Tuesday, May 31, 2011

Kuih Lompang

 
          Bahan bahan
  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 1 sudu makan tepung ubi
  • 1 sudu kecil air kapur
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan gula merah 
  • 2 sudu serbuk coklat
  • 2 cawan air
  • daun pandan
  • kelapa parut putih + secubit garam + daun pandan simpul - kukus kejap
          Cara cara
  1. satukan gula melaka dan gula pasir dalam periuk kecil kemudian masukkan 1 cawan air bersama daun pandan. masak atas api kecil hingga gula larut. sejukkan sebentar
  2. satukan tepung beras,serbuk coklat dan tepung ubi dan tuang satu cawan air dan air kapur. gaul rata
  3. kemudian tuang air gula yang telah sejuk tadi. gaul hingga sebati
  4. tapis adunan dan tuang dalam acuan lompang yang telah di sapu ngan sedikit minyak.
  5. kukus 10 minit atau hingga masak. 
  6. hidang bersama kelapa parut yang di kukus tadi. 
 Cik An mederhaka sikit masukan serbuk coklat kedalam resepi kuih lompang ini..anak anak cik an pun suka sebab ada rasa coklat2 dan lemak2 gula merah..apa apa pun layan aje le.. ..

Sunday, May 29, 2011

Mee Ketam

Selalu sangat kita makan MEE UDANG.. taraaaaaa cik an sahaja reka 1 menu baru Mee ketam sedap juga terasa manis nya isi ketam itu..kebetulan hari ahad lepas cik an dan suami pergi ke Kidurong menbeli ikan dan ketam yang di tangkap oleh nelayan..memang segar lagi walaupun mahal tapi berbaloi sangat.
Bahan-Bahan:  

300 gm mee kuning (dikukus sebentar)
100 gm taugeh di celur sekejap
sekilo ketam dibersihkan
2 keping tauhu goreng (dihiris)
1 biji cili hijau (dihiris)
1 mangkuk air atau mengikut puan2 jika nak pekat dan cair nya.
2 biji keledek (diblender halus  campur air )
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 biji bawang kecil (ditumbuk)
2 sudu besar cili kisar
Garam & minyak masak
.
Gula secukup rasa
1 kiub ayam
2 sudu besar gula merah.

Cara: 
Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bawang putih, udang kering & cili kisar hingga garing. Masukkan air, keledek yang telah diblender halus.masuk kan ketam Masak hingga mendidih.masuk kan gula,garam,kiub ayam,dan gula merah.didihkan sebentar.kepekatan kuah ini seperti kuah mee jawa atau mengikut citarasa masing masing
Angkat & hidangkan

Cadangan Hidangan: 
Masukkan mee & tauge ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah panas hingga penuh. Bubuhkan telur rebus, tauhu goreng limau kasturi dibelah 2 & cili hiris.
 kalau nak syok.. time makan kita perah kan limau kasturi lepas itu tergigit cili padi apa lagi kelam kabut cari air sejuk ....makan panas panas.time itu  tak toleh lagi kiri kanan ..time itu mak mertua pun lalu tak nampak..kalau cik an macam mana nak nampak sebab mak mertua cik ada kat semenanjung..cik an kat sarawak..hehehe

Apam Beras

Hari hari cik an sawan nak mengepam aje opsssssssss buat APAM..kebetulan cuti sekolah telah bermula sibuk sangat anak anak cik an pun nak mengepam..sambil2 itu cik an boleh memasak untuk juadah tengah hari menu paling simple masak 3 rasa ikan bawal hitam dan sayur bayam tumis air..layan..seronok menbuat apam ni banyak dapat nya..cantik mulus naik nya geram melihat apam cik an gebu gebu.. Jom kita lihat bahan bahan nya sebelum itu cik an nak berkongsi teknik semasa mengukus apam. Tudung periuk pengukus perlu dibalut dengan kain seperti pocong isk seram pulak..cik an..hehehe supaya air kukusan tidak jatuh ke atas apam..guna kan api yang sederhana..panas kan kukusan dan acuan lompang perlu di sapu minyak dahulu..ok
Bahan-bahan
2 cwn nasi
1 cwn tepung gandum 
3 cwn tepung beras
1 1/2 cawan gula
1 peket yis ( 11gm)
3 cawan air*
 kelapa parut dgn sedikit garam


Cara Penyediaan
1. Blend nasi* dan air* sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus) 
2. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras,gula dan yis.
 3. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati. 
4. Perap selama 1 jam. 
5. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain. 
6. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil. 
7. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
 8. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam.. atau enak dimakan begitu saja.
anak dara cik an kemain suka bermain dengan warna berbagai warna dia campurkan..si abang sibuk juga nak memasukkan adunan apam ke acuan..gamat dapur saya dengan gelagat mereka berdua sahaja..

