Kek kurma ini tersangat la senang pasal dek senang berhari juga nak menbuatnya bila mood M sudah bertakhta di kepala ..x dapek la den nolong nya .
stok kurma memang sentiasa makan kek ini dalam mood berbisik tau ..alah macam iklan dia ni kan..dia bisik yusuf taiyooob..yang ada muka perempuan yang bijik mata dia macam kurma juga .. hihihi..
untuk yang bermood M macam saya..sila2 la menbuatnya ..senang saja cuma godek dgn blender je tapi janganlah guna blender cili kang x pasal2 kek cili la pulak .. guna la blender khas yang untuk blender buah..
reen perasan kek ni lagi sedap bila dah semalaman.. dia jadi moist dan sedap
reen saja je buat manis2 buah saja..
cuba tau jangan x cuba ..tapi jangan lupa .. yusuf taiyoob..bisik2 tau ..
Bahan bahan
1 cawan kurma - buang biji dan dipotong kecil kecil
1 cawan gula pasir
4 biji telur
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan minyak jagung
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara
blender telur dengan gula sehingga kembang, kemudian masukkan esen vanila dan seterusnya masukkan kurma.
didalam bekas yg lain, ayakkan tepung dgn soda+baking powder
masukkan bahan yang diblender ke dalam bekas tepung yang diayak tadi.
masukkan minyak...dan kacau hingga sebati.
bakar pada suhu 160 darjah hingga masak.
lebih kurang 30-40 minit atau mengikut oven masing masing ye
4 comments:
Ohh su cake es maravilloso me encanta tomo nota,abrazos y saludos.
looks sedap.nak try ni
looks sedap.nak try ni
Post a Comment