Kuih Ketayap Coklat
Bahan A
1 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 1/2 cawan air suam
1 sudu teh garam
sedikit minyak utk disapu pada non-stick pan
Bahan B
1 1/2 sudu besar serbuk koko
Inti
1/2 biji kelapa parut putih
3/4 cawan gula merah
sedikit air
1 helai daun pandan
1 sudu besar tepung pulut/ tepung jagung
Cara Penyediaan
Untuk inti
Masukkan kelapa parut,air dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan
Masak hingga pekat dan taburkan sedikit tepung untuk kentalkan intinya.
Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah.
Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat.
Buang daun pandan tadi.
Untuk dadar
: Satukan semua bahan A dan kisar dengan blender hingga halus dan tidak berketul.
: Asingkan dalam secawan dan masuk kan dalam acuan muncung 3 dan yang selebihnya masukkan Bahan B.blender lagi semua serbuk koko itu tidak berketul2 dan tapis
:Panaskan kuali, leser dengan sedikit minyak .
:corak kan seperti menjala kuih jala tunggu kering dalam 1 minit dan masuk kan 1/2 senduk adunan dan layangkan kuali agar adunan tadi bulat dan menutupi corak tadi. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung.:
(Cara gulung; lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang. Ulangi sehingga adunan tadi habis.)

1 comment:
nak buat ni! nampak menyelerakan...nyum2
Post a Comment