batang serai**
** dikisar
2 sudu besar cili kisar (kalau nk pedas tambah lagi)
Garam dan gula
Minyak
Cara penyediaan inti:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar hingga naik bau.
2. Masukkan cili dan masak hingga pecah minyak.
3. Masukkan kelapa parut, garam dan gula, gaul rata.
4. Kecilkan api dan masak sambil dikacau selalu hingga serunding berderai tetapi tidak kering. Angkat dan sejukkan.
Cara penyediaan kulit:
1. Kupas keledek, potong kecil2 dan rebus dengan 1 sudu teh garam hingga keledek empuk.
2. Toskan dan lenyek hingga lumat. Masukkan tepung gandum, gaul rata hingga menjadi doh yang lembut.
3. Bentukkan bulat mengikut citarasa sendiri.
Cara penyediaan cucur badak:
1. Ambil doh yg telah dibulatkan tadi dan leperkan. Masukkan inti di tengahnya dan tutup kembali. Buat sehingga selesai.
2. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng cucur badak hingga kuning keemasan.

Sunday, July 17, 2011

Air Tangan dari pembeli acuan kuih jala dari Cik An

shuaida mohaini
Zaharah Omar
  
Christina Lim  
  
Rahayu Sumairi 
Ini la sebahagian dari air tangan pembeli yang telah menbeli acuan botol 3 muncung roti jala zam zam ala kazam dari saya
botol masih terbuka untuk dijual.. sila pm saya di FB saya .link ada di bahagian kanan blog saya ini

Saturday, July 16, 2011

Goreng Asam Berempah Ikan Tenggiri

Ikan Tenggiri ini masih segar semasa saya beli di kidurong pasar pagi.baru sahaja nelayan naikkan dari laut cina selatan terasa kemanisan isi ikan ini kerana belum lagi terkena ais .di jual segar sekilo RM 13.00.
Tidak tahu nak masak apa.. teringat pulak goreng asam ikan bilis kegemaran pak ngah saya. jadi saya tukar ikan bilis ke ikan tenggiri ini
BAHAN BAHAN.
4 keping ikan tenggiri yang telah di potong dibersihkan dengan asam jawa dan garam
digoreng dengan serbuk kunyit dan sedikit garam .
goreng jangan terlalu garing.
Hiris kan bawang besar,halia ,bawang putih dan cili merah
cili padi di potong 2 agak2 la kalau suka pedas ..tambahkan lagi
air garam jawa ikut cita rasa kalau nak pekat atau cair .. asjust ikut cita rasa.
kalau ikut tekak saya suka yang pekat,masam masam dan pedas pedas
sebiji tomato di belah empat.
garam,gula dan sedikit kiub ikan bilis
1 sudu kecil halba campur

CARA CARA
tumis halba campur .gunakan minyak yg sedikit semasa menumis.
kemudian masukan hirisan bawang, bawang putih ,halia .gunakan api yang sederhana semasa menumis
masukan air asam,dan tomato.didihkan sebentar dan masuk kan ikan tenggiri yang telah di goreng tadi.
rasa garam ,letak kan sedikit gula , kiub ikan bilis ..didihkan seminit .. taraaaaaaaaaa siap..

Pengat pisang berjagung

Tekak ini terasa sangat nak makan pengat pisang taruh jagung..aduhai macam kat lidah sahaja rasanya.teringat dulu dulu waktu bulan puasa aruah mak rajin buat pengat untuk pencuci mulut untuk berbuka puasa  sebab adik aruah mak saya iaitu pak cik saya babah chik suka sangat makan pengat semasa berbuka puasa.
 Rasanya semua tahu buat pengat pisang ini kan.. santan sedang2 pekat. pisang di potong serong serong,gula secukup rasa,daun pandan,jagung dalam tin cik an beli jagung tanpa krimer  dan secubit garam.cik an suka kalau pisang itu tidak lembek sangat .semasa memasak gunakan api yang sederhana .supaya santannya cantik tidak bertahi minyak kata aruah mak Cik an dulu dulu.kenalah rajin mengacau supaya cantik kalau nak letak sagu biji pun boleh supaya kuahnya menjadi pekat ..
Beriya iya nak makan tadi. dah masak ermm hirup sesudu dua saja. gatal saja cik an ini .macam orang mengidam pulak.bukan tak sedap tapi al maklum la dah berlemak manis pulak.. cik an ni dah la sweet 40 ni kena la makan itu orang kata beringat ingat.. nak makan sedap lama kena makan itu beringat ..

Monday, July 11, 2011

sekuntum mawar ..

Sepi Sekuntum Mawar Merah

Artist: Ella
Berulang kali kumencuba
Memujuk hati
Lupakan semua
Kenangan...

Namun mimpi bertemu lagi
Di saat engkau
Tiada di sisi...

Ku berpegang pada janji
Tercipta ... antara kita dulu
Hilangmu tiada berganti
Biarlah ... begini

Ku belayar di lautan
Tidak bertepian
Sesekali disedarkan
Ombak yang mendatang
Aku seperti hilang
Punca arah dan ... tujuan

Aku puisikan namamu
Bersama rindu
Di dalam sendu ...

Saturday, July 9, 2011

kerabu betik ala2 somtam made in Thailand

Bahan-bahan :
1 biji betik muda, hiris memanjang, ketepikan
1 biji mangga muda, hiris memanjang, ketepikan
2 sudu makan kacang goreng – tumbuk kasar.
2-3 sudu makan sos ikan
1 sudu makan air limau nipis
1 sudu teh gula
1 biji buah tomato, belah 4

Bahan tumbuk :
1 ulas bawang putih
2 tangkai lada merah/ cili padi – tambah lagi jika mahu pedas
1 sudu teh udang kering, rendam air panas sampai kembang

Cara penyediaan :
Tumbuk bawang putih, lada dan udang kering. Masukkan ke dalam mangkuk.
Masukkan kacang goreng, betik dengan mangga muda. Gaul hingga sekata.
Tuangkan sos ikan, air limau nipis, gula dan tomato
Kacau hingga mesra dan sajikan segera.

kongsiresepi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...