Saturday, May 28, 2011

Apam Karamel

Bahan-bahan
  • 1 cawan gula pasir*
  • 1 cawan air panas*(*jadikan gula hangus)
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 2 sudu besar marjerin/butter
  • 2 sudu susu pekat
  • 1 sudu teh soda bikarbonat.
  • 1 1/2 cawan tepung gandum.
Cara-cara
  1. Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air.kemudian sejukkan
  2. Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin/butter, kisarkan anggaran 3 minit
  3. Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
  4. Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
  5. Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.
  6. Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik...kukus dlm 15 minit.
  7. Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya. 

Wednesday, May 25, 2011

Apam Coklat

Bahan-Bahan :
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan air
1 biji telur
1/2 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu besar serbuk koko

Cara Membuat :
senang jer masak dia.. campurkan kesemua bahan dalam blender kisar sehingga sebati. kemudian masukkan dlm cup cake acuan lompang kukus 10 minit sehingga masak...

Tuesday, May 24, 2011

Puding Dragon Fruit


Sangat sangat mudah semua main masuk je dalam periuk mula cik an blender setengah biji BUAH NAGA ..kasi blender dia halus ..sukat air 900ml termasuk yang kita blender tadi supaya mendapat sukatan keseluruhannya 900ml sahaja gula main agak2 saja.. ikut citarasa masing2..susu cair saya letak dlm 4 sudu dan serbuk agar agar cap layang2..masak dengan api yang sederhana didihkan.kemudian masukkan dalam acuan sejukkan..

Monday, May 23, 2011

Kuih Ketayap Coklat

Seronok bermain dengan acuan botol muncung 3 ini macam2 idea kita boleh reka dan cipta jadi la rekacipta..Pengalaman saya menjadi Guru Tadika  banyak tertumpu kepada corak permakanan kanak kanak..semasa mengajar dulu saya paling suka melayan anak anak murid semasa waktu rehat.. macam2 karenah.
saya cuma adunkan..paling simple mengikut citarasa kanak kanak .Tepung gandum, telor ,air suam ,sedikit susu cair atau santan.sedikit garam BLENDER haus dan tapis..separuh adunan saya campurkan serbuk koko untuk corak nya.. inti nya kita boleh perbagaikan..paling sempoi kita letak serbuk Milo.. saya cuma letak KIT KAT,atau kepingan coklat saja.. kita boleh letak peanut butter .. mengikut apa yang anak2 puan suka intinya..

Saturday, May 21, 2011

Rama Rama

Mari la kita mencuci mata setelah penat memasak... kebetulan menjenguk FB adik saya ..melihat hasil tembakan nya terasa pulak ingin saya berkongsi gambar hasil tembakan nya yang lebih jauh meninggalkan saya ..senapang nya POWER  kalau nak bandingkan dengan Pistol air saya..hehehe..Orang "M" mana lah nak mengalahkan Orang "A" ..apa2 saya amat berterima kasih pada adik saya sebab dia yang banyak menberi tunjuk ajar ku  sifu..
Seronok kan bila kita melihat hasil tembakan orang orang kita sayang..melihat hasilnya seolah olah adik saya sentiasa disamping saya..walaupun kami terpisah dengan Laut cina selatan.tapi sentiasa di hati saya.
Kalau ke Taman Rama rama begitu teruja melihat keindahan rama rama berterbangan bebas ke sana dan ke mari.

