Saturday, July 16, 2011

Goreng Asam Berempah Ikan Tenggiri

Ikan Tenggiri ini masih segar semasa saya beli di kidurong pasar pagi.baru sahaja nelayan naikkan dari laut cina selatan terasa kemanisan isi ikan ini kerana belum lagi terkena ais .di jual segar sekilo RM 13.00.
Tidak tahu nak masak apa.. teringat pulak goreng asam ikan bilis kegemaran pak ngah saya. jadi saya tukar ikan bilis ke ikan tenggiri ini
BAHAN BAHAN.
4 keping ikan tenggiri yang telah di potong dibersihkan dengan asam jawa dan garam
digoreng dengan serbuk kunyit dan sedikit garam .
goreng jangan terlalu garing.
Hiris kan bawang besar,halia ,bawang putih dan cili merah
cili padi di potong 2 agak2 la kalau suka pedas ..tambahkan lagi
air garam jawa ikut cita rasa kalau nak pekat atau cair .. asjust ikut cita rasa.
kalau ikut tekak saya suka yang pekat,masam masam dan pedas pedas
sebiji tomato di belah empat.
garam,gula dan sedikit kiub ikan bilis
1 sudu kecil halba campur

CARA CARA
tumis halba campur .gunakan minyak yg sedikit semasa menumis.
kemudian masukan hirisan bawang, bawang putih ,halia .gunakan api yang sederhana semasa menumis
masukan air asam,dan tomato.didihkan sebentar dan masuk kan ikan tenggiri yang telah di goreng tadi.
rasa garam ,letak kan sedikit gula , kiub ikan bilis ..didihkan seminit .. taraaaaaaaaaa siap..

No comments:

Pulut Mangga Thailand

Pulut Mangga Thailand Bahan-bahan  3 biji mangga  2 sudu besar bijan - digoreng tanpa minyak (optional) Pulut Kukus ...