Wednesday, May 11, 2011

Kerabu Mangga Asam Boi

Pagi pagi lagi saya dah suruh anak dara petik buah mangga....saya suruh ambil 3 biji sahaja untuk buat kerabu sekali dia petik 7 biji..aduh tak tahu nak buat apa ..kebetulan kawan KR kak ana ina baru tags gambar resepi kerabu mangga asam boi..aik macam tahu tahu aje..
Paling sempoi..senang dan sedap terima kasih kak ana ina (KR)..mabelles ..
BAHAN BAHAN
SEBIJI MANGGA MUDA DIHIRIS HALUS
4 BIJI CILI PADI DI HIRIS
4 BIJI ATAU IKUT SUKA PUAN NAK LETAK BERAPA PUN
SEDIKIT GARAM HALUS

CARA CARANYA.
MASUKAN KE DALAM MANGKUK CAMPURKAN SEMUA BAHAN DI ATAS.GAUL MESRA..
SIAP..... SEJUK KAN PUN SEDAP MAKAN DENGAN IKAN PUTIH PANAS PANAS

Tuesday, May 10, 2011

Kuih Sagu @ Bronok

Bahan-Bahan:  
2 cawan biji sagu berwarna hijau (basuh dan toskan)
1 1/2 cawan gula
sedikit pewarna hijau
2 cawan air
Kelapa parut putih di kukus sebentar
Secubit garam

Cara Membuatnya:
1. Masak air masuk kan gula dan perwarna hijau

2. Masukkan sagu yang dibasuh dan di toskan ke dalam periuk.kacau perlahan lahan.sagu dengan api yang kecil jika tidak sagu akan melekat jika mengunakan api yang besar.

3. Kacau sehingga sagu kelihatan berkilat.
Jika terlalu keras hingga sukar nak kacau,tambah air sedikit dan kacau lagi. Tutupkan api.

4. Tuang ke dalam bekas dan sejukkan.Potong mengikut citarasa.
Gaulkan kuih dengan kelapa parut yang telah digaul garam.

Monday, May 9, 2011

Kuih Cara Manis Peanut Butter dan Jem Strawberry

Selalunya cara manis cuma letak gula sahaja..saya create letak peanut butter dan jem strawberry.sedap sangat terasa makan kaya ball kat Tesco atau Jaya Jusco...
BAHAN BAHAN

1 1/2 CAWAN TEPUNG GANDUM
1 BIJI TELOR
1 CAWAN SANTAN ( SAYA GUNA I PEKET SERBUK SANTAN KARA)
SECUBI T GARAM
PEWARNA HIJAU

CARA CARA
 MASUK KAN DALAM BLENDER ...KEMUDIAN MASUK KAN BATER DALAM BOTOL SOS..PANASKAN ACUAN KUIH CARA.SAPUKAN BUTTER PADA ACUAN..PICITKAN BATER SEPARUH MASUK KAN PERASA APA APA YANG PUAN SUKA
 
CONTOH NYA 
1. GULA
2.JEM KAYA
3.PEANUT BUTTER,
4.JEM STRAWBERRY
5.KEPINGAN SIKIT COKLAT

TERPULANG PADA CITARASA PUAN PUAN INTI DI DALAM KEMUDIAN PICIT LAGI BATER MENUTUP PARAS ACUAN CARA TU..

