Wednesday, February 29, 2012

Tahniah buat sahabat sahabat facebook ku

Tahniah Nik seronoknya bila sahabat facebook dan juga ahli  group semanis rasa  juga berkongsi ruangan di majalah aroma 2012 bersama reen.teruja melihat resepi nik yang berbagai semua nya nampak sungguh mnyelerakan.
Qaseh Eena Artlina juga sahabat reen di facebook mula mengenai beliau di group Hidangan Sedap.ibu muda yang sangat minat mencuba apa juga resepi. sangat peramah orang nya.
Puan Roha .. lebih dikenali nama samaran di Facebook selera mesra.melihat semua hidangan masakannya menbuat perut reen sentiasa berbunyi lapar . melihat segala masakan memang terserlah kemahiran nya dalam bidang masakan. Tahniah dari kak reen buat semua 3 sahabat ini


Tahniah buat sahabat sahabat ku

Seronoknya bila sahabat sahabat reen di facebook sama sama berkongsi ruang di MAJALAH AROMA 2012..
sahabat sahabat reen di facebook yang begitu kreatif dan sangat sangat reen suka melihat ketelitian mereka dalam menghasilkan sesuatu masakan .. TAHNIAH DARI REEN
TAHNIAH NIK ZAMZURINA      
TAHNIAH

Terserlah lagi buat kali ke dua di Majalah Aroma

Syukur pada ALLAH .. untuk kali ke 2 resepi reen masuk ke ruangan MAJALAH AROMA untuk bulan march 2012. untuk kali ini resepi pulut kuning dan kuih bom .
 nak cerita pasal kuih bom ni ..kuih yang banyak meninggalkan memori reen bersama arwah mak reen. kuih ini arwah mak reen akan buat balik dari meniaga di pelabuhan klang dulu.untuk jualan keesokan harinya pula
Pulut kuning ini reen buat untuk anak perempuan reen semasa dia menyambut ulang tahunnya ke 14 tahun.
insyallah bila dia besar dia juga akan mengingat saat saat manis ini yang di abadikan oleh mamanya untuk dirinya.

Tuesday, February 28, 2012

Seri Muka

SERI MUKA

BAHAN A (LAPISAN BAWAH )
2 CAWAN BERAS PULUT
2 1/2 CAWAN SANTAN CAIR DARI 1/2 BIJI KELAPA
1/2 SUDU TEH GARAM


BAHAN B (LAPISAN ATAS -HIJAU)
2 CAWAN SANTAN PEKAT
1/2 CAWAN AIR TAPISAN DAUN PANDAN (BLNDER HALUS DAN TAPIS)
1 SUDU TEH PEWARNA HIJAU
1/2 CAWAN GULA
1/2 CAWAN TEPUNG GANDUM
2 SUDU MAKAN TEPUNG KASTARD
1 BIJI TELUR
1 SUDU TEH GARAM

CARA MENBUAT
1. BASUH PULUT DAN RENDAMKAN BEBERAPA JAM SEBELUM DI MASAK
2.MASUKKAN BAHAN A KEDALAM LOYANG KUKUS SEHINGGA MASAK
3.LAPIKKAN PALSTIK KE DALAM LOYANG BULAT ATAU 4 SEGI 8 INCI
4.TEKAN PULUT YANG TELAH MASAK SUPAYA MANPAT DAN CANTIK
5.MASUKKAN BAHAN B KE DALAM MANGKUK DAN KACAU RATA.KEMUDIAN TAPIS
6.MASUKKAN KE DALAM PAN NON-STICK PANAS KAN SEKADAR SUAM2 KUKU SAJA
7.TUNANG PERLAHAN LAHAN DIATAS PULUT TADI
8.KUKUS BALIK SELAMA 30 MINIT API SEDANG
9.SEJUKAN SEBELUM DI POTONG DAN DI HIDANG KAN
9.TARAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA

Monday, February 27, 2012

Putri Ayu

RESEPI PUTERI AYU
Bahan-bahan (40biji)
• 5 biji telur (saiz kecil)
• 250gm tepung gandum
• 300gm gula
• 250ml santan
• 2 sudu teh ovallate
• 1 sudu teh baking powder
• Pewarna hijau secukupnya
• 2 sudu teh paste pandan
• Kelapa putih secukupnya (digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi)

Cara-cara :
1. Panaskan kukusan.
2. Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.
3. Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, paste pandan dan pewarna. Kacau lagi hingga sebati.
4. Sapu sedikit minyak pada acuan. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan.
5. Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 10 minit atau sehingga masak
6. Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan.