Agar agar Cendol

Bahan-bahan
1/2 paket agar2 [20 gm]
3 gelas air
1 cawan gula
1 cawan susu cair atau santan pekat
2 cawan cendul
1 cawan gula merah
1/2 cawan kacang merah ( saya pakai kacang merah dalam tin )
Cara
1. Rebuskan agar dengan air sehingga mendidih.
2. Masukkan gula dan biarkan mendidih lagi. Tapiskan.
3. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
4. Bahagian pertama itu dipanaskan dan masukkan gula merah.
5. Kacau rata dan biarkan mendidih dan tapis.
6. Masukkan sedikit dalam acuan dan biarkan agak keras tetapi jangan keras sangat nanti adunan tidak    melekat.
7. Setengah bahagian lagi dipanaskan dan masukkan susu cair atau santan pekat dan kacang merah berserta cendul.
8. Kacau rata dan tuangkan perlahan2 atas adunan gula merah dan sejukkan.
9. Hidangkan.

 Agar agar cendol.. buat penyejuk tekak dan meredakan kemarahan saya hari ini.. apa apa pun layan la..saya tak puas hati hasil Tembakan saya hari ini.. Kemarahan saya juga menpergaruhi.. Tembakan saya juga..amat sedih melihat hasil nya ..gambar nya kurang memuaskan hati saya..

Thursday, May 19, 2011

karipap Ikan

Pertama kali makan karipap berinti isi ikan di Terengganu semasa bercuti di Kuala Terengganu..Memang sedap.Kalau biasanya Karipap berinti kentang ,keledek ataupun sardin.Inti nya saya adunkan mengikut citarasa saya sendiri insyallah sedap terasa macam inti pulut panggang inti..
Bahan
Isi ikan Tenggiri atau apa apa saja isi ikan kegemaran puan
saya rebus bersama sedikit garam
kemudian saya tapis dan asingkan isi ikan dengan tulang.
tumbuk halus atau blender isi ikan
Kelapa parut putih
bawang kecil,serai,bawang putih,udang kering di tumbuk halus
garam, gula dan kiub ayam atau kiub ikan bilis
Cara
Tumis bahan yang di tumbuk halus sehingga garing,masuk kan isi ikan.masukan kelapa parut .gaul mesra.masuk kan garam,gula dan kiub ayam atau kiub ikan bilis.masak sehingga kering sedikit.
Untuk kulit karipap.
Tepung Gandum

Air Suam yang di campur sedikit garam
Minyak Sayur di panaskan
Cara
Tepung Gandum dimasukan ke dalam bekas. lubang tengah tengah tepung  curahkan minyak sayur yang telah dipanaskan.. gaul sebati kemudian baru masukkan air suam uli sebati .. canai pastry masukan inti dan kelim tepi karipap.
Petua Mengoreng karipap
Mengoreng karipap perlu mengunakan api yang sederhana  supaya kulit karipap itu tidak terkejut beruk menyebabkan pastry karipap akan menjadi mengerutu ..

Bubur Pisang BerCha Cha...


 Bubur Pisang BerCha Cha
Bahan-Bahan:
400 gm tepung gandum
1 biji kelapa (ambil santannya anggaran2½ mangkuk)
2 helai daun pandan 
1 sisir pisang abu di potong serong serong
Sedikit garam 
Air secukupnya

Cara:
Bancuh tepung dengan air dan sedikit garam.
Jika suka puan boleh warna doh ini mengikut warna kegemaran puan.
Uli hingga menjadi satu doh(biar keras sedikit daripada bancuhan roti canai). Ambil sedikit tepung dan canaikan setebal 5 mm
panas kan sebentar di kuali .
Kemudian gunting kecil-kecil mengikut kesukaan anda. 
Jerangkan air anggaran 1/2 periuk.Apabila air telah mendidih, masukkan tepung yang telah digunting tadi. 
Kacau supaya ia tidak melekat. 
Apabila telah timbul, angkat dan toskan. 
Kemudian letakkan ke dalam bekas berisi air sejuk supaya ia tidak melekat.
Buat begini hingga selesai.
Didalam periuk lain masukan santan,gula,daun pandan dan pisang abu gaul mesra dengan api yang perlahan.jangan sampai pecah minyak.masukan tepung cha cha tadi gaul mesra ..siap!


Pulut Mangga Thailand

Pulut Mangga Thailand Bahan-bahan  3 biji mangga  2 sudu besar bijan - digoreng tanpa minyak (optional) Pulut Kukus ...