Sunday, May 8, 2011

Ubi ketuk.. @ Ubi Kepal

SELAMAT HARI IBU PADA SEMUA IBU DI DUNIA DI SAMBUT HARI INI SETIAP 8 MEI.
Gembira nya jika sesiapa masih ada ibu dan ayah..lagi seperti saya tiada keduanya..terasa kesunyian  AL FATIHAH  buat aruah mak dan aruah babah saya..semuga dicucuri rahmat dan di letakkan di tempat orang orang yang beriman..
Nak cerita pasal ubi ketuk ni aruah mak gelar UBI KEPAL.masa saya menolong mak meniaga tugas utama saya menumbuk ubi telah di rebus selepas di toskan kering..yang paling saya tak suka mengangkat periuk yang berat berisi ubi kayu untuk di toskan..dah la berat..pastu wap nya menutup cermin mata saya...
Proses mengetuk sambil mengeluarkan urat urat ubi kayu itu..letih nya panas time nak memilih..sabar saja aje.Tumbuk sampai betul hancur aruah mak saya cukup marah jika ubi tu masih berketul ..kata nya buat kerja biar betul betul biar susah ..penat tapi buat kerja biar senonoh ..maksud yang ringkas buat kerja tu TELITI..BERSENI..CANTIK buatan nya,,selera orang tengok dan makan..
Itu la pasal nya saya menurun pulak.. kadang2 saya terlalu cerewet macam aruah mak saya bab bab macam ini. Nak cerita bahan mengetuk ubi kayu rebus ini istimewa sangat ..sampai sekarang saya menurun pulak mengikut cara aruah mak saya.. cuba teka apa?
Tara!!!!!!!!!! botol kicap la..buat ketuk ubi rebus saya..tapi kena ketuk pelahan lahan ..cermat cermat ..tu la pasal kalau tidak alamat botol pecah..makan kaca  ini la cara orang dulu2.
BAHAN BAHAN
2 CAWAN UBI KAYU REBUS DAN DI LENYEK HALUS
1 CAWAN KELAPA PARUT PUTIH
1/2 CAWAN GULA
SECUBIT GARAM HALUS

CARA CARA.
MASUKKAN SEMUA KE DALAM MANGKUK..GAUL SEBATI DAN KEPAL MENJADI BULAT.
KETEPIKAN.

BAHAN BAHAN BATER
4 SUDU BESAR TEPUNG GANDUM
2 SUDU BESAR TEPUNG GORENG PISANG ADABI
1 SUDU BESAR TEPUNG BERAS
GARAM

CARA CARA
MASUK KAN KEDALAM MANGKUK .KACAU SEBATI.SUPAYA TIDAK BERKETUL

CARA MENGORENG.
PANAS KAN MINYAK .CELUP UBI YANG TELAH DI KEPAL TADI KEDALAM BATER ..GORENG SEHINGGA SEDERHANA GARING DENGAN API YANG SEDERHANA..

Thursday, May 5, 2011

Yong Tau Foo

Simple ..mudah dan menu sihat..YONG TAU FOO..stail saya main steam saja ..bahan bahan nya beli sahaja di supermarket brand mushroom..cuma kuah nya saya buat sendiri..
BAHAN BAHAN UNTUK KUAH
1/2 MANGKUK SOS TOMATO
1/2 MANGKUK CILI BOH
2 SUDU BESAR PETIS 
1 CAWAN AIR(EJAS IKUT SUKA PUAN CAIR ATAU PEKAT)
GARAM/GULA/KIUB AYAM(EJAS CITARASA PUAN)
1 SUDU BESAR KICAP KIPAS UDANG MERAH
1/2 SUDU BESAR KICAP PEKAT
BIJAN
KACANG TUMBUK
CARA CARA
MASUK KAN SEMUA BAHAN DI ATAS KECUALI BIJAN DAN KACANG TUMBUK .KACAU MESRA KEMUDIAN TAPIS..DIDIHKAN SEBENTAR.RASA MANIS ,GARAM NYA ..SEJUKKANA DAN BOLEH DI HIDANGKAN TABUR BIJAN DAN KACANG TUMBUK.

kuih cara mu dan cara ku

Sambil dengar lagu cara mu dan cara ku nikki dan zahid.. amboi2 kemain mak cik an ni tau..nak berdance pulak dia petang  petang ini..tadi kemain terbaring je kena magrain..opppps malu I tau hahaha..kebetulan semalam baru beli acuan pada hal acuan ni dah beli tapi tinggal di semenanjung..semangat itu nak menbuat cara ku ini
Bahan2 nya paling senang main blender ..
1 1/2 cawan tepung gandum
1 biji telor
1 cawan santan
garam
sedikit serbuk kunyit atau pewarna