Putri Ayu

RESEPI PUTRI AYU
Bahan-bahan (40biji)
• 5 biji telur (saiz kecil)
• 250gm tepung gandum
• 300gm gula
• 250ml santan
• 2 sudu teh ovallate
• 1 sudu teh baking powder
• Pewarna hijau secukupnya
• 2 sudu teh paste pandan
• Kelapa putih secukupnya (digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi)

Cara-cara :
1. Panaskan kukusan.
2. Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.
3. Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, paste pandan dan pewarna. Kacau lagi hingga sebati.
4. Sapu sedikit minyak pada acuan. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan.
5. Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 10 minit atau sehingga masak
6. Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan.

Thursday, February 23, 2012

Pau gebu montok dan solid molid

PAU GEBU MONTOK


BAHAN-BAHAN INTI :-)
2 biji kentang saiz sederhana, kupas dan dadu kecil, rebus hingga empuk dan toskan
1 cawan isi ayam yang dipotong kecil
1 camca besar penuh rempah kari daging
1/2 camca besar rempah kurma
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*(*ditumbuk lumat)
Garam dan gula secukup rasa
1 tangkai daun kari
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1/2 cawan air
Hirisan daun bawang untuk hiasan

BAHAN DOH PAU :-)
500 gram tepung pau (boleh beli dipasaraya dan kedai2 runcit)
1/2 cawan gula halus
1/4 cawan minyak jagung
1 1/4 cawan air
6 gram instant yeast

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, daun kari, kayu manis, bungalawang, bawang putih + halia hingga harum. Masukkan rempah kari + rempah kurma, kacau dan tuang air. Masukkan ayam dan kacau. Tambah kentang, gaul rata. Biar mendidih dengan api kecil.Bila inti pekat, tambah gara, secukup rasa dan secubit gula. Kacau hingga rata dan kering, masukkan hirisan daun bawang, gaul rata. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Sejukkan.

  1. UNTUK DOH :- 
  2. Satukan gula dengan air, kacau hingga gula larut. Masukkan yeast dalam tepung, gaul rata. Tuang minyak dan gaul hingga sebati. Tuang bancuhan air + gula tadi sedikit demi sedikit sambil digaul hingga mendapat doh yang tidak melekat dimangkuk. Keluarkan doh, tabur sedikit tepung dan uli 10 - 15 minit hingga mendapat doh yang kenyal. 
  3.  KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk doh dan tekan ON. Selepas 30 minit, boleh keluarkan doh dari breadmaker.
  UNTUK PAU GEBU MONTOK TEMBAM :-
Keluarkan doh, bagi doh pada beberapa bahagian yang setiap satu beratnya kurang lebih 65 gram, bulat2kan. Ambil ia bahagian, leperkan dan isi dengan 1 camca besar inti, tutup kemas dan bulat2kan. Letak atas kertas pau atau paper cup saiz besar. Buat kaedah sama pada baki adunan. Biar naik selama 30 - 40 minit. Kukus selama 10 - 15 minit dengan api besar. Sejukkan sebentar sebelum dihidangkan.

Wednesday, February 22, 2012

RUMAH YANG DISUKAI MALAIKAT

RUMAH YANG DISUKAI MALAIKAT

Rumah bukan sekadar tempat kita berlindung dari panas dan hujan.. Rumah juga bukan sekadar tempat untuk kita berehat melepaskan lelah lenguh, setelah penat bekerja... Rumah juga mesti menjadi tempat yang dapat meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT, dan juga menjadi tempat yang disukai oleh malaikat... Mudah-mudahan rumah yang disukai oleh Malaikat akan banyak rahmat, nikmat dan doa dari malaikat untuk kita...

Antara rumah yang disukai oleh malaikat ialah:

1. Rumah mereka yang bersuci dan berzikir..


2. Rumah orang yang rukuk dan sujud... ada ruang untuk solat berjemaah..


3. Rumah orang yang bersifat benar dan menunaikan janji..


4. Rumah yang makanannya halal..

.
5. Rumah yang penghuninya bersilatur rahim..


6. Rumah yang penghuninya berbuat baik terhadap ibu bapa..


7. Rumah suami isteri yang soleh dan solehah..


8. Rumah penghuninya tidak melakukan perkara haram dan munkar..


9. Rumah yang penghuninya mengamalkan salam dan meminta izin..


10. Rumah yang penghuninya bersifat merendah diri dan hormat menghormati..


11. Rumah yang menolak perkara-perkara keji..

.
12. Rumah yang penuh kasih sayang antara penghuninya....

