PUDING ROTI COKLAT STRAWBERRY
Bahan-bahan ( satu loyang )
- 4 keping roti
- 2 biji telur
- 1/2 cawan susu pekat
- 170ml susu cair
- 10gram serbuk agar2
- 1/2 cawan gula
- 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
- 3 1/2 cawan air
- 2 sudu besar serbuk koko (boleh juga guna choc emulco)
Cara-cara
- Didihkan 3 cwn air,serbuk agar agar dan gula ke dalam periuk.
- Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agaragar yang sudah dididihkan tadi.
- Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
- Bahagi kepada 2. 1 bahagian warnakan warna pink dan letak perasa strawberry dan 1 bahagian lagi masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2 dan sebati hingga serbuk koko tidak berketul ketul.
- Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 ini mudah sejuk@membeku. atau nak mudah lapis macam saya buat itu gara gara malas hihihi
- Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang kurangnya sejam. Enak dmakan ketika sejuk
2 comments:
nmpk sedap...kalernye pon sgt mnarik...
salam Qasey Honey
amat sesuai semasa cuaca panas puding roti sgt sedap cuba tau ..:)
Post a Comment