Cara cara:Blender semua ..sehingga sebati masuk kan dalam botol senang nak picit dalam acuan tak pakai senduk satu2..senang kerja cepat makan dan acuan pun tak comot.
Inti nya
Isi ayam
serbuk kari
santan
bawang putih dan bawang merah di tumbuk halus
garam,kiub ayam
Cara nya ;masak seperti masak kari pekat.sejukkan
bahan hiasan
daun sup
hirisan cili merah.

cara menbakar panaskan acuan.sapu minyak pada acuan picit aduan masukkan inti kari ayam letak hirisan cili dan daun sup tutup acuan..tunggu masak dan angkat hidangkan..

Wednesday, May 4, 2011

Kuih Bom

Siapa kalah main Games  SCRABBLE ini kena BOM!!! hahaha melayan scrabble sambil di temankan hujan dan angin yang menderu deru... begitu indah dan enak nya mengunyah KUIH BOM ini sambil menghirup Kopi O.. aduh kalah la juga aku ini..alamatnya kena la bom masuk ke dalam mulut lagi dan lagi...

Bahan-bahan:-

Bahan2 untuk doh:-
200gm tepung pulut
1 sudu besar tepung gandum
1  sudu kecil air kapur
200ml air (ejas sendiri pun boleh)
secubit garam
bijan secukupnya
minyak untuk menggoreng

Bahan2 inti:
1/2 biji kelapa parut
60gm gula melaka/gula merah
20gm gula pasir
50ml air

Cara-cara:-
cara membuat inti:-
1. jerang gula melaka, gula pasir dan air sehingga larut
2. kemudian tapiskan ke dalam kuali dan masukkan kelapa parut
3. kacau di atas api sederhana panas sehingga inti agak kering
4. angkat dan biarkan sejuk sementara membuat doh

cara membuat doh:-
1. masukkan kedua2 tepung dan garam ke dalam mangkuk adunan, kacau rata
2. kemudian masukkan air kapur dan air sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh dan tidak melekat ditangan
3. bahagikan doh kepada 15 biji dengan setiap satu seberat 30gm (saiz bergantung pada masing2) dan bentukkan menjadi bulat
4. setelah itu ambil satu doh tadi dan leperkan di atas tapak tangan dan isikan 1 camt inti kelapa, tutupkan semula doh tadi supaya menjadi bulat
lakukan proses ini sehingga habis doh tadi digunakan
5. ambil satu doh golekkan ke atas bijan supaya elok melekat menutupi keseluruhan
lakukan sehingga habis
5. panaskan kuali dengan minyak yang banyak dan gorengkan sehingga masak dan
keperangan angkat dan hidangkan
note: petua untuk kuih bom tidak meletup dan merekah - minyak mesti banyak dan biar digoreng terendam, minyak jangan terlalu panas, jangan digoreng terlalu lama, terus menggoreng selepas siap dibuat.

Monday, May 2, 2011

Agar agar Gula Merah Bersantan


BELALANG oOOoo BELALANG..tolong cik an belalang..yang mana satu jantan dan yang mana satu betina ini belalang..??
Bahan-bahan:
  • 10g serbuk agar-agar
  • 1/2 cawan gula merah
  • 1/4 cawan gula putih
  • 1150 ml air
  • 120ml air campur 1 paket santan Kara ( sy guna 100ml santan kotak cap ayam)
  • 1 biji putih telur dipukul dengan santan tadi
  • secubit garam
  • 1 helai daun pandan
  •  
Caranya:
  • Masak air dengan gula dan daun pandan (kalau guna gula merah cap bintang tak payah tapis)
  • bila gula sudah larut masukkan serbuk agar-agar dan kacau hingga semuanya larut
  • Kecilkan api
  • kemudian tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga mendidih
  • Tuang kedalam acuan yang anda suka  dan sejukkan
  •  