Jadikanlah rumah kita seperti yang disebutkan... Mudah-mudahan penuh rahmah dan berkah dari Allah SWT......

Muffin Coklat Moca

MUFFIN COKLAT MOKA

 BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas
1/2 tin susu pekat
1/2 cawan serbuk koko
1sudu kecil baking powder
1sudu kecil esen vanilla
1sudu kecil paste kopi /nescafe 3 in 1

CARA-CARA:
1- campur semua bahan di atas & kacau rata
2- tuangkan adunan ke dalam mangkuk kertas
3- boleh di bakar 20 ~ 25 minit..@ sehingga masak
4-suhu 180°C selama 25 minit api atas bawah atau boleh juga di kukus 
   kukus selama 20 minit jika mengunakan paper cup yang bersaiz kecil

Wednesday, February 15, 2012

Sweet & Sour Prawns

Bahan-bahan:
300 gm udang besar - jangan dibuang kulit, bersih dan tuskan
1 sudu besar bawang putih - dicincang
1 sudu besar bawang merah - dicincang
1 sudu besar halia - dicincang
1 sudu besar cili merah - dicincang
Minyak secukupnya untuk menggoreng
Bahan-bahan untuk perisa:
2 sudu besar sos cili Thai
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos plum
1 sudu besar sos cili
1 sudu kecil gula
2 biji limau kasturi - diperah jusnya
Sedikit serbuk lada sulah
1 sudu kecil tepung jagung } dibancuh
2 sudu besr air                  } hingga tidak bergentel
Garam secukup rasa
Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak di dalam kuali.
2. Goreng udang hingga masak.
3. Angkat dan ketepikan.
4. Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan dua sudu besar minyak.
5. Tumis bawang putih, bawang merah, halia dan cili merah.
6. Kacau hingga naik bau.
7. Kemudian, masukkan udang. Kacau hingga rata.
8. Masukkan bahan-bahan perisa dan kacau lagi sehingga rata.
9. Angkat dan hidangkan

Tuesday, February 14, 2012

Pai Tee

Untuk kulit:

1) 100 gram tepung ubi
2) 100 gram tepung gandum
3) 100 gram tepung jagung
4) 1 biji telur
5) air secukupnya(lebih kurang 300 ml)
6) ½ sudu teh garam
7) minyak masak yang banyak(untuk goreng)

Untuk kulit:

1) Masukkan semua bahan kecuali minyak dan air. Tambah air sedikit demi sedikit dan
gaulkan sebati. Pastikan adunan tidak terlalu cair.
2) Panaskan acuan pai tee dalam minyak panas.
3) Celup acuan ke dalam bancuhan tepung.
4) Celupkan semula kedalam minyak panas.
5) Biarkan hingga kulit tertanggal sendiri.
6) Goreng sehingga kekuningan.
7) Angkat dan toskan.
Masukkan inti kedalam kulit pai tee dan hidangkan bersama cili sos serta taburan kacang goreng.


Untuk inti :

1) 2 sudu minyak masak
2) 2 ulas bawang putih (cincang halus)
3) ½ biji sengkuang
4) 1 batang lobak merah
5) 1 keping tahu goreng.(potong dadu kecil)
6) 100 gram isi ayam/ udang. (cincang halus)
7) 1 biji telur(goreng dadar dan cincang halus)
½ sudu teh garam


Untuk inti :

1) Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih. Masukkan isi ayam/udang. Kacau sebentar.
2) Masukkan semua bahan kecuali telur dan kacau rata sehingga layu/masak.
3) Masukkan telur yg dicincang dan gaul rata.
4) Angkat dan ketepikan.


TIPS PENTING UTK BUAT KULIT PAI TEE

1. Minyak hendaklah dipanaskan di atas api yang sederhana.
2. Adunan hendaklah sentiasa dikuar bagi mengelakkan 'mendapan' tepung.
3. Acuan yang dikeluarkan dari minyak panas hendaklah di letakkan di atas tissue sebentar untuk memastikan bahagian bawah acuan tidak berminyak.
4. Jangan putus asa kalau kulit pai tee tidak menjadi untuk beberapa gorengan pertama, lebih lebih lagi kepada sesiapa yang baru mencuba, kerana ia biasa berlaku apabila menggunakan acuan baru

Pulut Mangga Thailand

Pulut Mangga Thailand Bahan-bahan  3 biji mangga  2 sudu besar bijan - digoreng tanpa minyak (optional) Pulut Kukus ...