Cucur Nasi Tauhu TeLor

Alah cucur nasi saya nak pakai gaun kaler merah..tapi sayang gaun kaler merah nya basah sebab hari ini bintulu cuaca hujan dan angin kencang buat mata nak lelap saja.suami saya dari tadi dok la menghadap laptop nya menghabiskan kerja kerja ofisnya.. Kata cuti ..sabar jelah untuk minum petang saya buat la cucur nasi tauhu telor ini bersama Teh tarik.
cucur ini paling senang .. roger sangat cuma sediakan mangkuk
BAHAN BAHAN
TEPUNG GANDUM  (SUKATAN TERPULANG PADA PUAN2)
DAUN SUP DAN DAUN BAWANG DI HIRIS HALUS
UDANG HIDUP DI BUANG KULIT
CILI MERAH DI HIRIS HALUS
1 PEKET TAUHU TELOR
NASI
AIR PANAS
CARA CARANYA SEMUA MASUK DALAM MANGKUK ..BANCUH DENGAN AIR PANAS.RAMAS TAUHU TELOR DAN NASI SUPAYA SEBATI
PETUA NAK CUCUR NASI OR CUCUR APA2 PUN GUNAKAN AIR PANAS SEMASA KITA MENBANCUH..INSYALLAH ..LEMBUT.
LAGI 1 PETUA NAK MEGORENG CUCUR SUPAYA BULAT BULAT CELUP TANGAN DENGAN AIR LEPAS ITU AMBIL SEDIKIT ADUNAN..PUTAR2 KAN DI TEPI MANGKUK..DAN MASUK KAN KEDALAM KUALI.

Sunday, May 1, 2011

Roti Jala Tikar ZAM ZAM ALAKAZAM..

Jom kita cuci mata melihat tikar terbang saya zam zam alakazam.. semalam roti jala berwarna hijau kuning ni dijala oleh suami saya.. pagi ini pulak warna purple dan pink di jala oleh anak bujang saya.. wow semua nak tunjuk skill menjala..
Roti Jala ini sedap di makan bersama kuah kari daging atau kari ayam ..kalau cecah dengan serawa durian perghh lagi sedap..seronok nya menjala dengan 2 warna yang berbeza..
ROTI JALA ZAM ZAM ALAKAZAM
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan pekat
1 1/2 air
garam secukup rasa
2 warna yang berbeza
1 biji telor
Cara
Blend kesemuanya.
tapiskan adunan supaya tidak berketul2
 bahagikan 2 bahagian
.warnakan 1 bahagian warna yang berbeza dan 1 bahagian lagi warna yang lain
 masuk kan kedalam botol muncung 3
 1 botol picit secara melintang di atas non-stick pan
  1 botol  lagi warna yang berbeza picit secara menegak
selamat mencuba
.JIKA BERMINAT SILA SMS/WHATSAPP SAYA  014 646 1210 (PUAN REEN)

Saturday, April 30, 2011

Nasi Impit ,Rendang Ayam dan Kuah Kacang


Jom kita layan nasi lmpit bersama rendang ayam dan kuah kacang..dah macam hari raya pulak.pejam celik pejam celik lagi 2 bulan lagi kita nak berpuasa untuk tahun ini 2011..Insyallah ini tahun pertama saya berpuasa di Sarawak dan insyallah saya dapat merasai suasana berpuasa di sini.
 Sempena hari ini ulang tahun perkahwinan mak ndak saya dengan pak ndak saya...kebetulan saya dapat idea nasi impit saya berbentuk kasih sayang Hati .. tapi yang kelakar kuah kacang saya berpangkat Sarjan..Rendang ayam saya pun ada pangkat juga.. cuma tak tahu la apa pangkat nya..

Pulut Mangga Thailand

Pulut Mangga Thailand Bahan-bahan  3 biji mangga  2 sudu besar bijan - digoreng tanpa minyak (optional) Pulut Kukus ...